Tuesday, October 7, 2008

Happy Birthday To Me..(*_*)

Alhamdulillah pada hari ini, di lebaran yang ke 7, Ummi masih dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik untuk melayari hidup bersama insan-insan tersayang...Pertama sekali Ummi ingin mengucapkan terima kasih kepada emak yang melahirkan Ummi dan juga untuk abah yang turut sama-sama membesar dan mendidik Ummi dengan penuh kasih sayang dan tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar dan nasihat walaupun Ummi telah bersuami dan berkeluarga...


Dan tidak pernah Ummi lupakan..terima kasih dan penghargaan kasih mesra jua untuk suami yang penyayang dan anak-anak yang dikasihi yang sentiasa menceriakan hidup Ummi selama ini. Buat semua ahli keluarga, abang dan adik-adik serta sahabat-handai yang sentiasa memberi sokongan dan menjadikan Ummi insan yang sentiasa berasa bertuah berada bersama-sama kalian....

Memetik kata-kata Ibn Mas'ud r.a:-


"Perkara yang paling aku menyesal sekali dalam sehari adalah bila terbenamnya matahari, hayatku berkurangan, usiaku meningkat, akan tetapi amalanku tidak bertambah"




**(psstt..maaf Ummi x sempat nk upload apa2 gambar disebabkan kesuntukan masa dan gangguan teknikal pada modem internet di rumah yang masih dalam pembaikan).

23 comments:

sakurasa 2 said...

Selamat hari lahir moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta bahagia disamping keluarga tercinta

Suzi said...

selamat hari lahir kak UMMI. Semoga sentiasa dalam peliharaan Allah sentiasa hendaknya....

hana said...

Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan kak ummi... Allah selamatkan kamu! yeaaaaaaa...... epi besday k.ummii!! mmmuaaaaaah! moga panjang umur murah rezeki n ceria2 selaluuuu....

Dik Ina,
Kanazawa,Japan.

Sayang Suhana said...

Alhamdulillah, diberi kesempatan lagi kepada kak ummi bagi menyambut hari lahir kak ummi yg ke ...? Semoga diberi segala yg baik dan dihindari segala yg buruk..hanya Allah saja yg Maha Mengetahui bagaimana untuk membalas jasa baik kak ummi berkongsi segala ilmu memasak yg ada didada..khas buat kak ummi ku yg tersayang,..kekalkan senyumanmu!...dari yg jauh tapi dekat di dapur...SayangSuhana

VG said...

Happy birthday Kak Ummi...kiss, kiss, kiss...and welcome back. I missed you!

Did you get plenty of pressies and How was your raya?

ICook4Fun said...

Happy Birthday Ummi!! Best wishes to you on your birthday.

Maya Yunos said...

Selamat Hari Lahir kak. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman dan berbahagia selalu. Keep smiling and shining :)

Mat Gebu said...

selamat hari lahir yg ke-21..amboii awet muda u...passttt, dgr2 dpt hadiah cincin berlian 2 carat..sure sebatu dah silau bijik mata kan..ahakss..amponnn!!!!

Scarlett Julia said...

hepi besady kak ummi...

semoga pjg umor dan diberkatiNya sentiasa

Siti Khuzaimah said...

Happy birthday to U, Happy Birthday to U, Happy birthday to U...Happy Birthday to U...

semoga dipanjangkan umur & Semoga sentiasa dimurahkan rezeki,semoga diberi kekuatan untuk terus mencurahkan ilmu memasak kpd kami semua....

Ummi, mmg Wan Syazwan tu kawan lama saya, saya pun duk mencari dia jugak...terima kasih byk2 ler pada ummi...kalau tak mgkn saya tak jumpa2 kawan saya yg sorang tu...heheheh

MamaFaMi said...

Happy belated birthday Ummi

cikMilah said...

Happy belated birthday Ummi, semuga berkat hidup dalam amalan yang baik...

MaR~ said...

hepi belated besday aunty!
semoga pjg umur d urahkn rezki~
n hidup dlm keberkatan :)
insyaallah!

hepi cooking!
i lv ur recipe btw!
semuga ceria2 selalu :)

Cat Cat said...

Hepi Birthday to you Kak Ummi. And many more to come.

Intan Rosnitta said...

Happy Belated Birthday buat Kak Ummi. Moga bahagia di dunia & di akhirat.

Kita sama2 libra tau...

:)

mysal7374@yahoo.com said...

hi kak ummie...walau takkenal in person akak, tapi saya dapat rasa kemesraan akak tau...:)...sepanjang bulan pose tiap ari saya jenguk blog akak...cari idea...

di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir ke .... moga diberkati hidup akak...InsyaAllah...

dari Sal...KK with lots of love...

ummi said...

Salam sejahtera..
Terima kasih kepada semua yang mendoakan Ummi/kak Ummi ni samada melalui ruangan komen ni ataupun shoutbox dan juga sms...Semoga kita semua beroleh keberkatan sepanjang usia dan silaturrahim berpanjangan melalui alam maya ni..Kepada yang pertama kali menjenguk ke dapur Ummi ni, selamat datang dan terima kasih. Kepada akak2 dan adik2 yang telah sekian lama dikenali di sini dan x jemu-jemu menjenguk serta bertanya khabar, penghargaan x terhingga buat kalian semua. Semoga doa yang dipanjatkan akan berbalik juga kepada kalian hendaknya..Amiiinnn..

Dan untuk makluman semua, tahun ni adalah kelahiran Ummi yang disebut oleh Mat tu laaa...tapi kena darab 2..hehe...(*sape x pandai darab tu, x dapat lah den nk nolongnyeee..hehe). Xda apa yang nak dirahsiakan. Semakin bertambah umur, semakin Ummi rasa bersyukur kepadaNya..it's just a number, right??

Salam kasih mesra..

Big Mamma Bukhari said...

Assalamualaikum..
happy belated birthday untuk ummi... semoga dipanjgkan umur, dimurahkan rezeki dan berbhg selalu bersama yg tersayang..

leeyana-mamadaniel said...

selamat hari lahir k.ummi...semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta berbahagia bersama keluarga tercinta...x sangka ya hari lahir kita lat 2 hari je...today hari lahir liana...hehe..klau cam ni..sonanglah nk ingat..:-)

hazila said...

Selamat Ulang Tahun. Bolehle buat majlis sambutan ulangtahun sekali ngan open house.

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

salam
happy birthday dan selamat hari raya adil fitri

VG said...

Kak Ummi...Vin here again.

Pls come over and collect your award from my blog, ya.

shima said...

happy belated besday ummi...
semoga panjang umur murah rezeki..
sonok erkkk sambut besday dlm bulan syawal..byklaa sessi potong2 kek ni hehehee..
selamat hari jgak buat ummi sekeluarga..