Monday, May 19, 2008

Blueberry Choc Cake


Ni resepi kek sempoi ummi cedok dari rumah MaklangAzie. Buat hari Jumaat ari tu, hubby balik dari Tioman terus je menjamah.. ;))

Bahan:-
150 gm mentega
50 gm gula halus
100 gm susu pekat manis
3 butir telor
120 gm tepung
30 gm serbuk coklat
1/4 sudu teh baking powder
50 gm choc chips
75 gm jam strawberryy (ummi tukar blueberry)

Cara-Cara:-
Pukul mentega, gula halus dan susu pekat manis hingga lembut. Masukkan telor satu persatu sambil terus dipukul adunan. Ayam tepung, serbuk coklat dan baking powder dan campurkan ke dalam adunan mentega 3 peringkat. Tambahkan coklat chips dan adun rata. Griskan loyang bulat berdiameter 20 cm dengan butter (ummi guna loyang empat segi 5 x 4 in) dan alaskan dengan baking sheet. Tuangkan separuh adunan. Lapis dengan jem dan ratakan. Tuangkan lagi baki adunan dan bakar selama 30 - 35 minit (bergantung kepada oven) pada suhu 180C. Selamat mencuba!! Ummi parut sedikit coklat masakan atas kek, lebih umphh!!

No comments: