Wednesday, May 14, 2008

Ez Doughnut

Resepi ni ummi ternampak kat MR, Sitiazma pnya, thanx Siti sudi kongsi kat MR tu...Ummi buat malam semalam tuk my kids bawak bekal ke sekolah pagi tadi..siap je salut cokelat tu, my doter Najiha yg taburkan colourful rice atas tu..hehe..
Bahan (12 - 16 biji):-
250 gm tepung
1/2 sudu kecil garam
25 gm gula
1 biji kuning telor
1 sudu besar minyak
2 sudu kecil yis
62.5 ml susu suam (untuk breadmaker guna 125 ml)
Cara-cara:-
Gaul sebati tepung, gula, telor kuning dan minyak. Masukkan yis dalam susu suam. Tuang sedikit-sedikit susu tersebut ke dalam adunan tepung. Uli sampai doh tak melekat di bekas. Buat bulat. Masukkan dalam bekas, tutup dengan plastic wrap, letak tempat panas. Biar naik sekali ganda (lebihkurang 1 jam). Keluarkan doh dari bekas, tumbuk2 keluarkan angin. Leperkan doh lebihkurang 1/2 inci, potong dengan donut cutter (ummi guna mulut gelas je..hehe) Buat lubang di tengah. Biarkan naik sekali ganda lagi (lebihkurang 30 minit). Kemudian bolehlah digoreng dengan api sederhana sahaja, agar donut tidak mudah pecah. Bila kekuningan, angkat dan toskan. Bila telah sejuk, hiaslah dengan topping kegemaran.

1 comment:

SA said...

wahh ummi buat ikut resipi siti. ok tak doh tu kalau tak guna breadmaker. kat MR tu ada yg kata lembik - sebab tu siti tukar kurangkan air separuh dari kalau guna BM. Siti pun guna mulut gelas gak ummi, lubang tengah tu buat guna nozzle..