Tuesday, September 28, 2010

Ikan Tenggiri Ala Rendang

Musim raya ni kan, asyik jumpa daging n ayam jek kat rumah terbuka, rasa mcm dah xleh telan jek ek...kalau dpt ikan masin ke, ikan bilis goreng2 dgn bawang cili ke, telor masin ke, sambal udang n petai ke...waaaaahh nasib baru makan kat rumah Mat hari tu..hehee..gulai nenas n ikan kurau masin ke....nasib jugak dah melantak jugak kat rumah Mat..heheee...Okay laaa ni nak masukkan entry masak2 hari Jumaat hari tu sebenarnya...now tengah nak membanyakkan makan ikan je la dulu..Akak beli ikan tenggiri baru ni...dah x tau nak masak apa, pastu teringat dulu2 mak selalu masak ala2 rendang jek baunya...tengok bahan pun lebih kurang gitu laaa...memang sangat sedap...gaul jek ikan dengan nasi panas2 gitu, kering2 sikit....weeeyy sedap, pedas2 n bau aroma daun kunyit tu, membuka selera...Jom tengok resepi.

IKAN TENGGIRI MASAK ALA RENDANG
Resepi: My Mom

Bahan:-
  • 2 keping besar ikan tenggiri - bersihkan dan toskan.
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 batang serai - diketuk
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 helai daun kunyit - dihiris halus
  • minyak untuk menggoreng ikan
Bahan Kisar:-
  • 18 tangkai cili kering
  • 10 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 cm lengkuas
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam non-stick pan dan goreng ikan embal2 (tidak terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dari kuali tadi dan tinggalkan 4 sudu besar. Tumiskan serai dan bahan kisar hingga naik minyak. Masak dengan api perlahan saja.
  3. Masukkan asam keping dan masak lagi.
  4. Masukkan santan, garam dan gula dan renehkan biar pekat dan bahan naik minyak.
  5. Masukkan ikan tadi dan balikkan sesekali dua sahaja. Masukkan daun kunyit dan gaul rata sebentar.(tinggal sikit daun kunyit untuk tabur masa hidang kalau suka)
  6. Seimbangkan rasa dan tutup api. Hidangkan dan tabur hirisan daun kunyit dan makan dengan nasi putih.


7 comments:

K.Nor said...

tumpang makan boleh :)

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

kak ummi

daun kunyit kan, memang buatkan aroma naik satu umah...laporrrrrrrrrrr

ProfHariz said...

1st time dengar masakan nie :P ehehe..
Terima kasih atas perkongsian nie kak ummi :)


New Entry ProfHariz
Salahkah Jika Aku Menegur?

Mat Gebu said...

Kalau guna ikan tongkol sedap tak eks....sebab ada 3 ekor ikan tongkol tergolek dalam freezer tuu...

♥LOVE2COOK♥ said...

Sedapnye dish tu Kak Ummi!!! Loved the gravy...yummmm ;)

ima said...

salam kak ummi...emmm sedapnya nampak lauk tu...tapi tentu lebih sedap lagi dpt gi sedenak...hehe

hanieliza said...

kakliza teringin nak mencubanya satu hari nanti..
astu makan ngan pulut kuning yerr...