Monday, August 4, 2008

Tofu Telor Masam Manis

Ni pun hidangan tengahari Jumaat ari tu..sempoi sgt2 dah..malas je nak masak. Balik tengahari duk sibuk packing kain baju dan kemas dapur sume..gantung periuk belanga laa nak balik kampung kan..Ummi masak campak2 je ni..hehe..
Bahan:-
4 paket tofu telor (telor jepun)
1 labu bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 biji capsicum
2 biji tomato - potong dadu
3 tangkai cili padi - hiris-hiris
2 potongan nenas - hiris kecil-kecil
1 sudu besar cili kering yg dikisar
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap cair
2 sudu kecil cuka
gula
garam

Cara Memasak:-
Potong tofu telor 1 inci dan goreng terlebih dahulu. Angkat dan ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan cili kisar, kacau sebentar. Masukkan sos cili, sos tomato, kicap cair, cuka, gula dan garam. Kacau dan masukkan capsicum dan cili padi. Seimbangkan rasa. Masukkan potongan nenas dan tomato, kacau sebentar. Tutup api dan tuangkan ke atas tofu yang telah digoreng tadi.

No comments: