Buat kek ni pun sebagai buah tangan untuk balik ke rumah nenek petang ni...Resepi asal dari Chef Norz tapi Ummi kutip kat dapur Kak Liza ni. Mudah sangat dan tidak menggunakan butter, guna minyak je...Time kasih untuk Chef Norz dan Kak Liza yang sudi share... :D
Bahan A:-
150 ml minyak SeriMas (ummi guna minyak Seri Murni)
3 biji telor A
45 ml susu cair
1 sudu teh sirap kencana (ummi guna madu jugak ikut KakLiza)
1 sudu besar jus oren (ummi guna Mandarin Sunquick)
Bahan B:-
220 gm tepung gandum ] ayak
2 sudu teh serbuk penaik] bersama
175 gm gula perang
350 gm buah campuran
50 gm badam urai/roasted badam cincang
1 sudu teh parutan kulit lemon
badam tanpa kulit - ummi letak kepingan badam
Cara Membuat:-
- Campurkan semua bahan A dalam mangkuk dan kacau rata dengan senduk kayu. Ketepikan.
- Dalam mangkuk lain, gaulkan bahan ayak dengan gula. Masukkan buah campuran, badam urai, kulit oren.
- Perlahan-lahan tuangkan bahan A.
- Kacau dengan senduk kayu sehingga sebati.
- Tuang dan ratakan dalam tin/loyang (ummi guna loyang 8x8" jadi nipis sikit, lain kali leh tukar loyang 7x7") yang telah digris dan dialas dengan baking sheet.
- Taburkan badam di atasnya dan bakar pada suhu 180 C (ummi set 175 C) selama 1 jam.
4 comments:
nice blog puan. pastry sumer tu nampak so delicious.keep up u gud effort :-)
Sheikh, thanx singgah sini..masak biasa saja...fast n ez..yg penting sedap.. :)
salam..
sy suka kek buah nie... hujung mgg nak try buat.. buat kat bakery...:)
Good Day Puan.
I selalu baca blog Puan. Saya ada satu iklan nak paparkan di blog puan kalau puan memberi kebenaran. Sebenarnya saya ada satu microwave oven baru yang inggin dijual. Harganya RM950. Kalau saya dapat dijual dari blog puan, saya akan memberi RM50 kepada puan. Kalau puan berminat sila email ke mirradivine@hotmail.com. saya akan member detailnya.Tq.
Post a Comment