Sunday, September 5, 2010

Biskut Badam Rangup

Salam semua....waaah baru 2 hari x jenguk blog ni tengok2 dah ramai yang letak kad raya dan ada jugak yang dah balik kampung....akak ni hari Khamis la baru balik...anak2 dara baru balik 3hb kelmarin dan nak makan masakan mak dia ni dulu....Najwa sampai jek terus wat permintaan nak makan Kuih Badam Berendam la pulak....so hari Sabtu mmg bz sakan....pagi2 dah keluar bawak anak2 dara pi cari keperluan diaorg laaa.....pastu keperluan akak jugak dengan tak disangka2, dengan sedih dan terkejutnya kena tragedi last minute....biarlah rahsia...huhuuu..So balik petang semalam terus jek wat Kuih Badak Berendam (*nanti akak letak entry eh) dan masak lauk biasa2 je laaa...kepenatan semalam, malas nak mengadap blog. Hari ni pulak duk bz kemas2 rumah sikit, buang segala kertas2 (bukan kertas wasiat ek..hehe) dan majalah2 lama, vacum rumah, basuh segala sarung kusyen weyyyy, cuaca pun mendung jek, alalaaa...pastu wat biskut 2 jenis. Pastu sambung masak2 untuk berbuka laaa...adeeeiii, rasa berdiri solat mcm panas jek tapak kaki...lenguh kot lama berdiri kat dapur....

Okaayyyy layan dulu la Biskut Badam Rangup yang akak buat masa cuti 31 Ogos hari tu dahh...Ni baru nak upload entry...Biskut yang buat hari ni..ntah bila pulak nak letak entry...heheee. Camera abanglong bawak ni haaa...dia berbuka dengan kawan2 dia kat Padang MPK (dekat Masjid Negeri) tu. Resepi biskut ni dari sapa lagi kalau bukan jejaka femes seantero blog masakan iaitu adik Puteri Hang Li Po....Putera Ah Mat Ge Bu...hahahahaa (esok sah2 kena fire la akak ni...ampun laaaaa...). Nak tampal resepi kat sini la pulak ya Mat...toce, tocee...


BISKUT BADAM RANGUP

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 150 g mentega
  • 100 g gula aising
  • 1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • 100 g tepung gandum*
  • 100 g tepung kastard*
  • 75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
  • 50 g serbuk badam
  • 50 g tepung gandum (extra)
UNTUK HIASAN:-)
  • 1 kuning telur
  • Badam cincang secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
  2. Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit. (Biar kan sekejap adunan...)
  3. Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

4 comments:

Unknown said...

salam sis ummi

wow...rajinnya kak ayu nie...

(marah CMG bila sis kata mcm tu.hahahhaha....tapikan mmg CMG terkenal sekarang nie...macam-macam ada....)

K.Nor said...

nor pun dah buat hari jumaat baru2 ni.. tp lupa nak letak n3... esok2 la letak :)

Mat Gebu said...

Hahahaha...kehh jihh..sungguh mek rebit nihh..hahahaha...kak esok kita cerita satu hal....kes si mat Bentan tu laaa...sampai saya pening..adehh sabau je aku..

Lee said...

Hi Ummi, wishing you and family SELAMAT HARI RAYA.....have fun, see you when you return. Best wishes, Lee.