Tuesday, September 2, 2008

Crispy Pizza

Menu berbuka hari ni, sebahagiannya dah siap ni haa.., so boleh la posting dulu, hehe..Hari ni Ummi cuti lagi sebenarnya sebab abang long n kakngah nak balik ke kolej masing-masing. Sian lak nnt balik lenggang kangkung je x bawak apa-apa..Jadi Ummi dah masak awal-awal pagi tadi pizza dengan dendeng tuk diaorang bawak bekal balik..Hubby hantar kakngah jam 1.00 petang tadi dan balik Kuantan terus hantar abanglong. Pizza mmg favourite budak2 kan...
Meh tengok, crispy pizza ni dari Yani@myresipi.com ni..
Bahan:-(2 biji)
200 gm tepung roti (*)
1/2 sudu besar gula (*)
1/2 sudu kecil garam (*)
2 sudu kecil baking powder (*)
1 sudu besar olive oil
130 ml air
Topping:- (ni ummi punya laaa..)
Daging kisar, bawang besar, button mushroom, sos tomato, sos cili, garam, sedikit serbuk oregano, serbuk lada hitam, mozarella cheese (*sos pizza xda stok dah)


Cara-Cara:-
Masukkan kesemua bahan yang bertanda (*) ke dalam mangkuk. Kacau biar bergaul rata. Masukkan pula olive oil dan air. Kacau sehingga tak nampak debu-debu putih. Rehatkan 5 -10 minit. Kemudian uli dengan tangan hingga licin. Buat bentuk bulat, wrap dengan plastic wrap dan biarkan 30 minit. Bahagikan doh kepada 2. Buat bentuk bulat. Kemudian canaikan senipis yang disukai. Lepas tu bolehlah ditarik-tarikh doh biar jadi lebih nipis. Lebih nipis, lebih crispy. Panaskan oven sehingga 200C. Kemudian letaklah topping kesukaan pada pizza. Bakar selama 10 - 15 minit. (*ummi bakar 15, sedikit garing)

4 comments:

VG said...

Berapa hari Vin tak jenguk dapur Kak Ummi, dah banyak resipi kak ummi taruh. Semua best2 belaka. Vin nak datang buka puasa hari2kat umah kak.

ummi said...

Hai Vin, akak masak yang senang2 je..Kalu Vin dekat, mesti hari2 akak bagi rasa..hehe..Bulan puasa ni kena "timing" betul2 masa memasak, nnt x sempat nak berbuka..hehe

SweetBites said...

Hi Ummi, just visited ur nice and wonderful blog. u hve some interesting recipes in ur collection. The crispy pizza is different fr the yeast dough pizza. I'm sure its easy to rustle up this pizza for buka puasa. Would definitely give a try. Thanks.

eyra said...

salam... nak tanya. topping tu just bubuh mentah ke kena masak dulu? confius kat situ. mekasih... hehe