Friday, September 19, 2008

Kuih Lompat Tikam


Resepi ni Ummi ambil dari kakfida@MR . Memang sedap..x keras, x lembik sangat...makan sejuk-sejuk, emm..slurrrpp masuk ke tekak...best!!

Bahan (lapisan bawah):-
62 gm tepung beras (*ummi letak 65 gm)
660 ml air
62 ml air pandan + 1/2 sudu kecil pewarna hijau
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil air kapur

Bahan (lapisan atas):-
25 gm tepung beras
600 gm (625 ml) santan pekat
1/2 sudu kecil garam

Bahan (Air Gula Merah):-
250 gm gula melaka
500 ml air
1 helai daun pandan - simpulkan

Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan lapisan bawah ke dalam periuk, kacau rata dan masak dengan menggunakan api perlahan hingga adunan pekat dan berkilat (meletup-letup). Matikan api.
  2. Tuang adunan ke dalam mangkuk2 kecil hingga setengah bahagian mangkuk. Ketepikan.
  3. Masak pula lapisan atas dengan cara yang sama hingga pekat dan tuang ke atas lapisan bawah tadi. Sejukkan pada suhu bilik.
  4. Masak air gula hingga mendidih. Tapis dan sejukkan. Tuang ke atas kuih ketika menghidang. Lebih sedap disejukkan di dalam fridge dulu.

2 comments:

ICook4Fun said...

I am very curious about this kuih with very unique name :) I wonder how it got its name from. By the way Ummi, any chance of you pergi KL in Jan/Feb. I will be home and I would love to meet up with you :)

ummi said...

Hehe..Gert, yah, yah..me too, no idea how it got its name from. Pelik ek! Ohh..Gert, really love to see you too dear!..Are you coming back for CNY?? Ok, pls keep in touch when you're about to fly home..Hopefully, I can manage to be in KL at that time..muaaahhh!!