Sunday, June 29, 2008

Acar Tomato

Resepi asal dari majalah Saji menggunakan tomato dan mangga...tapi kat dapur Ummi xda mangga, jadi Ummi dah gantikan dengan timun dan carrot. Makan dengan nasi beriani jugak nih! Best gak, rasa cam acar buah gitu...Meh tengok resepi asal dia ek..


Bahan:-
4 biji tomato (belah empat)
1/2 biji mangga masak (ummi tukar timun dan karrot)
8 tangkai cili padi - hiris (ummi guna 2 btg cili merah)
2 sudu besar kismis
7 biji buah prune (belah 2)
1/2 cawan cili kering kisar
1 labu bawang besar (hiris)
5 ulas bawang putih (hiris)
1/2 cawan air asam jawa cair
1 sudu makan cuka (*ummi tambah..kalu guna mangga x perlu lah)
sedikit gula dan garam


Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukkan buah prune dan cili padi. Tuangkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak. Masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau dan biarkan mendidih. Akhir sekali masukkan mangga dan tomato. Masak hingga buah tomato dan mangga separuh hancur dan keluar air. Seimbangkan rasa masam, pedas dan sedikit manis.

Ayam Masak Merah Special

Hah, ni lauk Ummi masak untuk dimakan bersama nasi beriani kashmir kat bawah tu..Resepi ni Ummi salin bersekali dengan nasi beriani tu..! Kira cukup set la kaan..hehe..Memang terangkat lauk ni!! Tengok bahan tu, x caya try la..! Ummi buat half je dari bahan asal ni.
Bahan:-
1 ekor ayam - potong 10 atau 12
1 tin besar tomato puree
1/2 botol sos tomato
4 sudu besar sos cili (*ni ummi tambah untuk sukatan ummi)
1 ketul gula melaka
garam
1 tin susu cair (Ummi guna Ideal Nestle)

Bahan Kisar:-
20 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm kunyit
1 cm lengkuas
8 batang serai

Hiasan:-
daun bawang dan bawang goreng..
*Ummi lupa lak nk tabur masa snap gambar ni.. :D

Cara Memasak:-
Ayam yang telah dibersihkan, digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng ayam separuh masak. Ketepikan. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan kisar, perlahankan api dan kacau hingga garing sikit dan naik minyak. Masukkan puri tomato, sos cili dan sos tomato. Biar seketika. Masukkan gula melaka dan garam. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih sikit. Masukkan ayam, kacau rata an tutup. Bila mendidih, masukkan susu cair dan kacau lagi biar mendidih dan pekat. Tutup api dan hidangkan.

Nasi Beriani Kashmir

Tengahari ni ada sikit rajin..So masak special sikit lah sebab pagi tak masak lah..makan roti Ummi buat kelmarin ada lebih lagi, hehe..kena perabihkan, jgn membazir kan..Resepi nasi ni dari majalah Wanita lama sangat dah Ummi salin masa kat rumah adik, hehe..Tapi memang sedap!! Meh tengok resepinya..Ummi buat separuh je dari sukatan asal ni..

Bahan:-
1 kg beras basmathi, cuci dan toskan
100 gm minyak sapi Ghee
2 camca besar tomato puree
1450 ml air
100 ml susu cair (ummi guna Ideal Nestle)
100 ml dadih (plain yogurt)
garam secukupnya
kismis dan badam untuk hiasan
daun bawang - tabur

Bahan rempah campur:-
1 camca besar serbuk jintan putih
1 camca besar serbuk jintan manis
2 camca besar serbuk ketumbar
2 camca teh garam masala
4 kuntum bunga cengkih

Bahan Kisar:-
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 cm halia
4 biji cili hijau
3 biji buah pelaga

Cara Memasak:-
Panaskan minyak sapi, tumis bahan rempah campur hingga wangi. Masukkan tomato puree dan bahan kisar. Kacau 3 - 4 minit atau hingga terbit minyak. Masukkan beras, gaul selama 2 minit. Tuang air, susu cair, garam dan dadih. Gaul rata dan biarkan menggelegak sambil dikacau. Apabila telah kering airnya, tutup periuk dan perlahankan api. (ummi tumis guna periuk elektrik dan apabila beras telah dicampurkan semuanya..tekan je suis dan letak periuk elektrik tu dan biarkan masak mcm bese). Bila nasi telah masak, taburkan kismis dan badam (x letak badam pun). Taburkan bawang goreng dan daun bawang bila menghidang.

Saturday, June 28, 2008

Coffee Bun


Resepi dari buku masakan terbitan baru iaitu Majalah Sedap. Masa beli buku ni dapat harga diskaun sebab harga promosi. Ni first time Ummi buat roti x guna tepung roti, tapi guna tepung gandum dan ummi adjust sikit dengan tepung naik sendiri. Fuhh, naik gebu la pulak..Ummi letak fresh cream dan tabur coklat rice kat tengah roti tu..anak2 suka..

Bahan:-
350 gm tepung gandum (*ummi + 300 gm tepung gandum dgn 50 gm tepung naik sendiri)
60 gm gula pasir
1 sudu makan susu tepung
2 sudu teh yis segera (mauripan)
1 bij telor (dipukul sikit)
1 sudu makan kopi ) bancuh
175 ml air panas ) bersama - biar sejuk
50 gm marjerin (*ummi letak butter)
1/2 sudu teh garam

Cara Membuat:-
Gaul tepung, gula, garam, susu tepung dan yis hingga rata. Masukkan telor dan air kopi sedikit sedikit sambil diuli hingga tidak melekat. Masukkan butter dan uli lagi hingga doh menganjal. Bulatkan doh dan rehatkan selama 30 minit hingga naik sekali ganda. Kempiskan (tumbuk2) adunan. Ambil sedikit dan timbang setiap satunya 50 gm. Bentukkan bulat. Tekan sedikit dan letak dalam loyang yang telah digris. Biarkan selama lebihkurang 1 jam atau naik hampir sekali ganda. Sapukan susu evaporated. Bakar dalam ketuhar selama 12 minit dengan suhu 190C.

Kuih Abok-Abok


Resepi kuih berasaskan sagu pun antara kegemaran family Ummi. Baru ni ronda2 rumah Shima, Ummi tengok kuih ni terhidang..sedapnya laa kalu dapat...Dulu2 kuih ni banyak dijual kat Restoran Zaman, Jalan Kuantan-Gambang..tp now dah xda dah..Puas hati dapat buat sendiri, walaupun Ummi buat ni terlebih kukus sikit, so masak jernih betul sagu tu..eloknya biar ada biji2 sikit kan..hehe..

Bahan:-
180 gm sago biji (cuci, rendam 15 minit dan toskan.)
120 gm kelapa parut muda
140 gm gula melaka (*ummi guna 1 keping gula kabung, hancurkan)
secubit garam
daun pisang untuk alas loyang (*ummi xda ni)

Cara-cara:-
Panaskan kukusan. Sementara itu, satukan sume bahan dalam bekas kecuali gula melaka. Kacau gaul rata-rata. Kemudian masukkan setengah adunan dalam loyang, ratakan. Tabur gula melaka di atasnya. Kemudian tuangkan baki adunan di atasnya. Kukuslah selama 1 jam hingga sago masak. (*ummi buat dalam acuan kecik2, senang nk ngapp!)

Tagliatelle Pasta With Mushroom And Chicken Sausage

Jumaat baru ni Ummi cuti, saja nk duk dengan Najwa sebelum dia lapor diri kat Uitm. Banyak sikit masak, buat roti, buat donut, so x makan nasi lah hari tu..Masak simple2 je lah...Dalam stok ada lebihan pasta sikit..So layan resepi ni tuk dinner.

Bahan:-
300 gm pasta (Tagliatelle)
3 ulas bawang putih - ketuk dan cincang
1 biji bawang besar - cincang dadu
4 batang chicken sausage - hiris halus
2 sudu makan cili kisar (kalu nk pedas)
5 sudu makan Tomato Basil sauce
6 ulas cendawan butang - belah 4
8 biji tomato ceri
50 ml whipping cream
3 sudu makan tomato puree
1 1/2 sudu kecil black pepper
Parutan Parmesan Cheese
2 sudu makan Olive oil

Cara Memasak:-
Panaskan Olive oil, tumis bawang besar dan bawang putih biar kekuningan. Masukkan sikit cili kisar, kacau sebentar. Masukkan tomato puree, sos tomato basil, kacau. Masukkan sosej dan black pepper. Kacau dan maskkan sedikit garam dan cendawan butang. Masukkan whipping cream, tomato ceri, parutan Parmesan cheese dan kacau biar pekat sikit dan tekan2 sikit tomato ceri biar pecah. Masukkan pasta dan gaul rata dan seimbangkan rasa. Tutup api.

Donut Kak Liza

Jumaat malam baru ni Ummi buat donut ikut resepi Kak Liza ni. Najwa siap cakap lagi ni antara donut paling best dia pernah makan, sedaplah! Hehe..Sume orang dalam rumah ni pun puas hati wpun ada ummi adjust sikit bahan, elok je naik dan gebuuusss!..Anak2 siap pesan lain kali, i must stick to this recipe...wahaha...
So, meh kita salin resepinya k..Buat jangan x buat tau..jangan salin je...hiikss!! Dijamin licin..!! hehe..Tapi bagi family yg x ramai, rasanya buat separuh dr adunan pun dah cukup...dapat banyak kalu ikut adunan ni..dekat 30 biji rasanya.
Bahan A:-
600 gm tepung gandum
100 gm tepung naik sendiri
100 gm gula
30 gm susu tepung
1 sudu kecil garam
11 gm (1 paket) yis mauripan
Bahan B:-
1 biji telor (dipukul sikit)
330 ml air suam
60 gm marjerin (*ummi guna butter)
1 sudu kecil bread softner (*ummi xda stok dah, ganti bread improver lak!)
Bahan C (Untuk Menggoreng):-
500 ml minyak
1 sudu besar marjerin (ummi letak butter)
Cara Membuat:-
Gaulkan semua bahan A supaya sama rata. Masukkan pula bahan B dan kacau rata menggunakan mesin (ummi guna mixer low speed) selama 20 minit (ummi wat 5 minit je), pastu uli dalam 10 minit. Bulatkan dan tutup doh. Perapkan selama 1 jam sehingga naik sekali ganda. Kemudian ambil doh dan canaikan biar rata. Terapkan dengan acuan donut hingga habis. (*Ummi guna permukaan gelas je). Rehatkan doh biar naik selama 20 - 30 minit. Panaskan bahan C dalam kuali dan masukkan donut dan perlahankan api. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Bila telah sejuk, golekkan dengan gula kastor. Hidangkan..

Thai Basil Fried Rice

Kat dalam pasu depan rumah Ummi nampaknya pokok selasih (basil) tu segar je daunnya..lama dah x dipetik. Baru ni ronda-ronda rumah Gert nampak pulak nasi goreng dia..cam sedap je..so Ummi pun try le..tp adjust sikit la dengan bahan kat rumah ni...So layan resepi di Sini ek. Gert, thanx a lot for sharing!

Siakap Kukus Ala Brunei

Hah..Jom pergi Brunei, makan-makan..hehe...Ummi penah pergi tahun 2006 dulu, tp x dapat pun makan ikan kukus ala Brunei ni..nk kena tnya KakmOn betul ke resepi ikan ni dr sana? Nasib x kenal kakmOn lg masa tu..xpun memang Ummi cari kakmOn ku ini suh belanja n pusing2 satu Brunei..hehe..Resepi ni Ummi dapat dari Mesra.net Recipes.

Bahan:-
1 ekor ikan (*ummi guna siakap, ikan merah/bawal pn boleh)
1/2 biji lemon - jangan buang kulitnya (hiris tebal)
5 sudu makan minyak bijan
3 sudu makan sos tiram
garam secukup rasa
sedikit serbuk perasa

Bahan Hiris:-
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
5 cm halia
3 biji cili api (boleh tambah jika nk pedas lagi)

Cara Memasak:-
Bersihkan ikan dan letak dalam bekas tahan panas. Taburkan lemon, minyak bijan, sos tiram, garam, serbuk perasa dan bahan-bahan yang dihiris nipis di atas ikan. Panaskan kukusan dan kukus sehingga mata ikan berwarna putih/ikan benar2 masak.

