Sunday, September 7, 2008

Sum Sum Marble


Tengahari Jumaat kelmarin, waktu rehat tengahari lama sikit, so sempat lah Ummi mengacau kuih sum-sum marble ni. Kebetulan air gula merah lebih kuih lopes hari tu ada lagi...Sedapnya sum sum ni wat berbuka puasa...sori baru sempat posting! Resepi ceduk dari MR ni..

Bahan:-
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kanji
1 sudu teh garam halus
5 cawan santan pekat
pewarna coklat (*ummi tukar air pandan)
1 helai daun pandan (semasa mengacau adunan)

Cara Membuat:-
Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati. Masak dalam periuk dengan api perlahan. Kacau selalu sehingga adunan pekat dan berkilat. Bahagikan adunan kepada dua. Satu putih dan satu lagi coklat/hijau. Tuangkan berselang seli ke dalam loyang atau bekas2 kecil dan biarkan ia beku. Hidangkan bersama air gula melaka.

5 comments:

BR said...

Heheh, kreatif idea ni. Menarik gabungan warna hijau putih tu!

Ummi said...

BR, hehe..bulan pose ni mmg kena menarik presentation, nnt orang x makan lak..hahahaa..rasa sama je :D

hana said...

wah kretipnyer k.ummi wat marble sum2 nih! nk tiru ar! :P

MamaFaMi said...

Som som pun boleh dimarblekan yek... teramatlah kreatifnya! Jangan sok mekap muka pun marble, udahlah... nanti jadi adik beradik Zebra pulak... ahaks.. gurau je ummi...

Anonymous said...

Hana - kretip sikit jek..buat penambat selera..hiiikkss!!

Mama - Aah ya, kalu ku marblekan mekap muka ni..harus kena tinggal kat Tg Rambutan...waaaaa..Xpa mama, Ummi x kesah gurau2 marble gitu...penambat hati dalam hubungan kaan.. :D