Sunday, September 13, 2009

Jemput-Jemput Roti - Resepi II

Jemput macam ni, hubby n anak2 akak memang suka...kebetulan tengok roti gardenia beli hari tu dah x luak2 jek..orang yang kuat makan roti xda..hehe...so akak pun menjemput roti la pulak...Resepi BroRozzan ni akak ceduk dari dapur Noreen...C & P je dari rumah Noreen, thanks ya Noreen..

Bahan-bahan:
  • 14 keping roti - koyak2kan menjadi kepingan kecil
  • 80gm isi ayam - dipotong dadu kecil
  • 80gm udang - dicincang/dihiris
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 3 biji telur - dipukul sedikit
  • 1 labu bawang besar - dipotong dadu
  • 2 biji cili merah - dihiris halus
  • 50gm jagung dalam tinsedikit daun sup/bawang - dihiris
  • 2 sudu teh serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • 8-10 sudu besar tepung jagung
  • minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara:-

  1. masukkan roti tadi ke dalam mangkuk adunan
  2. tuangkan air dan susu dan biarkan sebentar sehingga air/susu meresap ke dalam roti
  3. masukkan telur, isi ayam, udang, cili merah, bawang, jagung dan daun sup/bawang, gaulkan sebati
  4. akhir sekali masukkan serbuk lada sulah, garam secukupnya dan tepung jagung,gaulkan rata
  5. jika adunan cair bolehlah ditambahkan lagi roti atau tepung jagung (adunan janganlah terlalu cair atau terlalu keras)
  6. panaskan minyak dan gorengkan adunan seperti menggoreng jemput2
  7. angkat dan hidangkan dengan sos cili

(note: sesuai sebagai hidangan pagi atau petang)

6 comments:

Blog Joker said...

mau donk,ntar coba ah di rumah

MamaFaMi said...

Cicah dengan Thai Sweet Chillie, sodap ni!

hans said...

sis.....
bleh tak send recipe n pic recipe yg sis ada dkt my email
sonok lah dapat masak benda2 nih

xximan said...

Boleh juga hidangkan bila jemu makan ketupat dan rendang.

Kak Nora said...

Maaf. Komen di atas sebenar saya yang hantar. Terguna account xximan, my grandniece, sebab dia tak sign out.

dpgh589 said...

dah cube resepi ni.. memang resepi yang sesuai utk menghabiskan roti yang berlebihan kat rumah..hihihi :D amat senang dan sangat sedap! :D