Wednesday, October 15, 2008

Kek Lapis Blueberry Pandan


Kek lapis ni ummi ambil resepi dari dapur Edazman yang asalnya menggunakan jem strawberry. Tapi sebab xda stok dan angin R tu datang macam ribut xdan-dan sangat...so Ummi bantai je guna jem blueberry yang ada dalam stok..Resepi mudah je, nak melapisnya yang x berapa larat nk tunggu tepi oven..Meh tengok resepi asal yaa..
Bahan-Bahan:-
  • 250 gm butter (elok guna jenama Golden Churn)
  • 120 gm gula halus
  • 6 biji telor
  • 120 gm tepung Hong Kong
  • 1/2 sudu besar ovelette
  • 100 gm jem strawberry
  • 150 gm kaya (ummi guna jenama Yeos)
  • 1 paket serbuk santan
  • pewarna merah jambu, hijau dan kuning
Cara Membuat:-
  1. Pukul butter dan gula hingg ringan. Masukkan telor satu persatu, pukul rata setiap kali telor dimasukkan.
  2. Masukkan ovelette dan pukul lagi. Masukkan tepung dan gaul rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan jem strawberri (i used blueberry) dan pewarna merah jambu, kacau rata.
  4. Bahagian kedua dicampurkan dengan kaya dan pewarna kuning, kacau rata.
  5. Bahagian ketiga dicampurkan dengan serbuk santan dan pewarna hijau. Kacau rata.
  6. Alas dasar loyang 7"x 7" dengan kertas minyak yang disapu marjerin pada dasar loyang.
  7. Masukkan 3 sudu besar adunan merah jambu dan bakar selama 3 minit dengan api atas pada suhu 175 deg. celcius hingga permukaan berwarna coklat muda.
  8. Kemudian masukkan 3 sudu besar adunan kuning pula dan bakar lagi dengan api atas.
  9. Kemudian masukkan 3 sudu lapisan hijau pula dan bakar. Buatlah berselang seli hingga habis.
  10. Bagi lapisan terakhir bakar dengan menggunakan api atas dan bawah bersekali selama 5 - 6 minit.

7 comments:

hana said...

cantiknyerrr melapissss!! rajin k.ummi erk! terasa mcm dgoda2 jerk tuk RAJIN melapis mcm k.ummi! tunggu la raya thn depan erk! :D :P

Akak said...

Salam Ummi..

Sedapnya kek lapis tu, nanti akak pi kuantan boleh makan, simpan skit yea..

ICook4Fun said...

Ummi, I nak try lah recipe ni because it didn't use too many eggs. I have seen recipe yang guna 20 biji telur kuning. When I see that I takut nak buat :)

cikMilah said...

rajinnya melapis lepas raya ni...betul kata Gert, nak try jugak sbb telurnya pakai sikit je, dan cantik dipandang....

ummi said...

Hana - tengah rajin la kiranya tu..hehe..alah buat je laa..senang je tu..

Akak - nak datang bgtau dulu tau..nnt bagi roti lapis mentega je pulak...wahahaaa

Gert - yeap, i think this recipe is suit to your tastebud..not too sweet. Me too, can eat without worry, hahaa...

CikMilah - aahh, yang ni kurang telor, mmg boleh ngam dengan tekak bagi yang kurang suka manis..sila lah try!

sreSHAziela said...

canteq nye kek akak ummi.. terliuq tgk ni.. kang weekend leh lah try...

Anonymous said...

boleh tak ganti tepung hong kong tu dengan tepung pau?