Kangkung Goreng Belacan

Sejak akhir2 ni suka tul masak ala-ala kampung dan sayur kangkung belacan ni mmg kesukaan anak2 dara ummi...Ummi xleh makan byk sgt, angin badan nnt..hehe..Xyah resepi lah ek...Senang benget! Goreng je cam bese tu cuma letak belacan..Bawang sume tu ikutlah, nk tumbuk ke, nk hiris ke..boleh je..boleh tambah kiub ikan bilis sikit kalu nak...

Wednesday, June 25, 2008

Bila Rindu, Tiba-Tiba Dapat Call...Aih Sukanya..!

Abah duk letak beg atas troli..
Dengan emak dan adik sebelum "check in"
Saniah (adik yg duk Gombak) sedang cek pasport dan pesan sesuatu kat Syahirah
Sempat lagi posing - Ilah (adik ke6), emak n me..

Minggu lepas (Sabtu, 21 Jun) ummi sekeluarga hantar emak, abah dan adik perempuan bongsu ke KLIA sebab diaorang nak menunaikan umrah. Seronoknya mak dan abah dapat tunaikan hajat nak bawak adik bongsu ni ke sana. 13 tahun lepas masa mak dan abah menunaikan haji kali kedua, umur adik Ummi ni baru 8 bulan, memang kecil sangat, tapi kata orang, seru dah sampai, emak tekad jugak lah ke sana dan tinggalkan adik yang memang tengah menyusu badan masa tu..sedih bila diingatkan. Rupanya di sana ada satu hari tu mak kata dia teringat sangat kat adik ni..lalu dia berdoa agar dimurahkan rezeki agar dapat mak dan abah datang lagi ke Tanah Suci ni dengan membawa adik...Yeap! alhamdulillah syukur, hajat diaorang tercapai jugak...Kalu ikutkan dah lama nak bawak adik ni..tapi tunggu dia besar sikit ni, senang nk ajar dan biar dia benar2 faham bagaimana nak berumrah ni..

Yang Ummi ni pulak, ntah nape, walaupun x lama diaorang ni pergi, pagi tadi ummi cakap dengan hubby rasa cam nak call je mak dan abah, tapi hubby kata xyah lagi laa..takut mengganggu agenda diaorang kat sana..So ummi pun buat-buat faham je lah..Tup-tup malam ni, jam 9.45 tadi (*di sana baru lepas Asar), Ummi dapat call dari emak, sukanya...tersangat tau!! Ummi cakap kat emak, baru pg tadi duk cakap2 rasa nk telefon emak..Alhamdulillah diaorang sume sihat, cuma masa di Madinah kelmarin, cuaca terlalu panas, emak pecah2 bibir dan adik berdarah hidung. Tapi bila masuk je Mekah, cuaca xdalah panas sangat (35 darjah Celcius)...Dapat bercakap dengan adik dan tanya dia mcm2 jugak..seronok katanya..sukanya dia...pastu abah lak datang..cakap pulak dengan abah...weee, mak suruh ummi cepat2 lah ke sana...insyaAllah berkat doa mak dan abah, kalu ada umur dan rezeki harap2 sampai hajat ke sana.. :D

Tu lah ya..bila dekat ni kadang2 x jumpa sebulan x pulak terasa rindu camni... Ni baru beberapa hari parents pergi Ummi rasa rindu sangat pulak tambah2 bila kenang diaorang sekarang ni jauh dengan kita...Ummi memang paling rapat dengan emak sebab Ummi anak perempuan paling tua dalam adik-beradik Ummi..Selalu kongsi cerita dengan emak...Mak pun dulu penah citer, masa Ummi baru2 masuk U, dia terdengar2 je Ummi nyanyi2 dalam bilik air (*memang suka sgt menyanyi2 sambil berus bilik air, basuh kain sume..hehe), meleleh air mata mak, ya lah dulu-dulu kalu rindu, mana ada hp ke, nk telefon berebut je kat U tu..susah...(*masa tu emak pun usia cam Ummi ni la kot). Now baru Ummi perasan, bila usia mengenjak di tahap ni, perasaan mudah tersentuh, mudah nak menangis, mudah sebak, mudah sedih...alahai...!! Macam2 duk bermain dalam fikiran, takut2 tak dapat jumpa diaorang lagi...Harap2 semuanya selamat nanti dan insyaAllah harapnya Ummi dapat lagi berjumpa dengan mak, abah dan adik tersayang pada 1 Julai nanti...amiiinnn..!

Tilapia Masak Taucu Pedas

Semalam pergi kedai kat rumah ni, igt nak cari ikan tongkol, tapi tengok2 ada ikan tilapia..hehe..suka, suka....terus je beli...Igt nak goreng je..tp hubby kata buatlah masak pedas, alah dah selalu buat..tengok dlm fridge ada lg taucu...so inilah menu yg keluar...camne pun mst kena pedas2 la jugak...anak2 dh besar ni..selera cam mak abah jugak..hehe..

Bahan:-
1 ekor tilapia sederhana besar
(bersihkan dan gaul garam + serbuk kunyit)
2 sudu besar cili kering yg dikisar
3 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris halus
1/2 biji capsicum - potong dadu
1 biji cili merah - belah 4
1 biji cili hijau - belah 4
1 biji tomato - belah 6
1 labu bawang besar - dadu
3 sudu besar taucu
2 sudu besar air asam jawa
1/4 cawan air
1 sudu kecil gula
garam

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan goreng ikan tilapia secara deep fry hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak dan tinggal sedikit lebihkurang 4 sudu besar. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia. Kacau dan masukkan cili kering kisar. Kacau hingga cili naik minyak, masukkan taucu, air asam jawa, gula dan air. Biar mendidih sikit, masukkan capsicum. Letak ikan dan biarkan ikan mesra. Tak perlu garam sebab taucu dah masin pun..(terpulang lah). Masukkan cili merah, cili hijau dan tomato. Gaul rata dan tutup api.

Tempe Sira

Ni saja je ulang tayang kat sini..dah selalu buat..memang favourite anak2 ummi, siap meratah lagi..masak ni paling senang, campak2 je..ada rasa pedas sikit, manis sikit, masin jgn lebih ek, jalaannn...liciiinnn..hehe..Ni sukatan bahan agak2 je ek..! ikut citarasa masing2.

