Saturday, August 16, 2008

Kacang Panjang Goreng Ala Thai

Resepi ni Ummi main campak2 je sebenarnya..nak sikit kelainan dan nak menghabiskan isi ayam ada sikit lagi dlm fridge tu..Ku ratah aja sayur ni..sedap panas2, ala tomyam pun ada..hehe
Bahan:-
10 urat kacang panjang - patah2kan 2 inci
1 biji bawang besar - hiris tebal
3 ulas bawang putih - ketuk
1 batang serai - ketuk
3 helai daun limau purut
1 keping isi dada ayam - potong kecil
1 biji cili merah - buang biji dan cincang halus
6 biji cili kering - kerat2
2 sudu besar sos ikan
1 sudu teh gula pasir
sedikit air
garam secukup rasa
1/2 sudu besar perahan limau nipis
1 sudu teh tepung jagung + 1 sudu teh air

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, cili kering dan serai hingga naik bau. Masukkan isi ayam dan kacau separuh masak. Masukkan cili merah, sos ikan, air dan daun limau purut. Masukkan kacang panjang dan garam, kacau rata. Bila kacang telah 3/4 masak, masukkan bancuhan tepung jagung dan perahan limau nipis. Kacau rata, tutup api.

2 comments:

shima said...

salam ummi...
sedapnyer sambal udang buh petai..ikshh kalaulaaa der petai kt sini..sedap ni wat juadah sahur bln posa ni kasi segar kitt bijik mata :D

ummi said...

wkumsalam Shima..hehe..dah citer poser dah ni..mst x sabar nk raya ek! Aaah rumah akak pun kalu ada sambal2 camni, laju je makan sahur..anak2 mmg kuat pedas! Sup2 ni jarang sgt masuk tekak diaorg. Kalu buatpun kak n hb je bantaii..ehhe