Sunday, May 11, 2008

Pucuk Manis (Asin-Asin) Masak Lemak Putih

Lama x makan sayur ni, susah sangat nak dapat...semalam nampak ada kat pasaraya mini kat rumah ni, so ummi beli le...sedaaappnyaa..manis je kena dengan udang tu..

Bahan:-
1 ikat pucuk manis
(ambil daunnya dan batang lembut)
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
6 - 7 ekor udang
garam

Cara Memasak:-
Basuh bersih daun pucuk manis. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili, udang dan santan cair dalam periuk. Masak dengan api perlahan biar mendidih sikit. Masukkan pucuk manis dan santan pekat. Masukkan garam dan kacau2 sebentar sayur. Jangan terlalu lama, biar agak layu sikit saja. Tutup api.

No comments: