Saturday, September 13, 2008

Kuih Lapis Pandan


Ni kuih untuk berbuka puasa petang Jumaat semalam...lama dah teringin nak buat ni...baru ni dapat...Balik je rehat tengahari Jumaat tu, sempatlah Ummi mengukus kuih ni...so petang Ummi masak lauk je laa..emmm resepi ni memang sedap, kena dengan santan pekat gitu...lemak berkilat je nampak..emmmm...best, puashati buat sendiri kan..Resepi ni Ummi kutip dari Resepi Raidah.

Bahan:- (Loyang bulat 8inci)
(Bahan A)
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sduu besar tepung jagung
3/4 cawan gula
4 1/2 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam

(Bahan B)
Perisa pandan - boleh juga menggunakan jus pandan
pewarna hijau

Cara Penyediaan:-
  • Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
  • Masukkan perasa pandan dan pewarna hijau dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
  • Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan.
  • Masukkan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus elama 5 minit.
  • Lapiskan pula 1 senduk adunan hijau dan kukus lagi selama 5 minit.
  • Lapiskan lagi adunan putih dan hijau berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, Ummi balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus lebih lama sedikit).
  • Sejukkan dan bolehlah dipotong.

4 comments:

VG said...

Kak Ummi, very cantik your kuih lapis and your new blog template - matching lah!

hana said...

lawo la kuih lapis k.ummi nih.. ina penah wat arituh tk pass la kak.. lembik jerk..pas nih nk try resepi nih la...tQ!!!

Tie said...

Wah..nampai meriah laa kuih lapis tu..terasa nak buat lak petang ni..tgklah kalau rajin,yek..

Ummi said...

Vin - Thanx dear!..hehe..kuih cantik sekejap je dah lesap..blog cantik boleh pandang lama sikit eh..

Hana - try yang ni insyaAllah jadi..alah bese lah x jadi tu..akak pun, masuk tong sampah je la kalu xleh mkn langsung, wakakaa..nak bagi ayam itik xda lak..hiiikss!

Tie - uiikk kuih pun ada meriah eh? Buat, jgn x buat Tie..hehe..pastu anta sepiring sini eh! :D