Wednesday, December 28, 2011

Cherry Berry Streusel Squares

ASSALAMUALAIKUM.....Salam sejahtera buat kalian yang diingati....

Masih kurang sihat lagi nih, mata berpinar mcm letih saraf mata pulak duk tenung screen ni....tp ku gagah jgk...jenis degil.....huhu. Kepala mcm ting-tong jeee...Tu pasai macam malas jek dah nak jenguk blog sepanjang bercuti baru ni. Okeh la nak share menu yang dah berkurun jadi baja dah...dah seminggu... Akak buat ni sebab senang sangat nak buat dan nak menghabiskan buah2 segar dalam esbok tu...nnt kang kalau dah terlupa, kecut terus...

Untuk makluman, akak bawak sebahagian streusel squares ni ke ofis untuk dirasa oleh kawan-kawan rapat kita....waaaahh komen diaorang, terlalu sukakannyaaa....apa nak buat, xleh banyak2 laaa...wat merasa sepotong dua sorang dah la kaan...nak puashati kena buat sendiri...hehe. Resepi ni akak jumpa masa ronda2 dan tersesat ke dapur Angie nih, pastu tengok cara-cara nak buat mmg sempoi habis...tp mmg best...sangat sedap dan crispy!! Cuma akak terpaksalah adjust bahan-bahan ikut apa yang ada... tu yang nama pun sudah tukaaarrrr....hahaha...Buatlah, mmg sedap ni....! Happy trying... ^__^. Thanks to Angie..


CHERRY BERRY STREUSEL SQUARES
Sumber & Adaptasi dari : Angie @ Taste of Home
Diubahsuai oleh : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 300 gm buah ceri segar - keluarkan bijinya, belah dua
  • 300 gm buah strawberi segar - belah empat
  • 2 sudu besar jus dari buah lemon
  • 150 gm Golden Caster sugar (akak letak 130 gm brown sugar)
  • 350 gm tepung serbaguna
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu teh baking powder
  • 200 gm mentega sejuk (akak guna SCS)
  • 1 biji telor - dipukul sedikit
  • 1/2 sudu teh esen vanila
Cara Membuat:-
  1. Alas loyang bersaiz 30cm x 25cm dengan kertas baking. Panaskan oven pada suhu 190 C.
  2. Campurkan buah ceri, strawberi, jus lemon, sebahagian gula perang dan 2 sudu besar tepung ke dalam mangkuk. Gaul rata dan ketepikan.
  3. Dalam mangkuk berasingan, campurkan sebahagian lagi gula perang, tepung, garam, serbuk kayu manis dan baking powder. (kalau rajin, ayakkan tepung, serbuk kayu manis dan baking powder, biar rata).
  4. Potong mentega sejuk (keluarkan dari peti sebaik sahaja ingin diguna) dan potong kepada kiub kecil dan gaul-gaulkan ke dalam tepung tadi dengan hujung jari (jgn menguli) hingga adunan tepung menjadi seperti serbuk (crumbs)
  5. Masukkan telor dan esen vanila, gaul rata sikit sahaja.
  6. Masukkan sebahagian adunan crumb ke dalam loyang dan taburkan buah-buah tadi biar rata dan tutupkan dengan sebahagian lagi adunan crumb tadi.
  7. Bakar selama 40 - 45 minit hingga permukaan crumb nampak keperangan dan rangup.


Sekali hadap, x cukup 2 keping...mau berkeping2 jadinyaaa...hehehe

17 comments:

cik cek said...

Buah ceri ada kat dalam fridge tu...buah strawberry tak de la pulak...ganti ngan buah epal boleh ke ummiii..tak tahan akak tgk..teruja nak buat...kechur...kechur...:)

Sunah Sakura said...

perghh! kak ummi! saya nak yang ni!!!

Azlita Aziz said...

salam kak Ummi..
Tengok gambar pun dah tau ni mesti sedap ni kak..
aduyaiii.. harus cuba ni..

SufatihaNur said...

tergeliat lidah nak pronounce kan nama resepi ni..mesti sedap berdouble2 neh...

Anonymous said...

perghhhhh....tengok gambor dh tahu mesti sodap kan kak....bak sebijik ceri tu...amek berkat..

AbbotCottage said...

berkeping-keping ya Kak Ummi?? dah mcm lagu Indon dedulu tu, "berkeping-keping jadinyaa..". Harus laaaaa lebih dari 6 keping ni..iskkk

izahdaut said...

assalamualaikum kak ummi..
waaaa.. ni mewah makanan ni. dpat 2-3 ketul lawan ngan teh o ni best ni.

nOOrsha said...

salam k ummi..maju jaya kebun cerry n stoberry aklak ni..ni dtg nk mntak bawak blik sepokok due..mohler tuko ngan pokok togeh ni..aci dak...eheheheh

Anonymous said...

kalu nak sebut pun mcm nak tergeliat lidah...kkalau akak pun tak ckp 2 keping ..inikan pula sy...tgk pun tau..sangat sangat sangat sedap..terikut gaya imelda hihihi

Unknown said...

ya ampun..
nampak sangat nyami.
ditambah aksesori s, berry..
kak ummi............
ayu nak.. cepatlah buatkan u ayu

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

mesti sedap masam2 manis kan? strawbery ada.. tp ceri mana lak nak cekau? nak ngendeng awal2 kak ummi dah ckp semua dah jd baja... telan air liur ajelah.. huhu..

Yatie said...

waduhhhhh...banyaknya berry kat sini...nak yg ceri kat atas tu...mmng nampak mewahlah Cherry Berry Struesel Squares ni...geram tngk...

Mamasya said...

Aslmkum K.Ummi
yummyy nengok Cherry Berry Struesel Squares K.Ummi ni....tumpang jamu mata.
moga k.Ummi cepat semboh...

maz said...

kakkkk..duk tgk cungkil gigi dh ke tuu..amboii sdp landing npakkk..hahaaa..mcm la pkai trpong gajah kan...kita pun nk sngat2 buat kek2 yg mcm ni..tpi tu laa..tkut buat pnat je...nti kita p umah kak..kak buat la utk kita yee..muahhh..

Nur-nba said...

Salam.. Hi Kak Ummi, Nur datang jenguk dapur akak.. Menu mengancam. :-)

ijan said...

Salam Kak Ummi...
Best kalau ada buah2 masam manis gitu. topping tu memang nampak crunchy betul. Nak jadi ofismate buleh? hehhe

Oh Oeya said...

As salam Kak Ummi. Crunchy dgn masamanis buah wah! MMg sodap!