Wednesday, September 10, 2008

Daging Black Pepper

Ni menu semalam jugak, resepi asal ceduk dari dapur Mat ni..sedap eh!! Mat guna ayam, tapi kak Ummi dah tukar ke daging..hehe..semua suka dan puji sedap masakan ni. Ummi x penah lagi guna perencah Maggi ni..rupanya best!! Tk kat Mat sebab share resepi yang mudah, tapi Ummi x terfikir pun nk beli yang instant ni..teruk betul la Ummi ni..!! Kredit untuk Mat!! Mat izin akak kopipes je lah eh..ngantuk dah ni...!!!
Bahan:-
500 g ayam, potong ikut suka - *ummi dah tukar daging - rebus dulu dan goreng sekejap.
1 paket rempah black pepper "MAGGI", bancuh dengan sedikit air
1 biji bawang besar, hiris bulat
2 ulas bawang putih, hiris halus
2 batang leek, dikerat2
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
1 biji tomato, belah 6
1/2 inci halia, hiris halus
1 camca besar kicap cair
1/2 cawan air
Cara Memasak:-
Cuci ayam, toskan, gaul sedikit garam dan 1/2 camca besar serbuk kunyit, gaul rata. Goreng ayam hingga masak, tetapi tidak garing. Angkat dan toskan.
Panaskan 2 camca besar minyak, tumis bawang putih, halia, leek, cili hijau dan merah hingga layu. Tuang rempah black pepper dan gaul rata.
Masukkan kicap cair dan air. Masukkan ayam dan hirisan bawang besar, gaul rata dan masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan tomato, kacau rata dan matikan api. Alih ke dalam bekas sesuai dan hidangkan.


4 comments:

VG said...

It does look good Ummi. I have to find the maggi spice to make this soon.

katak_78 said...

kak umie..nak ngadu kat kak umie...lyn dah buat kek tiramisu..tapi nape x naik whipping cream n cheese tu..nak naik camne..nak kata bekas basah..tak...tgh bersedih nie...x tau rasa camne lagi coz ada dlm peti..ahaks...

ummi said...

Vin - it doesn't only look good, it does taste good!!! Really! Better try it out soonest, hehee..

Lina - apa yg x kena ek? Xtau laa..akak pun ikut resepi kak-e tu je, cuma whipping cream xleh pukul lama sgt, nnt mencair semula, sekejap je..memang masa susun, adunan cair lembik sikit, nnt masukkan dlm tempat sejuk beku, baru jadi keras dan itulah ice-creamnya! Petua lain, akak xtau la pulak Lina..Tgk dulu yang tu bila kluar fridge tu jadi ke x..ok?

Jie said...

kak ummi...sedap nampak..sy pun ingat nak try...sy suka daging tapi si intan sorang tu tak makan daging..ayam je dia makan
itu pun puas tanya..ni ayam ke daging?
bile ckp daging...mencuka muka dia..
daging ayamlah...hehehehe