Baru ni beli puyuh yang telah siap dibersihkan dan disejuk beku baru 2 hari kata penjual kat Pasar Tani tu..puyuh ni leh tahan dalam esbok sampai 3 bulan tau..yang ummi beli ni adalah keluaran Fama. So hubby suh goreng je laaa..ingat nak wat masak lemak cili padi...anak2 sume xnak..ish ish..layaaannn...
Bahan:-
5 ekor puyuh (sederhana besar)
250 gm tepung jagung
2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar cuka
2 biji telor
sedikit garam
sedikit air
minyak masak yang banyak
Cara Memasak:-
Bersihkan puyuh dan toskan. Satukan tepung jagung, serbuk kari, cuka, kunit, air dan garam secukup rasa. Pecahkan telor dalam mangkuk lain dan pukul seketika. Panaskan minyak, celupkan puyuh dalam telor dan kemudian celupkan pula dalam adunan tepung jagung tadi. Goreng sehingga kekuningan di atas api sederhana. Angkat dan toskan. Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan sos kegemaran.
No comments:
Post a Comment