Wednesday, September 8, 2010

Biskut Almond London

Inilah cookies n entry terakhir akak rasanyaa sebelum balik raya...5 jenis kukis jek, nak wat tart cam x sempat dah..igt balik raya nnt wat sikit atas permintaan anak2 nak bwk balik ke U nnt...Tu pun malam semalam sempat menggodek kek sebiji, pastu bg anak dara tengokkan dalam oven n simpan lepas kek elok sejuk dah....kemudian la entry kek tu eh...Buat Almond London ni kebetulan Najwa rajin nak tolong sama gentel kukis ni..kalau tidak mau patah pinggang akak ni...xpun x masak menu berbuka lak pastu...Kitaorg buat hari Ahad baru ni, petang baru siap, akak simpan dulu biskut togel gitu jek..pastu Isnin malam sebelum tdo masak coklatnya dan salut pd biskut...hehee...akak wat bancuhan 1 1/2 adunan. Okayy...daaaa..esok pagi akak nak balik kampung dah selepas amik daging batang pinang yg akak tempah di kedai kat area rumah ni..merendang kat kampung laaa...dekat jek balik pun..hehehe

Resepi akak cilok dari mana lg kalau bukan CMG. Mat, agenda biasa eh...CnP, ko CMG kan..hahahaa

BISKUT ALMOND LONDON
Resepi: CMG aka Mat Gebu

Bahan Utama:-
  • 125 g mentega
  • 75 g gula aising
  • 1 kuning telur
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 225 g tepung gandum*
  • 1 camca teh emplex*(*disatukan dan diayak)
  • 335 g badam berkulit, digoreng hingga kuning keemasan, toskan atas paper towel
Bahan Lain:-
  • 300 g coklat masakkan (mat guna coklat masakan jenama "tulip")
  • 1/2 camca besar lemak sayur
  • Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan
  • Paper cup saiz kecil secukupnya
(* Note - Xda stok dah jenama Tulip, akak guna coklat masakan biasa (Bitter Sweet) dan campurkan sedikit cocoa butter dan lelemak sayur (shortening) setelah coklat mencair.

Cara membuatnya:-
  1. Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan. Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.
  4. Ambil sebiji biskut yang "botak" tadi, masukkan dalam peper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut. Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas. Buat seterusnya dan susuh rapat2 anrata satu sama lain, tujuan untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti. Buat hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara....selamat mencuba!!!!

5 comments:

indahhouse said...

Salam Aidilfitri buat kak ummi dan family,

Yuhu.. kak. Kita sama la. sekut london ni. hihi..

Kesempatan ni, saya mohon halal seme2 ya kak. Mohon ampun dan maaf kalu ada tersilap kata, terguris rasa sepanjang kita kenal ya kak. Moga Aidilfitri kali ni membawa sinar bahagia untuk kita smua.

Anonymous said...

suke sy tgk resepi almond london.tbe2 bersemangat nk buat:)
tq.

Love2cook Malaysia said...

I'll keep this recipe...leh buat for Diwali. Hehehe...;)

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat KakUmmi sefamili ya!!! Take care...have fun! :D

Fara said...

nak buat lah..tp kak naper perlu tutup doh dgn kain lembap..klu x tutup terus salut je ngan bdam boleh tak??klu tutup brp lama yer..byk plak sy ty..slmt berpuasa dan berhari raya kak..

Unknown said...

akak...sy bru nk try wat sekuk ni....hehhehe...tpi cm x jmpe la emplex...klu x letak jejas x almond london sy nti?