Friday, May 2, 2008

Kek Lapis Sutera


Ini projek masa cuti Hari Pekerja semalam..tp kat rumah keje sentiasa ada, x cuti pun..hehe..ni duk melapis kek lapis sutera dari resepi Brother Rozzan...actly lapisan warna-warna tu x berapa naik la kaler dia...dah tu patut wat 3 lapis, tp x cukup sebab ummi guna loyang besar sikit kot..hehe..tapi janji sedap!!! Jamu mata dulu ek, nnt senang2 sikit baru ummi letak resepi ek..

Sori la lambat letak resepi, ummi balik kampung kat Temerloh weekend baru ni dan kek ni pun selamat licin di kampung, hehe....so here's the recipe:-

Bahan:-
450 gm mentega
250 gm gula halus
10 biji telor
170 gm seri kaya
397 susu pekat manis
100 gm Horlicks
1 sudu kecil esen vanila
200 gm tepung gandum (*ummi guna tepung hong kong)

Cara Membuat:-
Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan telor sebiji sebiji sambil terus memukul hingga sebati. Masukkan seri kaya, susu pekat manis, horlicks dan esen vanila. Pukul lagi hingga rata. Masukkan tepung dan gaul rata-rata.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian - 2 bahagian dibiar plain (untuk lapisan bawah dan atas) dan 1 adunan lagi dibahagi pula kepada 3 dan letak 3 warna setiap 1 berasingan iaitu merah, cokelat dan oren.

Panaskan ketuhar dengan suhu kira-kira 200-220 C, gunakan api "grill" (atas) sahaja. Sementara itu sediakan loyang ukuran 10"x7" (*ummi guna loyang 8x8x3 in). Alaskan dengan kertas dan griskan pada dasar dan sekeliling loyang. Setelah itu, ceduk 7 sudu besar adunan plain dan bakar selama 5 minit. Buat 4 lapisan. Kemudian sudukan pula warna merah dan buat 3 lapisan. Diikuti 3 lapisan warna cokelat dan 3 lapisan warna oren. Akhir sekali bakar 4 lapisan warna plain dan untuk bahagian terakhir hendaklah dipasang api atas dan bawah dan bakar selama lebihkurang 20 - 25 minit.

Selamat mencuba...(*nota - jika lapisan berwarna tidak mencukupi untuk dibuat 3 lapisan, boleh ambil bancuhan plain dan adjust - ummi pnya hanya boleh 2 lapisan saja bagi bancuhan berwarna..hehe..ok jugak! nak terang lagi warna, boleh adjust warna lain).

2 comments:

Dianne said...

dah cantik kek tu ummi,pakai butter bagus mmg cantik kek nyer ehhehe best ler tgk kek2 lapis nih hehehe

TRISYA ALEESA JAMIL said...

Salam Kak Ummi,
Meh dtg umah Eisya amik award...
cepat akak cepat...
ewah..ewah..Oggix KO lagi ekkkk???