Sunday, September 7, 2008

Cornflakes Cookies


Sebenarnya Ummi buat cookies ni hari Sabtu malam baru ni..dah malam sangat baru nk menggodek..pukul 2.00 pagi baru tidor, hehe, nasib cuti..Mula-mula rasa cam malas, rasa cam nak buat...Najiha memang duk pujuk suruh buat cookies ni..cookies ni memang sedap. Anak-anak Ummi semua suka resepi cornflakes yg ni, bila dah sejuk tu rangup sangat...boleh kata dah bertahun2 dah buat, tiap kali raya mesti buat..Ini pun Najiha dah sound ni untuk puasa kan, untuk raya mak kena buat lain...Hah?? banyak laaaa masa nak buat uiiii...xdan raya lah alamatnya tu..lepas berbuka duk cilok 3 ketul, 4 ketul, last2 penghujung puasa, memang tinggal tin je lah ni...ish, ish..Ummi buat 2 kali ganda adunan asal ni...

Bahan:- (anggaran 70 biji)
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula kastor
1 biji telor
2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit)
1 cawan tepung naik sendiri (diayak)
2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)

Cara Membuat:-
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telor dan pukul lagi. Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata. Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata. Letak dalam paper cup (cawan kertas). Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.

9 comments:

MamaFaMi said...

Cantik terletak je Ummi punya biskut cornflakes ni.. bolehlah mama cuba gak...

hana said...

yea yea nk cube jugak! ehehehe...:D

liana said...

salam, camna nk buat biskut cornflakes ni untuk guna 250gm butter..bahan lain2 nak tambah bapa? kalo guna tepung biasa leh dak? nti tlg email pada liana ok... lian181@gmail.com
TQ...

ummi said...

Liana -
wkumsalam...owh..nk convert to gram pulak eh..rasanya kalu 1 cawan mmg lebih kurang 225 gm camtu..kena tgk kat Converter la pulak, then calculate situ..akak xda Converter situ..cuba convert kat blog Mat Gebu..Nape, liana xda cawan sukatan tu ke? Boleh beli set cawan sukat tu kat kedai2 bahan baking eh..xpun kena tgk kat resepi lain yg guna sukatan gm. laa pulak.

Anonymous said...

ummi, saya dah cuba buat. bila lepas bakar, cantik rupanya, tapi bila biarkan sejuk, biskut tu turun dan lembut. kenapa yek. nak kata tak cukup tepung, betul2 ikut sukatan yg ummi bagi.

ummi said...

Anonymous -
aiiikk apasal lak turun? Sepatutnya bila dah bakar kuning keemasan gitu, bila sejuk kukis ni rapuh n rangup sgt...Ke x cukup masak? Bakar kukis tu camne? Biar kuning keemasan gitu..

HaNnAjR said...

salam kak umi..sya baru try tadi..mmg ikut suma sukatan ummi tp yg salahnya sya xde paper cup tu..so sya just ltk atas oven paper jadi alas ms masak tu..mula2 elok jer bulat..skali bukak oven..hahahha...dai jadik cam biskut la plak leper..kihkih..slh ku..nak tnya..knpa adunan sya jd agak lmbik ek smpi ms nak bntk bulat tu ssh sket..melekat..

Sue said...

salam... nak jugak brtanya.. saya pun ikut sukatan yang betul tapi jadi lembik sangat... tak blh nak dibentuk dah... nape jd mcm ni ye?

Ummi said...

HannarJr -
wkmsalam...hehee..mmg adunan ni lembik sebab tu kena kepal sikit2 jek kasi bulat2 sikit then golek dlm cornflakes yg diramas tuh, pastu letak dlm papercup saiz kecil, bakar. Baru dia mengembang bulat ikut papercup tu.

Sue -
Wkmsalam...jawapan mcm di atas kat HannaJr tu eh..