Bahan:-
2 paket tempe - potong nipis dan goreng dan ketepikan
10 tangkai cili kering ) dikisar
5 ulas bawang merah ) bersama
1 ulas bawang putih )
1 sudu makan cili boh
1 labu bawang besar saiz sederhana - hiris nipis
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan gula
3 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa

Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumis bawang besar, kacau kekuningan. Masukkan bahan kisar dan cili boh, tambah sedikit je air jika perlu, kacau hingga naik minyak. Masukkan kicap pekat, gula dan garam. Kacau biar agak kering. Masukkan tempe yg digoreng tadi, kacau balik biar rata. Tutup api. Makan dengan nasi putih.

Pucuk Paku Lemak Kuning

Semalam beli sikit pucuk paku, lama jugak x makan ala-ala kampung gini..asyik2 sayur bandar jek! hehe..sesekali pekena ni...alahaiii..manisnya pucuk paku ni..!

Bahan:-
1 ikat pucuk paku - ambil daun & bahagian btg lembut
2 ulas bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
1 genggam ikan bilis - basuh dan tumbuk
1 inci kunyit hidup - tumbuk
4 biji cili padi - tumbuk
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
sedikit serbuk kunyit (optional)
garam

Cara Memasak:-
Masukkan sume bahan tumbuk dalam periuk yang berisi santan cair. Masak dengan api perlahan sebentar biar mendidih. Masukkan pucuk paku, kacau sekejap. Masukkan santan pekat dan garam. Kacau biar mendidih dan sayur lembut (jgn terlalu layu). Tutup api sambil kacau2 agar santan tidak berkepala. Hidangkan.

Pekasam Ikan Sungai

Lama sangat2 dah x makan ikan goreng pekasam camni..Hari tu ternampak makcik jual kat Pasar Tani tu..so beli lah..ish leh naik kilo kalu selalu makan ni..penambah selera betul..kena dengan nasi suam2 panas gitu..Tapi ummi lupa dah apa nama ikan sungai ni...dah tnya makcik tu..lupa la pulak...ikan apa ek..nnt lah kalu igt ummi letak sini eh..hehe..Ikan ni dah siap digaram asam dan digaul dengan beras goreng..balik rumah terus je goreng..xyah basuh tau..sedap...tabur lak bawang n cili potong yang digoreng...kalu ada limau kasturi, perah sikit2 gitu!! terangkat weee..

Monday, June 23, 2008

Best Choc Moist Cake

Ni jelah lebihan yang sempat ummi amik gambar...sian nk hancuusss dah kek ni dikerjakan dek anak-anak sedara yang boleh tahan nakalnya..hehe
Memang sedap!!!!

Jumaat malam baru-baru ni sampai Ahad baru ni memang Ummi bz teramat. Petang Jumaat tu lepas menziarah ahli keluarga officemate yang meninggal, malam terus wat muffin sikit, bakar 2 buku kek nak bawak ke Gombak, permintaan adik ummi sebab nk wat besday anak dia dan bagi jiran2 dia sikit sebab dia dah promote kek2 yg penah Ummi try, hehe.... Dah janji dengan dia dari tengahari Jumaat lg dia telefon. Pukul 1 pagi le Ummi tdo, lepas mengemas kain baju untuk ke Gombak selepas Subuh hari Sabtu..Ummi g KL sebab nk anta parent n adik bongsu menunaikan umrah. Kepada sahabat2 di KL, sorry lah byk2, sebab Ummi mmg xda kesempatan langsung nak jumpa, sekejap sangat masa. Ahad tengahari dah balik Kuantan sebab nak hantar abang long semula ke kolej dia.

Kali ni Ummi wat kek yang Ummi selongkar di dapur Kak Rinn. Tk Kak Rinn sebab share resepi dari Allrecipe.com ni...Memang sedap! Sume yang makan kek ni puji sedap... Okay meh salin resepi ya...
Bahan:-
1 cawan margerin/butter
1 13/4 cawan sugar (*ummi guna 1 1/2 cawan sj ikut K.Rinn)
3 biji telor
2 1/2 cawan tepung serbaguna
6 sudu makan serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan susu segar
1 sudu teh garam
Topping:-
300 gm coklat masakan
200 gm whipping cream
1 teaspoon butter
(*Masak secara double boiler hingga berkilat dan sebati. Sejukkan sebelum disapu atas kek)
Cara Membuat:-
Preheat oven ke suhu 175 deg. celcius. Griskan loyang ukuran 9x 13" (ummi guna loyang 8x8x3 inci). Ayak bersama tepung, baking powder, serbuk koko dan garam. Putar margerin dan gula hingga ringan dan gebu. Masukkan telor satu persatu, putar dan masukkan esen vanila sambil diputar terus. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar dan gaul/putar perlahan hingga sebati. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 - 45 minit/hingga masak. Biarkan sejuk atas wire rack. Garnish dengan topping coklat.

Acar Ikan Masin

Baru ni beli ikan talang masin kat satu kedai ikan2 kering di Beserah, Kuantan, toke besar ni....murah dan fresh lagi ikan masin ni! Ummi try resepi dari dapur Mamaera (Cek De Sam) Resepi asal dari Cik Bunga Kasturi (Resepi.net). Uihhh lauk ni kena dengan nasi panas, memang membuka selera sungguh, nk makan sikit, termakan banyak lak! hehe...Resepi tengok kat Sini ek..Tk Mamaera (cek de sam's fp.)

Asam Pedas Madras

Ni pun masakan hari Jumaat lepas, kes nk perabihkan 1 keping lagi ikan merah dalam fridge. Nak kosongkan sebab Sabtu lepas subuh Ummi n family bertolak ke Gombak dan kemudian ke KLIA menghantar parent dan adik bongsu pergi umrah. Resepi asal dari Cheftania tapi Ummi cedok dari dapur Jun. Thanx Chef, thanx Jun..sedap..Ummi wat half je dari resepi asal, ada lebih lagi ikan tu, Ummi panaskan dan bawak ke Gombak..hehe jauh ikan ni berjalan...dari Madras terbang ke Kuantan, singgah di Gombak pulak.

Bahan utama:-
1 kg. ikan pari (*ummi guna ikan merah)
2 batang serai - ketuk
4 asam keping
2 tangkai daun kari
5 tangkai daun kesum
1 sudu besar halba

Bahan kisar:-
40 cili kering
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit
2 inci belacan
sayuran seperti terung/bendi (*ummi letak tomato ceri)
1500 - 2000 ml air
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak masak

Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumis serai, halba dan daun kari hingga wangi. Masukkan bahan kisar, masak selama 7 minit, masukkan air dan asam keping, biarkan mendidih. Kemudian masukkan ikan dan daun kesum. Kemudian masukkan sayuran, garam dan gula. Tutup dan biar selama 10 minit dengan api perlahan. Biarkan kuah kelihatan kemerahan. Tutup api.

