Showing posts sorted by relevance for query kek gula hangus. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query kek gula hangus. Sort by date Show all posts

Sunday, October 9, 2011

Kek Karamel


ASSALAMUALAIKUM....

Meh makan kek besday akak laa kiranya ni, tp buat rabu malam hari tu lagik sbb takut x sempat nak suap kek sempena besday jumaat kelmarin...hehe, konon2 laa..suap sendiri jek taauu...!

Tp frust gak la sebab kek ni kurang cun bila dipotong sebabnya lepas jek terbalikkan kek dalam pinggan, akak lap2 la keliling tu ikut tunjuk ajar dlm resepi kan...pastu sempat snap sebelum potong cantik laaa...Aleh-aleh ada lak jiran datang jemput kenduri tahlil, borak2 sekejap... Pergi dapur nak potong, adeeeiii kek ku terlembik taaauu bergenang dgn caramel yg turun, lupa lak nak letak kek atas rack ke...huhuuu...

Apapun, mmg best giloossss kek nih...cun x cun itu hal kedua kaaann...hehehe..InsyaAllah akan buat lg dlm waktu terdekat, xda la susah mana wpun baca step-by-step pjg berjela...hehehe...Resepi asal Puan Munirah Baharum dan terima kasih pada Azlita@Masam Manis yang beriya2 war2 dan tulis pjg lebar cara-caranya....muaaahhh tuk Ita!! Akak C n P sini lak yea..

KEK KARAMEL
Resepi : Puan Munira Baharum
Sumber: Azlita @ Masam Manis

Bahan:-

A - Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula pasir (*akak letak 3 sudu besar)
  • 2 sudu besar air panas
Cara-Cara:-
  1. Sediakan loyang bulat 8 inci.
  2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
  3. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras. Ketepikan.
B - Adunan Karamel
  • 1/2 tin susu cair (susu sejat)
  • 70 gram gula castor
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji kuning telur
Cara-Cara:-
  1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
  2. Dalam bekas berasingan, kacau telur dan esen perlahan.
  3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.
  4. Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
  5. (Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
C - Adunan Kek
  • 70 gram gula kastor
  • 3 biji telur kuning
  • 135ml air
  • 45ml minyak masak
  • 140 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
Cara-Cara:-
  1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
  2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
  3. Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak.
  4. Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
  5. Ketepikan.
D - Bahan Meringe
  • 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
  • 70 gram gula castor
  • 1 sudu teh serbuk cream of tar-tar
Cara-Cara:-
  1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering. Masukkan putih telur dan pukul sebentar hingga berbuih.
  2. Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. (soft peak - kalau kita terbalikkan loyang adunan, putih telur tu tidak jatuh.)
  3. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik.
  4. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Cara Menyediakan Keseluruhan Kek Karamel:-
  1. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak dalam bekas berasingan.
  2. Letakkan pewarna yang anda sukai, kacau warna sebati.
  3. Bermula dari tengah, sudukan 3 sudu besar adunan purple, diikuti 3 sudu besar pink atas lapisan purple, dan 3 sudu besar adunan biru atas pink lapisan pink. (Nota - adunan yang awal2 mmg akan terapung2 di atas karamel...sehingga adunan dah hampir separuh diletakkan dan sampai ke tepi loyang, baru adunan berkedudukan tetap...no worries ok!)
  4. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn sukatan 2 sudu besar pula setiap lapisan warna
  5. Akhir sekali dengan 1 sudu besar setiap lapiasan warna.
  6. Lorekkan atas adunan dengan lidi.
  7. Panaskan oven terlebih dahulu (*Ita panaskan pada suhu 170C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven, Ita tukar pada suhu 160C. Gunakan api bawah saja)
Kaedah Steam Bath:
  1. Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
  2. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
  3. Letakkan pada rak bawah dalam oven.
  4. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
  5. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
  6. Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
  7. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri. (lap-lapkan air karamel yang turun di bahagian tepi kek - elok letak kek atas jaringan rasanya, so x terendam)
  8. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
  9. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama. Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
kurang cuunn bahagian tengah kek yang telah basah dengan caramel...apapun senang nak buat dan sodaaappp sesangat weehh...sapa lum cuba...jom cepat buat... ^__^

Wednesday, November 3, 2010

Kek Gula Hangus

Taraaaaaa....yesssss!!!! Dengan sekali taraammm jek, pada akak kek gula hangus a.k.a kek sarang lebah ke, sarang tebuan ke, sarang angkut-angkut ke....menjadi!! kan...kan...kan.... Thanks to Nor @ Secubit Garam yang telah meletakkan dan memperturunkan segala tips ke atas resepi dari arwah ibunya ini untuk dicuba...dan dengan itu....anda saksikan!!! Cewaaahhhh....Sebelum ni pun akak penah dah cuba, jugak menjadi, tp masa tu resepi sape ekss...dah lama buat, masa baru2 memblogkan diri...hehehee...Kek ni sungguh sedap...sedang elok rasanya, xda pun terasa pedar lidah bila memakannyaa...Berbanyak-banyak terima kasih ya Nor...Izinkan Ummi copy n paste resepinya di sini pulak yea Nor...sangat suka hati, lalalallalaa....ada la pulak yang "bengkeqq" tu kang...hehehehee

