Friday, September 12, 2008

Tom Yam Putih

Menu berbuka hari Rabu kelmarin, bz sesangat ni baru sempat posting..Resepi dari dapur Jeni ni memang lain sikit, x guna pes tomyam yang dijual tu..kita rencah sendiri je...sedap dan kena je dengan tekak ni..Ya lah, lately ni asyik makan pedas2 je, sesekali pekena masam2 camni, emmm nyamaannnyaaa...Thanks Jeni..
Bahan:-
2 biji bawang besar - belah 8
3 ulas bawang putih - dititik
3 batang serai - dititik
2 inci lengkuas - dihiris dan dititik
1 kg ayam - potong kecil (*ummi letak separuh je)
2 ekor sotong sederhana - potong bulat (*ni ummi tambah)
8 ekor udang (*ni pun ummi tambah)
1 biji tomato - potong 8 (*ummi letak 2 biji)
1 batang celery
cili padi - ditumbuk (*ikut pedas - ummi letak 8 tangkai)
Cili hijau - belah 4 (x letak pun)
1 batang carrot - potong panjang 1 inci (*ummi potong bulat nipis)
Jus limau nipis (*ummi letak 3 sudu besar)
Daun limau purut
Garam secukup rasa
Cara Memasak:-
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sekejap sahaja. Jangan sampai garing. Masukkan ayam dan tumis sekejap. (Tips untuk menghilangkan bau hanyir ayam). Masukkan air dan carrot. Masak sampai mendidih. Masukkan bahan-bahan lain kecuali jus limau nipis dan daun limau purut. Masukkan garam secukup rasa. Setelah masak sume sayuran (jangan layu sangat), tutup api dan masukkan daun limau purut dan jus limau secukup rasa. Siap dan hidangkan dengan nasi panas bersama telor dadar..best!!

4 comments:

Suzi said...

salam,
blh cuba ni...sini perencah tom yam sesetengah kedai asean je yg ada..susah nak cari yg halal...

hana said...

yea yea bleh cube! :D

Anonymous said...

TQ for trying Kak Ummi :D

Anonymous said...

Suzi - hah elok lah try ni kalu susah nk dpt paste kat sana kan..yang ni pun x kurang sedapnya..adjust lah masam n pedasnya k!

Hana - cuba jangan x cuba..tengah angin R tu..masak byk2 eh!!

Jeni - Weeehee.., really love it! Very nice and suit to my tastebuds...Thanks a lot!! Muaahh!!