Kacang Panjang Goreng Campur

Ni sebenarnya ummi masak hari khamis lepas, dah licin pun...coz hari Jumaat byk sgt hal, now baru sempat nk posting..bz tersangat! Sebenarnya nk perabihkan je saki baki sotong n crabstick dlm fridge tu..so aduk je dengan kacang panjang ni, hehe..sempoi2 pnya..

Bahan:-
10 urat kacang panjang - potong serong
1 biji capsicum - potong dadu
1 paket babycorn - belah dan kerat 2
1 ekor sotong besar - potong 1/2 cm
5 btg crabstick - potong 1 in
1 labu bawang besar - dadu
3 ulas bawang putih - cincang
1 cili merah - potong serong
2 sudu makan kicap cair
2 sudu makan sos tiram

Goreng le macam sayur bese2 tu..Okay??

Wednesday, June 18, 2008

Puding Sagu..Special Request From Najwa


Puding sagu ni memang kegemaran seisi rumah, especially Najwa. Kelmarin dia wat special request before she's leaving for Uitm Segamat next week (28th June) to complete her study in Quantitative Science Course (related to all kinds of Maths formula, actually she interested in account, xpalah, mayb leh tukar course nnt)..dia suh Ummi buat lebih, dia memang nak makan banyak2..Emm nanti xdalah my"side-kick" kat rumah ni..selalu dia ada kat rumah, banyak lah dia settle keje rumah...huhuuuu...x dpt bayang..sape nk tolong sidai kain, lipat kain, mesin cili, kupas bawang segala tu..clearkan sinki ku, Najiha sentiasa bz dgn homework, tusyen segala, mmg xleh kacau le...harus lah x sempat nnt nak update blog malam2...sedih tauu..seorang lagi anakku bakal pergi jauh..sunyi nnt. Oh ya, ni resepi Mat Gebu, ulang tayang je ek..Boleh rujuk kat sini ek.

Asam Rebus Tempoyak

Ntah macamana menu semalam, berkenan dan terkecur duk menyelongkar kat dapur Mat Gebu. Tapi memang Ummi duk cari yang senang, cepat dan tangkap leleh punya...yang ni pun memang x menghampakan. Hampir sama dengan masakan kampung daerah Temerloh, Karak dan yang sewaktu dengannya..Ya lah kalu orang susah, x payah guna ikan patin pun nak masak tempoyak..dapat kembung or pelalin segar pun ok. Sempoiii tapi perggghhhh!!! Mat time kasih lah ek..mudah keje akak..Banyak lagi lauk kat dapur Mat yang akak x try lagi tuh! hehe..

Bahan:
5 ekor ikan kembung (siang, cuci bersih, kelar dan toskan)
2 helai daun kunyit - siat2 kan..(mat suh rabak2 daun tu mcm kain jek..ahaakkss!)
1 keping asam gelugor
800 ml air (atau ikut keperluan - pekat sikit sedap ek mat!)
garam secukup rasa
1 camca besar tempoyak
6 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
15 biji cili padi merah *
1 inci kunyit hidup * (tumbuk lumat bahan bertanda *)

Cara Memasak:-
Masukkan bahan tumbuk, tempoyak dan asam gelugor ke dalam periuk. Gaul rata. Tuangkan air dan jerang atas api hingga mendidih. Masukkan ikan dan tambah garam secukup rasa. Bila mendidih lagi, masukkan daun kunyit, dan biarkan hingga ikan masak. Seimbangkan rasa, matikan api. Hidang....Memang sedap!!!

Sotong Goreng Kucai

Ni lauk sempoii yang cepat dimasak dan yang penting sedap...Memang buntu betul dah nak masak apa sotong ni. Kalu masak berkuah cam kari or lemak ni anak2 Ummi kureengg sikit. Tapi kalu goreng dan masak pedas gitu, haa laju je..Resepi dari dapur Mat Gebu. Berselera makan nasi..Mat sori lah akak kopipes je ek..Penat dah menaip paperwork kat opis tadi..

Bahan:-
500 g sotong, dibersihkan, potong ikut suka
*1 camca teh garam
*1/2 camca teh serbuk lada hitam
*1 camca besar serbuk kunyit*(*disatukan dan perap 20 minit)
1 camca besar sos abalone/tiram
1 - 2 camca besar kicap cair1 cekak kucai, dicuci, keringkan dan dikerat2 1 inci
Sedikit serbuk perasa (jika suka)

Bahan Tumis:-
1 biji bawang besar, dimayang
2 ulas bawang putih, dimayang halus
1 inci halia, diketuk
1 biji lada merah, dihiris
1 biji lada hijau, dihiris

Cara Memasak:-
Dalam kuali, panaskan 2 camca besar minyak masak, masukkan semua bahan2 tumis dan masak hingga semua layu dan wangi. Masukkan sos abalone/tiram, gaul rata. Masukkan sotong dan masak hingga sotong kecut dan kuah pekat sedikit. Masukkan kicap cair (sedikit dahulu), kemudian rasa dan jika kurang masin, tambah kicap cair lagi. Tabur serbuk perasa (jika suka) dan gaul rata. Akhir sekali masukkan kucai dan gaul hingga rata. Masak untuk 1 minit lagi dan angkat. Tabur dengan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama nasi hangat. (*hehe..ummi xdalah dah nk membuat bawang goreng, penat aiihh!)

Monday, June 16, 2008

Chocolate Chips Swirl Pound Cake


Resepi asal dari Noreen yang memang tak kurang handal juga memasak. Tapi Ummi punya x guna la loyang pound cake tu..guna loyang biasa saja sebab Ummi gandakan adunan..tengok adunan asal cam sikit jek! hehe..mana cukup kat rumah ni dan buat hidangan jugak makan2 dengan family adik semalam. Thanks Noreen! Meh tengok resepi asal k.