KEK GULA HANGUS
(resipi asal arwah emak K.Nor)

Bahan:-
  • 1 tin kecil butter (250gm) ~ boleh gunakan 1 ketul/bar butter
  • 12 bj telur ayam
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 4 cawan gula
  • 2 cawan air
  • 2 1/2 cawan tepung gandum ~ ayak
  • 4 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-Cara:-
  1. Cairkan butter dan biarkan sejuk.
  2. Goreng gula hingga hancur dan masukkan 2 cawan air. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk.
  3. Telur dikacau hingga cair (jgn dipukul) dan masukkan susu. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan butter cair, tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) dan gula hangus kedalam adunan telur.
  5. Kacau hingga sebati dan tapiskan.
  6. Tuang ke dalam loyang (7" x 7") yg dah digriskan dan dialas dgn baking paper.
  7. Peram selama 3 - 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang2 yg lebih banyak)
  8. Bakar dlm oven yg dah panaskan 170 - 180C lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak. (*ummi bakar selama 35 minit sahaja dengan api bawah dan 5 minit kemudian dengan api atas dan bawah)
* perlu hati2 masa menuang air kedalam gula yg tengah panas dan masa mengacaunya ya.. bubbling tu boleh mencederakan kalau tak berhati2..

Yg ni versi K.Nor yg dah diedit sbb nak buat dlm portion yg sikit. Hasilnya spt dlm gambar kat atas tu..

Bahan:-
  • 125gm butter
  • 4 bj telur A
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 1/4 cawan gula
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
updated:
Berdasarkan pd eksperiman yg dah berjaya CMGebu buat, kek ni perlu dibakar dgn menggunakan api bawah sahaja utk tempoh 35 min pertama, lepas tu baru la di on kan api atas dan teruskan proses membakar lebih kurang 10 min lagi ya. Test dgn lidi, utk pastikan kek telah pun cukup masak. Suhu yg digunakan 165 - 175C.

Amacam?? Ok ke x ok? heheh..

Tuesday, November 18, 2008

Kek Gula Hangus


Lama sangat teringin nak buat kek gula hangus ni...dah perap resepi dari Nita ni berzaman dah...Nak bagitau...memang sedaaapppp!!! Selalu kalu makan yang penah Ummi beli ke, rasa sangat soda dia pada kek tu..so this is the best one that I've ever tried!!!

Bahan:-

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 2 camca teh soda bikarbonat
  • 4 biji telor
  • 2 camca besar mentega

Cara Membuat:-

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
  2. Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
  3. Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7"x7" dan perap adunan selama 3 - 4 jam. Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 - 180 C dan bakar selama 45 minit ke 1 jam. (*ummi bakar pada suhu 160 C selama 50 minit shj).

Wednesday, September 25, 2013

Kek Buah Kukus Mat Gebu

Bismillahir Rahmannir Rahim..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, akak masih diberikan ruang lagi untuk berkongsi dan bersiaran di dapur alam maya kesayangan ini...kalau dah minat, biarpun lama menyepi, rindu tetap menyapa dan terfikir bilakah ada ruang dan kerajinan lagi... Doakan agar perkongsian ini akan dapat akak tunaikan biarpun kekangan masa semakin sempit untuk hidup yang sudah melalui penghujung senja ini.  Kehidupan yang berlalu sudah tidak sejauh kehidupan yang terpaksa dilangkah ke hadapan.  Terasa semakin dekat masa mengejar.  Semoga setiap perkongsian yang akak buat ini membawa manfaat dan segalanya hanyalah semata-mata niat ikhlas kerana Allah jua...insyaAllah.

