Thursday, August 21, 2008

Sayur Betik Tumis Lada Hitam

Ni nak citer sikit, Ummi simpan betik ni asalnya memang muda laa, bergetah gitu..nak masak tumis ni laa..duk dlm fridge, hampir terlupa dah beberapa hari..aleh2 bila nak masak, tengok dah jadi mekal gitu..nasib x ranum..hehe..Jadi dah xda orang yg suka sangat betik ni..Ummi masak jugak la walapun dah bertukar oren sikit kalernya, tp buahnya still keras lagi, sedap menghirup kuahnya!!...You all kalu nk masak ni, cari yang muda betullah yaa...Resepi dari majalah Saji ni..

Bahan:-
300 gm betik muda (dihiris)
5 ekor udang basah
1/2 sudu kecil lada hitam (tumbuk kasar)
1 sudu besar udang kering (tumbuk sikit)
2 ulas bawang putih (hiris)
1/2 labu bawang besar (hiris)
1 mangkuk air
Minyak masak
garam secukup rasa

Cara Memasak:-
Pijarkan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan lada hitam dan udang kering. Kacau seketika. Masukkan betik dan air. Bila mendidih masukkan udang dan biarkan betik empuk. Tambah garam secukupnya.

2 comments:

shima said...

nampak sedapnyerr sayur betik nih....
x terpikir pun betik leh wat masak cenggini selalu tgk org wat kerabu jekk.. :D

ummi said...

Shima, memang manis betik muda masak begini..kena pulak dengan udang tu...jgn lupa cari betik muda tau..hehe..