Monday, September 29, 2008

Green Princess Cookies


My 5th cookies yang sempat Ummi buat sebelum balik kampung...Kebetulan anak daraku yang minat bab-bab cookies ni dah balik bercuti..hehe..ada la geng..So Ummi serah kat dia je lah deco atas cookies tu selepas dibakar...Buat hari Sabtu malam Ahad kelmarin..mata mengantuk sangat dah! Resepi dari Kak Liza ni...Sori Kak Liza, izinkan Ummi copy-paste je yaa..n thanks a lot!!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI JUGA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI BERKUNJUNG KE DAPUR UMMI NI...MAAF ZAHIR DAN BATIN YA...SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI NANTI...HAPPY HARI RAYA HOLIDAYS AND TAKE CARE...MUAAHHH!

Meh tengok resepi...Sedap niiii!!!

Bahan A

  • 100gm mentega
  • 75gm minyak sapi
  • 60gm gula kastor
  • 1/2 sudu kecil pewarna hijau epal

Bahan B

  • 50gm serbuk badam
  • 15gm tepung beras
  • 220gm tepung gandum

Bahan hiasan :-

  • coklat masakan putih (*ummi tukar coklat)
  • manik gula warna warni

Cara-Cara:-

1. Pukul mentega,gula kastor, minyak sapi dan pewarna hijau epal sehingga sebati.

2. Kemudian, masukkan tepung beras dan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan serbuk badam. Rehatkan adunan seketika.

3. selepas itu, bolehlah diuli dan canai doh dan terapkan acuan

4. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit.

5. Setelah sejuk, paip atau lorek dgn coklat masakan putih dan taburkan manik gula warna warni.

3 comments:

VG said...

Alahai Kak Ummi...comelnya and sungguh menyelera! rasa macam nak cubit sedikit dari foto kak Ummi.

BTW Kak Ummi, Selamat hari Raya to you and your family. My love and hugs.

Regards
Vin

Cat Cat said...

Kak Ummi,
Selamat Hari Raya to Kak Ummi & Sekeluarga... Cantik biskut hijau tu... Anak2 tentu suka, kan..??

Tie said...

Salam ummi...wah lama tak update nih..masih sibuk beraya lagik ke??