Tuesday, September 7, 2010

Biskut Chocolate Oats Crips

Cookies ke 4 yang akak sempat buat...jadi la kan..dengan keadaan diri akak yang bekerja ni ha...buat pun time cuti2 jek..tu pun bukan leh jugak, jap jap keluar dgn anak n hb cari barang keperluan sikit2 lgk...igt dulu mcm dah setel semua, tp bila last minute ni...ada jugak...Ni lak tambahan dah ada anak2 dara balik, lg la nk mintak temankan diaorg beli itu ini..Tp sempat gak la akak godek kukis ni..diaorg tolong kemas2 rumah..Kukis ni akak wat sorang je ler, senang sgt pun..hehee...Buat 2 adunan...mmg rangup, sedap ala-ala chipsmore pun ada..lebih sedap dengan rasa oat jugak..
Resepi akak dapat dari Sini....Maklang tuan punya resepi ni, Maklang yang mana satu la eh...dah lama sangat2 akak perap ni...dah hilang kertasnya sampai jumpa balik kemas2 baru ni..hahahaa....Sangat sedap, terima kasih pada tuan punya resepi sebab sudi kongsikan resepi ni..

CHOCOLATE OATS CRIPS

Bahan :- (*Akak buat 2 x ganda adunan di bawah menghasilkan +- 140 keping)
  • 130g tepung gandum *
  • 30g tepung jagung *
  • 20g serbuk koko *
  • ½ sk serbuk penaik *
  • ¼ sk serbuk kulit kayu manis * (bahan bertanda * diayak bersama)
  • ¼ sk garam
  • 90 g Quaker Oat Segera
  • 200g mentega
  • 120g brown sugar
  • ½ sk esen vanilla
Cara :-
  1. Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas.
  2. Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.
  3. Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Uli hingga kental.
  4. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.
  5. Potong atau terap dan letak atas dulang.
  6. Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit atau hingga masak.
Nota:-
Maklang bakar dengan suhu 170 selama 15 minit. Sebaik2nya, biarkan biskut betul2 sejuk baru makan dan rasa sendiri kerangupan biskut rangup coklat oat yang pasti makan sekali nak lagi. Maklang tak terap biskut ni sbb angin malas dah datang so maklang buat jer cam bentuk choc. chip...cepat sudahnya... :-D (# akak pun just wat bulat2 dan letak atas dulang, tekan sikit dengan garfu sblm dibakar)

3 comments:

Yan said...

Salam Kak Ummi,

saya rasa biscuit akak ni sama mcm yg selalu kitarang buat ni..

http://yan-yanjournal.blogspot.com/2010/09/our-favorite-biscuits-on-lebaran.html

Shereen said...

Dear Kak Ummi,
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.Maaf zahir dan batin.Halalkan resepi yang saya ambil daripada blog akak.

♥LOVE2COOK♥ said...

KakUmmi, I'm taking a jar of those cookies...can uh? hehehe...;)

Selamat Hari Raya Aidilfitri my dear...have a blessed and safe Raya!!! :D