Okey kali ni akak kongsikan resepi yang sangat sinonim dengan blogger masak-masak, dah ada yang mengambil tempahan dan membuat bisnes kecil-kecilan hasil perkongsian blogger masak2 di alam maya ini..Alhamdulillah, semoga rezeki bertambah dan Allah berikan balasan setimpal kepada tuan punya resepi yang sudi berkongsi rahsia.  Barakallah!  Kek Buah Kukus Mat Gebu ini memang tersohor, telah ramai yang cuba, telah ramai yang buat berniaga mungkin, telah ramai jugak yang jatuh cinta dengan rasanya.  Terima kasih banyak Mat, itu sahaja yang mampu akak katakan.  Terbaik!!  Seisi keluarga akak menyukainya, nak-nak Najiha, siap suruh buat lagik...adeeii

Ini adalah kerajinan ketika menyambut Syawal yang tiba hari tuh...akak kukus 3 biji kek nih...adeeh berpoluuuhh ketiak den tunggu kat dapur...mujur piyuk kukusan akak tu mmg jenis dalam xyah tambah2 air dah masa kukus...tp cuma 3 - 3 1/2 jam je la setiap satu.. Ngukusnya lama kemain, makan sekali hadap xdan 3 jam pun, nak nak ramai2 di kampung hari raya aritu...semua keluarga suka..!  Berbunga-bunga hati rasa berbaloinya Mat..! Hehe..tapi gambar sempat ambik tinggal secuit jek...hehe


KEK BUAH KUKUS
Resepi:  Mat Gebu a.k.a CMG

Bahan-Bahannya:-
375 g buah2an campuran (mix fruit)
250 g mentega "Golden Churn"
300 g tepung gandum*
1 camca teh sodium bicarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
150 g gula aising (boleh juga guna 'brown sugar')
150 g gula pasir (untuk gula hangus)
1/4 cawan badam keping (flakes almond)
1 biji pala, diparut (nutmeg)
Ceri merah/hijau untuk hiasan

Cara membuatnya:-

  1. Gaulkan buah2an campuran tadi bersama tepung yang diayak, kepingan badam dan juga parutan biji pala. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl, krimkan mentega dan gula aising hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memukuk hingga adunan kembang.
  3. Gunakan speed perlahan, masukkan bancuhan buah2an bersama tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga habis. Gaul hingga rata. Matikan mixer.
  4. Sementara itu, masak 150 g gula pasir tadi hingga bertukar menjadi karemal bewarna coklat keemasan. Kacau selalu untuk mengelakkan karemal berwap.
  5. Hidupkan kembali mixer, gunakan speed sederhana, dengan pantas tuang gula hangus tadi hingga habis. Gaul hingga rata. Berhati2 kerana gula hangus itu amat "PANAS"..
  6. Bila siap, tuang adunan ke dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas. Hias dengan ceri dan tutup permukaan tin kek tadi dengan aluminium foil dan ikat sekelilingnya dengan tali rafia.
  7. Kukus atas air mendidih selama 4 jam. Selepas satu jam, periksa air dalam kukusan, jika kurang tambah dengan air panas mendidih juga...selamat mencuba.....
Pasti buat lagik Mat....insyaAllah

Tuesday, February 28, 2012

Kek Coklat Puding Karamel

ASSALAMUALAIKUM...

Waaahh banyak jugak dah sawang2 jatuh ke lantai ni haaa...baru 4 5 hari x update...rasa aman damai kat luar sana...jenguk dapur alam maya rasa malas-malas je dah... Maaflah yea...akak sedang dalam proses memperlahankan entry-entry blog dek banyak tugasan di luar sana yang menuntut perhatian dan keutamaan yang lebih lagi.... Harap you all x kesah la kaaann....

Setakat ini akak akan selesaikan jugak entry2 yang tertunggak tu...now pun akak dah stop jugak la mencuba resepi-resepi baru. Masak yang biasa-biasa aje untuk santapan hari-hari. Dah xda masa sangat nak menjenguk dan menyelongkar resepi-resepi baru ataupun mencubanya. Bukan x teringin, tapi masa sekarang sangat terbatas untuk akak. Selepas ini mungkin seminggu akak letak 2 3 entry je la kot...ataupun seminggu sekali jer...

Kecuali kalau teringin sangat nak try resepi baru2, akak share la...tp x tau la bila...hehe..Ok la kan, daripada xda langsung eks...wat pengubat mata-mata yang masuk menjengah ke sini....maaf yeaa, akak harap kalian semua faham...xpun buat-buat faham je la kan... Tak selamanya jadual hidup kita sama je kan, ada masa kita kena buat dan dahulukan mana-mana yang lebih penting...isyaAllah ada kesempatan dan masa, ada lah ruang akak di sini...

