Friday, September 4, 2009

Mee Sizzling

Dah xda selera nak berbuka dengan nasi, jadi try pulak buat mee sizzling ni...Resepi dari Chef Hanieliza yang sedang ngetop sekarang ni..kejap keluar tv, kejap keluar newspaper pulak semalam (Utusan Malaysia (3 September). Selalu orang guna yee mee camtu..tapi dengan resepi kak Liza hanya menggunakan mee kuning biasa tuh..dah cukup sedap...So xdalah kerja nak merebus/mencelor yee mee camtu..jimat masa Ummi, balik ofis boleh terus je tumis bahan...alahaaiiii, sapa x buat, memang rugi laaa..bahan senang, nak masak senang..sesungguhnya semuanya Senang Memasak dengan Chef Hanieliza ni...Kak Liza, thanks atas resepi yang sungguh sedap nih! Untuk sesiapa yang merasakan malas or sukar nak memasak, silalah baca artikel kat atas tuh..nasihat dan tips berguna dari Kak Liza untuk kita2 semua nih..betuii, betuiii, betuuiiii...hehe..Kak Liza, tumpang kopipes je yaaa...
Bahan:-
  • 500 gm mee kuning (dicelur)
  • 100 gm daging ayam (dipotong kecil) - * ummi guna daging
  • 100 gm udang (dibuang kulit)
  • 1 s/b lada hitam (tumbuk halus)
  • 3 cm halia (diketuk)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 300 gm sawi (dipotong)
  • 100 gm kobis (potong kecil)
  • 1 batang karot (potong kecil)
  • 4 s/b cili sos
  • 5 s/b kicap manis
  • 5 s/b sos tiram
  • 2 cawan air
  • 1 s/b tepung jagung
  • 2 biji telor
  • Minyak secukupnya untuk menumis
  • Cili merah atau cili api + bawang putih (tumbuk)
  • limau kasturi atau limau nipis
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dan tumiskan halia dan bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan ayam dan udang. Kacau rata.
  3. Masukkan air, sos tiram, kicap dan cili sos. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan kobis dan carrot.
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sawi.
  6. Bila mendideh masukkan telur.
  7. Biarkan masak tuangkan atas mee yang telah dicelur.
  8. Hidangkan dengan cili merah atau ciliapi tumbuk + bawang putih dan jus limau.

2 comments:

ain said...

saya pun suka mee sizzling!!!

QueenJah said...

salam ziarah..