Bahan:-
1 1/2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1/4 camca teh garam
1/2 cawan (113 gm) mentega tanpa garam
1 cawan gula pasir (gula kastor)
1 camca teh esen vanila
2 biji telor
1/2 cawan susu segar
1 cawan choc chips

Cara-cara:-
Panaskan oven pada suhu 160C dan griskan loyang 9x5x3 in atau 8x4x2 in. loaf pan. Ketepikan. Ayakkan tepung bersama dengan baking powder dan garam kedalam mixing bowl. Ketepikan. Dalam mangkuk lain, pukul mentega dengan mixer selama 30 saat, kemudian masukkan gula dan esen vanila sambil dipukul lagi hingga sebati. Kemudian masukkan pula telor satu persatu sambil dipukul hingga rata. Campurkan adunan tepung yang telah diayak tadi ke dalam adunan dan kacau hingga adunan benar-benar sebati. Tuangkan 1/2 adunan tadi ke dalam loaf pan/loyang, taburkan rata choc chips ke atasnya dan tutupkan dengan baki 1/2 adunan lagi. Ratakan. Hentakkan sedikit loaf pan dan masukkan ke dalam oven. Bakar selama 55 - 60 minit/hingga masak (oven ummi hanya 40 minit sj). Setelah masak, keluarkan dari loaf pan dan letakkn atas wire rack dan biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong.

Rendang Tualang Tiga


Ni resepi dari Majalah Wanita lama tahun 2002. Tak tau lah apasai nama dia Tualang Tiga, teringat citer P.Ramlee dlm Orang Minyak ek..Kampung Tualang Tiga..hehe. Bahan pun lebih kurang je dengan rendang2 lain..Xpalah, kita try je kan..Pagi minggu semalam Ummi masak rendang ni untuk dijamu bersama pulut kuning. Emm sedaappp! Ummi gandakan bahannya untuk 1 1/2 ekor ayam dan bagi family adik bawa balik sikit lepas makan-makan. Ni resepi asalnya dengan sedikit tambahan bahan.

Bahan:-
1 ekor ayam - potong 10 - 12 ketul
1 biji kelapa - diambil pati santan
250 gm kerisik
2 helai daun kunyit - hiris halus-halus
4 helai daun limau purut - hiris (*ummi terlupa nk letak ni..adeeiii)
100 gm (+- 1/4 cawan) perahan air asam jawa
2 sudu besar serbuk rempah rendang Adabi (*tambahan)
sedikit minyak
garam

Bahan Kisar:-
250 gm bawang merah
150 gm bawang putih
250 gm cili kering
200 gm lengkuas
5 batang serai
200 gm halia muda

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan rempah rendang. Kacau 10 minit. Masukkan ayam dan gaul rata dalam kuali selama beberapa minit. Masukkan pati santan dan kerisik. Kacau sesekali supaya ayam tidak hancur. Masak dengan api sederhana. Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa. Bila kuah agak pekat, masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut dan biar rendang kering sedikit atau terpulang jika ingin berkuah sederhana pekat. Hidangkan bersama pulut. Memang x mengecewakan!!

Pulut Kuning Untuk Aiman Dah Khatam Al-Quran


Sebenarnya anak Ummi, Aiman ni dah agak lama dah tamat/khatam Al-Quran pada bulan Mac hari tu lagi dalam usia 10 tahun ni...Ummi penah cakap kat dia, kalu dia rajin mengaji dan tamat mengaji Quran Ummi akan buatkan dia pulut kuning dan hantar sebahagian ke tempat dia mengaji tu. Tapi memandangkan ummi ni selalu x berkesempatan dan kalu weekend Kelas Fardhu Ain tempat dia mengaji tu tutup pulak, so belum dapat lagi nak hantar dan sedekahkan kat budak-budak di Kelas Fardhu Ain tu. InsyaAllah dalam waktu terdekat nanti, kalu tak sempat jugak terpaksalah Ummi tempah, banyak jugak kalu nk masak sendiri..periuk belanga di rumah Ummi ni comel2 sgt..hehe.
Tapi untuk tidak menghampakan Aiman yang memang penggemar pulut kuning, Ummi buat dulu sikit (*tak sikit jugak laa..7 cawan beras pulut) untuk kami sekeluarga dan panggil family adik makan-makan pagi semalam. Memang suka benar Aiman..dia yg banyak makan dan rasa seronok...Tapi kena ulang mengaji lagi, jangan tinggal tau Aiman..!!

Sunday, June 15, 2008

Tag Dari Aleesa...

Huhuuuu..dapat pulak tag dari Aleesa ni...x berapa rajinnyaaaa laaa...tapi ku gagahkan juga sementara ada sikit terluang weekend ni..kalu hari kerja, emm jangan haraplaaah...berakar lah Aleesa nk menunggunyaaa..hehe

(1) 7 FAKTA TENTANG DIRI SAYA (rasa dah penah wat je mende alah ni..xpalah ummi copy paste semula kat sini ek..)

1. I'm a happy go-lucky and cheerful person since I was young - will always stand still..hehe!

2. I'm a straight mom n always try to be protective to my kids. Always make sure that they're
at home before maghrib and no more outing with friends late at night... still have tomorrow,
right?

3. I really loved the country-style or the english-style for home-deco and always try to
transform it to my home- sweet-home but not too heavy with flowers here n there.. :)).

4. Always stuck on easy-listening music especially love songs..hehe...it's just like a mind-
theraphy for me. It's better to be in loved and feel love with everybody, right? So, you'll
always look young. =)

5. I'm a bit fussy of cleanliness.

6. My new hobby is collecting dining-wares. I'm going crazy when I come across to this
department at shopping mall..it's like a trap..hehee..doesn't mean I've to buy it...window-
shopping will also satisfy me..

7. Sometimes get mad and have this moodswing problem when I'm in the dark side of the
moon..understand!!..out of control, hehe...don't u pretty moms? haha..

