Monday, May 26, 2008

Mufin Blueberi Resepi Chef Noraini


Jumaat baru ni Ummi bercuti sehari sebab nak buat muffin sikit sebagai buah tangan kepada kakak ipar untuk kenduri anak perempuannya di Jerantut. So pagi tu Ummi membakar la (*banyak jugak dapat, 5 bekas cam dlm gambar tu). 3 bekas choc chips muffin dan 2 bekas blueberry muffin. Choc chips muffin tu dah ada resepinya dalam entry terdahulu. Tapi untuk blueberry muffin ni Ummi try lak resepi dari dapur Chef Noraini. Memang sedap, lembab dan gebu gituuu...Tk kepada Chef sebab sudi berkongsi resepi dari Allrecipes yang telah diubahsuai mengikut citarasa beliau. Ummi buat 3 bancuhan dari resepi asal nih...adodoiiii puas gak nk menghabiskannya.. :))
Bahan:-
125 gm butter
150 gm gula kastor
2 biji telor
250 gm tepung kek/tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
secubit garam
70 gm susu segar UHT
1/2 cawan inti blueberi
1 sudu teh esen vanila
Cara Membuat:-
Preheat oven pada suhu 180C. Pukul mentega dan gula hingga gebu dan putih. Masukkan telor sebiji demi sebiji dan pukul sebati. Masukkan esen vanila. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Masukkan ke dalam adunan mentega tadi berselang seli dengan susu sambil digaul rata. Sudukan ke dalam acuan kertas separuh cawan kertas dan letak filling. Kemudian letak sedikit adunan lagi di atas cawan kertas. Bakar pada suhu 180C selam 20-25 minit.

Yang ni sajalah Ummi nk tayang gambar je...Resepi Jun ni Ummi dah selalu buat dan ada dalam entry terdahulu ek..Untuk Choc Chips Muffin ni Ummi buat 5 bancuhan - adehhh, sakit pinggang rasa nak menyiapkannya...eh eh..!

1 comment:

Anonymous said...

salam kenal ummi...sonok jenguk blog ummi mcm2 ader...i link yerr ummi (supaya x sesat nnti)hehehe muffin choc chips tuh nampak gebu betuiii rasa tingin pulakk dah 'dayung' muffin lagikk

Re: actually i guna powerpoint jek tuk editing sume gambo2 tuh...x reti nk guna software len..