Friday, September 5, 2008

Sotong Goreng Masala Dengan Kantan

Ummi suka masak sotong atau udang camni sebab selalunya mesti laku punya..hehe..memangpun...lepas berbuka tinggal 3 ke 4 ketul je..alahaiii..makan sungguh2 diaorang nih!
Bahan:-
2 ekor sotong besar - bersihkan dan potong bulat 1 inci
2 sudu besar rempah masala
1 sudu besar rempah kari
serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak
1 labu bawang besar - potong bulat
3 biji cili hijau - potong serong
1 kuntum bunga kantan - hiris halus
Cara Memasak:-
Gaul rata sotong bersama rempah masala, serbuk kari, serbuk kunyit dan garam. Biarkan 15 minit. Panaskan minyak dan goreng sotong, jangan terlalu lama hingga keluar air pulak. Angkat dan toskan. Letak dalam pinggan. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak lagi dan tumis bawang besar, cili hijau dan bunga kantan hingga layu kekuningan. Angkat dan taburkan/gaulkan dengan sotong tadi. Siap untuk hidangan.

2 comments:

BRO ROZZAN said...

Salam ummi, rempah masala tu apa yer?

Ummi said...

Wkumsalam BR, tk singgah sini..rempah masala tu ada jual di pasaraya..this one Ummi beli di Cold Storage tertulis Mix Masala powder, dalam paket gitu..x tau asal mana..jenama x igt lak, now kat ofis ni..nnt balik rumah tgk semula, ummi tinggal pesan kat BR k..