(2) 7 LAGU BUAT MASA SEKARANG NI..(kebanyakannya love songs.. :D)
1. Ketulusan Hati (Annuar Zain - alahaii, xleh dgr lgu ni, terasa ingin dicintai selalu..)
2. Game of Love (Santana featuring Michelle Branch - so evergreen..)
3. I'm Feeling You ( - sda - )
4. You're Still The One (Shania Twain - minat giler lagu ni)
5. Hanya Kau Yang Mampu (Aizat)
6. Keep Bleeding Love (Leona Lewis - ni duk berkumandang kat dapur ummi ni..)
7. My All (Mariah Carey)

(3) 7 PERKARA YANG SELALU SAYA SEBUT

1. Baanngggg...boleh x tolong jap...(ni bila ummi di dapur laaa...ada jeee..hehe)
2. Aiii jangan lama sgt duk bukak internet tuuu...(ni mangsanya ialah anak2 dara Ummi, pesanan sebelum Ummi masuk tdo)
3. Haaa...ya lah tu..kalu bil tinggi nanti...korang tolong bayar ek..(pun tuk anak2 dara Ummi)
4. Adik, dah susun jadual ke belum? Pensel semua dah asah?? (hampir tiap2 malam duk ingatkan my youngest son tuuu)
5. Bangun, bangun...dah solat Subuh ke belum ni? (ni memang every weekend pnya rutin, sebab when schooldays diaorang bgun awalnya, bila weekend je ada yg tdo kul 2 pagi..tu la pasaiii)
6. Kak Deeee..boleh taaakkk..tolong picit maaaakkk...(ni selalu Ummi tujukan pada Najiha..bila kepenatan, dia ni pandai picit tau..jari dia sedap je kena kat badan ni haa..)
7. Esok pagi korang nak bawak bekal apa ek? (hampir tiap2 malam duk tanya Aiman n Najiha sebab diaorg memang bawa bekal ke sekolah..hehe)

(4) 7 PERKARA YANG AMAT BERNILAI (selain dari duit laaa..)
1. Suami dan anak2
2. Mak dan Abah dan adik-beradik
3. Kesihatan (itulah kekayaan sebenarnya..)
4. Rumahku syurgaku
5. Bila anak2 mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang
6. Kenangan dan keseronokan ketika belajar di kampus - sahabat juga..
7. Rasanya kasih sayang dalam family Ummi semakin utuh lagi bila mana anak2 semakin
membesar dan kami menjadi semakin sporting antara satu sama lain.

(5) 7 PERTAMA KALI DALAM HIDUP SAYA
1. Mula bersekolah...excited sungguh!!
2. Menjejakkan kaki ke Itm Pahang- x bole ingat minggu Orientasi (zaman dulu, teruk wooo..duk berembun kat padang menyanyi la, kena denda macam2 laa..rasa nk balik jam2 tu gak). Tapi bila dikenang selepas grad, memang sweet memories..
3. Pertama kali jatuh cinta laaa...(syuuuuttt secret..)
4. Bergelar isteri kepada suami ku...dan kami tinggal berasingan sehingga anak sulung ummi berusia 5 bulan baru dapat tukar dekat suami.
5. Pertama kali bersalin di hospital - aku memang takut sangat2..! Masa sakit lak, hubby keluar balik kejap...huhuuuu
6. Bila anak sulung nak periksa UPSR, Ummi sampai cuti bagi sokongan moral dan mengaji sepanjang tempoh waktu peperiksaan (ikut jadual periksa) setiap hari..
7. Setelah berada di usia ini, ummi berjaya juga mewujudkan blog dan menyedari dunia persahabatan alam maya ni x kurang menariknya dan berjaya mengikat silaturrahim sebaik ini sekali.

(5) 7 ORANG YANG BERTUAH UNTUK MENJAWAB TAG INI
(bertuah kee??) Yeap! (Tapi ummi x memaksa jika anda semua sedang sibuk..bila2 free leh buat k..!)

(1) Joayee
(2) Lelayong
(3) Scarlet Julia
(4) Ctnik
(5) Intanrosnitta
(6) Pahsherry
(7) Liana

Apam Tepung Gandum (Apam Kampung)


Kuih apam memang my favourite...xleh nampak, lebih-lebih lagi apam tepung gandum or apam kampung camni..sedap makan dengan kelapa digaul garam kan..Resepi dari Chef Noraini Ni resepinya k...
Bahan:-
450 gm tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
6 gm ibu roti (yis segera)
3 1/2 cawan air
Cara-cara:-
Kisar air dan tepung gandum dalam blender hingga sebati. Pindahkan adunan ke dalam mangkuk besar, masukkan gula dan kacau hingga laurt. Masukkan ibu roti dan kacau lg hingga larut. Tuangkan ke dalam acuan bulan 8 in. Peramkan adunan 1 jam. Panaskan air kukusan hingga mendidih dan letakkan loyang dan tutup. Kukus selama 30 - 40 minit hingga masak. Setelah sejuk, potong dan makan dengan kelapa yang telah digaul rata dengan sedikit garam.
Tips: Untuk mempercepatkan keaktifan yis, bancuh yis dengan sedikit gula dan 1/4 cawan air suam. Yis yg elok akan naik dan berbuih dipermukaan atasnya.

Vadai


Emm...sedapnya dapat makan vadai puas-puas..suka sangat kuih ni mengalahkan kaum India rasanya, hehe..resepi cedok dari dapur Mamafami ni memang ngam dengan tekak Ummi..Hb dan Aiman pun suka..Thanx Mama!!
Bahan:-
300 gm kacang dhal
1 labu bawang besar - potong dadu
1 biji cili merah - hiris halus
1/2 sudu teh jintan manis
1 pelepah daun kari - hiris-hiris
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng
Cara-Cara:-
Rendam kacang dhal sekurang-kurangnya 4 jam. (*ummi lak rendam sampai 6 jam..hehe). Toskan dan kisar 3/4 daripada kacang tersebut. Tinggalkan 1/4 dan ketepikan. Campurkan kedua-dua kacang kisar dan bakinya tadi. Masukkan bawang, cili merah, jintan manis, daun kari dan garam secukup rasa. Gaul sebati. Basahkan tangan dan ambil sesudu makan adunan dan bulat-bulatkan dan leperkan sikit. Goreng hingga benar-benar kekuningan atau sedikit garing. Hidangkan.

Jemput Udang Special

Actly ni resepi ulang tayang jek...xpalah Ummi letak jugak resepi ek..hehe

Bahan:-
1/2 kilo tepung gandum *
1 sudu kecil serbuk kunyit *
1 sudu soda bikarbonat * ayak sekali
10 - 12 ekor udang - hiris kecil
2 cawan taugeh - kerat2 sikit
1/4 cawan daun kucai - potong 1 in
1 biji cili merah - hiris-hiris
1 labu bawang besar - dadu
1 biji telor - pukul sikit
1 cawan air panas mendidih
1 1/2 cawan tambahan air biasa (agak2 ya)
garam secukup rasa

Cara Membuat:-
Masukkan tepung, serbuk kunyit dan soda bikarbonat yang telah diayak ke dalam mangkuk besar. Masukkan garam dan gaul rata. Masukkan bahan-bahan lain kecuali telor, air panas dan air biasa. Gaul rata. Masukkan air panas mendidih dulu dan kacau biar rata pada tepung. Kemudian masukkan tambahan air biasa sedikit sedikit secukupnya dan masukkan pula telor. Gaul sebati sehingga menjadi doh yang boleh dijemput (*jangan terlalu cair dan jangan terlalu kental). Goreng dalam minyak yang banyak (deep fry) dan balik2kan selalu. Bila agak kekuningan bolehlah diangkat dan ditoskan. Hidangkan bersama sos cili. Ummi makan dengan sos keropok yang diberikan oleh Zan hari tu..!!

Sambal Tumis Udang Petai

Ni sambal udang bese, cuma letak petai le sebagai penambah selera..hikkkss!!

Saturday, June 14, 2008

Ayam Rampai

Ok ni resepi dari Kak Liza. Sesuai untuk orang bz macam ummi, lauk sekali dengan sayur2 gitu..Kiranya 2 in 1 laa..Ummi buat separuh je dari resepi asal ni, tu pun banyak..

Bahan:-
1/2 ekor ayam (buangkan kulit dan potong kecil, bersihkan)
5 biji kentang (potong kecil dan gorengkan)
1 batang carrot (potong kecil/nipis)
20 tangkai kacang sepat/buncis
1 biji capsicum merah (potong kecil) - ummi guna hijau
1 paket baby corn (ummi tambah ni)
2 biji tomato (belah 6)
1 labu bawang besar (potong bulat)
3 biji cili merah (hiris kasar)
1 biji cili api (hiris kasar) - kalu nak pedas
garam
serbuk kunyit
minyak

Bahan tumis:- (hiriskan)
3 ulas bawan gputih
3 ulas bawang merah
3 cm halia

Cara Memasak:-
Gaulkan garam dan serbuk kunyit pada ayam dan gorengkan sampai masak (gunakan minyak yang digoreng kentang tadi). Jangan terlalu garing (nanti ayam keras). Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk tumis bahan tumis. Kacau hingga wangi dan masukkan ayam semula. GAul rata. Masukkan sayuran kacang, carrot dan cili. Gaul rata. Masukkan semua bahan lain dan kacau rata. Seimbangkan rasa garamnya. Angkat dan hidangkan.

Wednesday, June 11, 2008

Ninasuria Pancake

Ni Ummi masak untuk anak-anak subuh tadi buat bekal...emm sedap tau..kasi cair sikit bancuh ek..Resepi dari kak Ninasuria (tu nama glamour dia..nama manjanya..kakmOn cayang..) hehe..tk banyak2 kakmOn..betul kata kakmOn, simply delicious pancake!!
Bahan:-
1 1/2 cawan susu segar
2 biji telor
1 cawan tepung naik sendiri
2 sudu makan mentega dicairkan

Cara Menyedia:-
Pukul semua bahan dengan sudip kayu (*ummi guna whisk) hingga adunan licin. Jika terlalu cair tambahkan sikit lagi tepung (lebihkurang hampir 1/4 cawan lagi). Rehatkan 10 minit. Kemudian barulah dituang atas non-stick pan yang telah dilenser dengan sedikit mentega/minyak.

Sedia untuk dimakan dengan apa2 saja filling kegemaran..Ummi suka sgt makan dengan blueberry filling..

Ayam Kicap Pedas Chef Wan

Ni lauk dinner semalam, resepi oleh Chef Wan ni ummi cedok dari dapur Maklang...memang sedap! Lain dari biasa masakan kicap dia ni...

Bahan:-
10 keping ayam - digoreng dahulu

Bahan digoreng dan dikisar:-
6 batang cili kering
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas

Bahan sampingan:-
1 sudu kecil teh serbuk kunyit
1 cawan nenas - potong dadu
1/2 cawan air asam jawa
1 batang timun - potong 2 cm panjang (*ummi pun guna carrot)
2 biji buah tomato - belah 4
2 tangkai daun bawang - hiris nipis
1 bungkus stok ayam berkicap (*ummi ganti kicap pekat manis mcm Maklang gak..hehe)
sedikit air
garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga naik wangi bersama serbuk kunyit. Masukkan stok ayam berkicap, timun/carrot dan ayam. Gaul hingga rata. Masukkan sedikit air, asam jawa, nenas, tomato, gula dan garam. Setelah masak hidangkan dengan hirisan daun bawang..(ummi x letak pun).

Taugeh Masak Lemak

Ni sayur sempoii tuk dinner malam tadi..hehe..baru nk posting..beselah bz memanjang..balik keje, xdan nak pikir nk masak apa..tengok je lah ek..Ummi suka meratah sayur ni..hehe..xyah resepi la ek..

Tempahan Kek dan Buah Tangan Dari Dayang

Setelah dipotong, ni jelah yang tinggal dan sempat ambil gambar..Kek Lapis Asam Manis tu ummi tempah, tp yang lapis coklat tu Dayang bawak setengah tupperware..ni je tinggal..hikkss!!
Bahulu Kak Rozi penuh bekas masa Dayang bagi..tapi dah ramai2 kat rumah adik tu, ni jelah tinggal baru teringat nk snap gambar..emm jadi rezeki Ummi jugak
Kek Lapis Asam Manis yang Ummi tempah dengan Dayang..sedaaapp!!
Ummi bagi sikit sorang kat adik2 sini..
Terubuk Ikan Masin dari Dayang...sempat lah Ummi bahagikan kepada adik2 kat KL ni..(*lupa lak nk buka plastik, tengok plastik je lah ek..)

Haa...ni lah dia kek lapis yang ditempah mengejut dengan Dayang semasa Dayang jumpa baru-baru ni..Kek Lapis Asam Manis ni Ummi tempah special, tapi kek lapis coklat, bauhulu dan terubuk tu Dayang bagi ...hehe..xpalah tengok plastik je ek, nnt terliur pulak. Terima kasih daun keladi Dayang..lain kali bawak lagi ek..hehe..muaaahhhh!!