Hah..minggu ni Minggu Ikan Sungai Sedunia lah kat rumah ummi ni..hehe..banyak2 kan makan ikan sungai, berkhasiat kann...Resepi cedok dari rumah Jun ni....Ummi adjust guna ikan sungai iaitu ikan krai, byk tulang tp manis dan sedap..Meh salin resepi ek...
Bahan:-
2 ekor ikan kembung (ummi guna ikan krai)
4 sudu makan tempoyak
gula dan garam secukupnya
1 helai daun kunyit - hiris halus
jus dari 1 biji limau kasturi
3 sudu besar santan pekat
Bahan Kisar:-
1 batang serai
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm kunyit
8 biji cili padi - ikut pedas
Cara Menyedia:-
Campurkan semua bahan kisar dengan tempoyak, garam, gula, jus limau dan santan. Gaul dengan ikan dan perap selama 2 - 3 jam. Letak ikan dan baki bahan perap dalam alluminium foil/daun pisang (ummi guna daun kunyit dan letak dalam alluminium foil). Bakar hingga masak kurang lebih 20 minit.
1 comment:
Post a Comment