Baru ni hubby balik dari Pulau Tioman bawak balik ikan jemuduk segar2, orang sana pancing dan jual murah2 je..Hubby beli 3 ekor, banyaknyaa...Nak buat kari abanglong xda pulak, dia suka kari..petang Jumaat ni dia balik leh masak nnt. Nak masak asam pedas, banyak sangat dah masak yang pedas2 baru ni. Last2 hubby suh masak kicap pedas...sikit je pedas dia cakap...Masak cam biasa je ni..
Bahan:-
1 ekor ikan jemuduk (bersih dan kerat ikut suka)
1 labu bawang besar - dadu / potong bulat
3 ulas bawang putih - hiris
2 cm halia - hiris halus
2 sudu besar kicap cair
5 sudu besar kicap pekat manis
2 juring nenas - potong kecil
2 sudu besar cili kisar
2 biji tomato - belah 6
2 biji cili hijau/merah - belah 2
sedikit air
sedikit gula
garam secukup rasa (optional)
Cara Memasak:-
Ikan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan. Buang sedikit minyak goreng ikan dan tinggalkan untuk tumis. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Goreng hingga naik kekuningan. Masukkan cili kisar dan kacau sebentar hingga cili naik minyak sikit. Masukkan kicap pekat dan kicap cair. Masukkan sedikit air, garam dan gula. Masukkan ikan dan biarkan mendidih. Masukkan cili dan tomato. Tutup api, angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment