Friday, August 29, 2008

Ayam Goreng Rangup Berempah

Ayam goreng ni sebenarnya Najiha yang minta buatkan, teringin sgt dah lama x makan ayam goreng berempah gini..Ni pun buat lauk dengan nasi lemak ni...Amboii anak daraku meng"order" sesedap rasa tekaknya je ek..Kuturutkan jua...muahahaaa!! Resepi dari PutriMaizura@resipi.net ni. Tapi Ummi wat 1/3 je dari bahan asal ni.
Bahan:-
1 ekor ayam (potong ikut suka)
Minyak banyak untuk menggoreng (deep fry)
Garam, serbuk kunyit dan sedikit gula (gaul bersama ayam)
2 biji telor
Tepung jagung (agak-agak, asalkan dapat menyaluti ayam)
Bahan Tumbuk/Kisar:-
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
3 inci halia
cili kering kisar/cili boh (agak2 je agar nampak merah)
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada hitam
Cara Memasak:-
Bahan yang ditumbuk tadi digaul bersama ayam dan diperap selama 3 jam (*Ummi perap 1 jam je..maklum balik keje, terus le kena masak terus). Kemudian digoreng hingga hampir garing dan masukkan helaian daun kari ke dalam kuali. Angkat sebelum daun kari tu hangus, x sedap lak rasa nanti.

1 comment:

Jeni said...

Kak Ummi,
ayam ni lepas perap main golek2 aje dgn tepung jagung ke? Tepung jagung tak payah bancuh dgn air? Jeni buat selalu kurang berkerak ayamnya.