Saturday, October 25, 2008

Rendang Daging CT Catering

Petang nanti Ummi akan balik ke Bentong nak jenguk nenek yang tak berapa sihat tu...raya kelmarin tak sempat nak pergi...ni pun duk tunggu kakngah je sampai dari Segamat around 4.00 pm nnt...so Ummi pun masak je lah rendang ni dan nasi impit nak bawak balik makan dengan nenek laahh.. Resepi ni Ummi kutip dari majalah Keluarga dari Restoran CT Catering, Bukit Beruntong, tp tengok sempoi sangat jadi Ummi dah edit sikit mengikut tekak Ummi ni...hubby orang pertama yang rasa, dia kata sedap..hehee
Bahan:-
600 gm daging (potong nipis)
3 batang serai - kisar
8 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
3 inci halia - kisar
1 inci lengkuas - kisar
50 gm serbuk kari daging
5 sudu besar kerisik
2 cawan santan pekat
1/4 cawan air asam jawa
1 sudu kecil serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk cili
sedikit gula
garam secukup rasa
daun limau purut (optional) - ummi xda stok
Cara Memasak:-
Perapkan daging dengan sebahagian bahan kisar dan sebahagian rempah kari selama 30 minit. Panaskan minyak, dan tumis sebahagian lagi bahan kisar hingga naik bau. Masukkan sebahagian lagi rempah kari tadi dan kacau atas api perlahan. Kemudian masukkan 1 cawan santan dan masak rempah hingga terbit minyak. Masukkan daging, kacau dan biarkan daging masak hingga kuah agak pekat. Bila kuah pekat tambah lagi 1 cawan santan dan kacau rata. Masukkan garam, air asam jawa dan gula secukup rasa. Kacau2 selalu dan biarkan kuah pekat semula. Tutup api.

2 comments:

Maya Yunos said...

Ct catering? Ct nurhaliza's ke? Hehe. Nampak cam sedap. Teringin lak nak makan rendang...:)

ummi said...

Maya - Hahaa..xtau lah Ct mana..Ct Nurhaliza?? Tak koott..hehe...Rendang ni mmg sempoi pnya..tp sedap jugak..