Tuesday, August 19, 2008

Lemak Cili Padi Sotong dengan Nenas

Menu ni Ummi masak masa mak n abah datang ke rumah tempohari..sorilah baru boleh posting..bz teramat bila anak2 ramai balik kat rumah ni..Pastu line internet punyalah slow, geram betul, last-last tertunda..dan naik malas nk buka pc.

Bahan:-
3 ekor sotong besar - kerat-kerat 1 inci
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
8 biji cili padi - tumbuk
2 cm kunyit hidup - tumbuk
3 bij bawang merah - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
1 cm lengkuas - tumbuk
2 batang serai - ketuk
1 helai daun kunyit - (tp Ummi xda ni)
2 biji cili merah - belah 4
garam

Cara Memasak:-
Masukkan kesemua bahan2 tumbuk bersama santan cair dalam periuk. Didihkan dengan api perlahan. Masukkan serai juga. Kemudian masukkan nenas dan masak sebentar hingga nenas separuh masak. Masukkan sotong dan pati santan. Masukkan garam dan kacau selalu hingga mendidih. Jangan terlalu lama, nanti sotong akan liat pulak! Seimbangkan rasa dan masukkan cili merah dan tutup api.

2 comments:

farah aminuddin said...

asal masuk je blog ni.. rase lapo.. =)

Ummi said...

Hehe..farah, x makan lagi ke? Leh le masak. Kat dapur auntie ni xda resepi yang complicated sgt, sume sempoi tp still sedap..Auntie ni keje, selalu x ckup masa.. :)