Tuesday, September 8, 2009

Spaghetti Bolognese Sempoiii - Menu Najiha

Ni menu berbuka hari Ahad kelmarin...Anak dara akak Najiha yang duk sejengkal je dengan rumah ni balik lagi minggu ni..ya laa, cuti lagi hari Isnin kan...sampai je rumah, terus cakap dia nak makan spaghetti sebab teringin bila tengok member bilik dia masak spaghetti dalam rice cooker..main tuang sos spaghetti bodo gitu jek...dia kata punyalah terliur..alahaiii...ok ok..igt nak wat Pasembor...x jadi lg la nmpaknya..buat byk2 menu kang xda org layan, membazir pulak..Aiman pun sokong komainnn lg nk spaghetti gak..Ok ok...mak masak, mak ikut...no worries k. Ni menu akak main campak2 ikut apa yg ada jek..lupa lak masa snap gambor tu nk tabur grated cheese..hehe..
Bahan:-
  • 300 gm spaghetti - direbus dengan garam hingga lembut. Toskan dan lumur dengan minyak zaitun..xpun masa rebus letak minyak.
  • 1 botol Traditional Spaghetti Sauce - (akak guna Kimball)
  • 400 gm daging kisar
  • 3 batang sosej - dipotongbulat2 kecil
  • 8 biji cendawan butang - dibelah 4
  • 1/3 biji capsicum merah
  • 1/3 biji capsicum hijau
  • 1/3 biji capsicum kuning
  • 1 batang lobak - dipotong bulat2 nipis
  • 1 biji tomato - didadu halus
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 sudu besar cili kisar (optional - akak nk pedas sikit)
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • garam dan serbuk perasa secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun (Olive oil)
  • grated Parmesan cheese/apa2 cheese pun - untuk tabur

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sebentar hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar, kacau dan masukkan daging kisar. Masak hingga daging benar2 masak.
  3. Masukkan sos spaghetti, sos cili, sos tomato dan serbuk lada hitam.
  4. Masukkan sosej dan sayur karot. Kacau.
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa.
  6. Akhir sekali masukkan kesemua capsicum dan kacau sebentar. Tutup api.
  7. Tuangkan ke atas spaghetti yang diletak di dalam pinggan dan tabur Parmesan cheese. Hidangkan.

2 comments:

ain said...

sempoi ke ni kakk..???mcm dasat aje bhn2 nyer!

Umi Nazrah said...

ni menu yg sangat dahsyat dah ni. hehehe :D