Okeh, berbalik kepada resepi Kek Coklat Puding Karamel yang sedap sangat2 nih...akak nak ucapkan terima kasih kepada Chahaya Sheila yang telah berkongsi resepi dari rakan FB beliau kalau x silap...memang marbelesss...! Jom buaatttt.... ^__^

KEK COKLAT PUDING KARAMEL

Sumber : Chahaya Sheila

(A) Bahan (Gula Karamel) :-
  • 2 sudu besar gula pasir (jangan lebih, takut terlalu banyak lelehan pada kek nnt)
Cara-Cara:-
  1. taburkan pada dasar acuan silikon dan bakar pada suhu 180 C selama 5 - 8 minit/gula mencair perang keemasan (suhu bergantung kepada oven masing-masing. Oven akan berasap sekejap sebab kita bakar gula...jgn pelik lak yea...xpa kejap jer)
(B) Bahan Puding Karamel :-
  • 3 biji kuning telor
  • 1 cawan susu cair (*akak guna susu sejat Ideal)
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1/2 sudu teh esen vanila
Cara-Cara:-
  1. Kacau sebati semua bahan (tak perlu kuat-kuat, kacau lembut jer)
  2. Tapiskan dan tuang atas gula karamel/gula hangus tadi.
  3. Bakar sekejap dalam oven dengan kaedah "bain-marie" (letak loyang kek dalam loyang berisi air) selama lebih kurang 20 minit hingga nampak mengeras sikit/pekat sikit permukaan puding tu...jangan terlampau keras lak, nnt takleh sebati dengan kek - (*akak set suhu 160 C je dan akak guna api atas bawah).
  4. Ketepikan dan sejukkan puding lebihkurang 30 minit....(sementara bakar tu sediakan adunan kek coklat.)
yang dalam bekas ni kecil ni, adunan puding agak lembik sikit...tp best jer...

(C) Bahan Kek Coklat:-
  • 1 cawan serbuk koko - akak guna brand Van Houten
  • 1 cawan susu cair - akak guna susu sejat Ideal
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 3/4 cawan gula (akak kurangkan sikit)
  • 1 cawan minyak masak *
  • 2 sudu besar mentega yang dilembutkan * (bahan * disebatikan bersama)
  • 3/4 cawan tepung gandum *
  • 1 sudu teh soda bikarbonat *
  • 1 sudu teh baking powder * (bahan * diayak bersama)
  • 4 biji telor - blend hingga halus
Cara-Cara:-
  1. Campurkan dalam periuk serbuk koko, susu cair, susu pekat manis, gula, minyak masak dan mentega. Masak sambil dikacau selalu dengan api perlahan hingga semua bahan larut. Sejukkan sebentar.
  2. Masukkan telor yang telah diblend ke dalam adunan coklat, kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung dan kacau dengan senduk atau spatula jer. Kacau sebati semuanya.
  4. Tuang ke atas adunan puding karamel tadi perlahan-lahan (tuang atas sudu dulu di permukaan puding agar tidak pecah).
  5. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam secara "bain-marie" hingga kek masak sepenuhnya. Sejukkan lebihkurang setengah jam atau lebih baru diterbalikkan ke dalam pinggan sesuai.




Rasa kek coklatnya puuunn...mmg mantoppsss!!! Pasti akan buat lagi nnt...!

Thursday, November 4, 2010

Sicilian Orange Cake

Lalalalalalaaa...orang semua dah habis kek ni kan...akak sorang je ada nih..baru bakar malam kelmarin...heheee.....patutlah ramai yang buat, rupanya senang dan sedapnyaaaaaa....sungguh gebusss, lembut, bit moist dan harum bau oren menusuk hidung....Resepi asal Rima Singapore ni dah ramai yang cuba...Thanks banyak2 la ya Rima...2 thumbs up!!! Tp akak tampal resepi yang dah dimelayukan bahasanya laaa oleh cikgu Hana tu....senang nnt kot ada lak yg suh akak translate mcm kek zebra hari tu...adeii...hehehe...Akak bagi kat family adik half dari kek ni...Thanks Rima n Hana!

SICILIAN ORANGE CAKE
Resepi : Rima
Sumber: Hana

Bahan-bahan
  • 250g butter - suhu bilik
  • 250g gula pasir - hana buh 210g je (*akak letak 200 gm jek)
  • 4 biji telur size M
  • 1 1/2 sk parutan kulit oren (akak letak 1 1/2 sudu besar)
  • 250g tepung naik sendiri (jika menggunakan tepung gandum + 1sk baking powder)
  • 85ml jus oren
Bahan untuk aising: (akak x buat pun ni, just tabur gula aising jek)
  • 125g gula aising
  • 5 sk jus oren
Cara-cara:-
  1. Panaskan oven 170C. Sapu loyang 22cm dengan butter keliling. dan alas loyang dengan baking paper.
  2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim selama 4-5minit. Pecahkan telur, masukkan satu per satu. Masukkan parutan kulit oren. Pukul lagi hingga kembang.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren.
  4. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45-50min. Cucuk sebelum keluarkan dari oven. Jika kek belum masak dan permukaannya sudah keperangan, letakkan aluminium foil di atas kek supaya kek tidak hangus dan teruskan membakar.
  5. Sejukkan kek sebentar di dalam loyang di atas wire rack. Kemudian baru sisipkan.
  6. Untuk membuat aising, campurkan gula aising dan jus oren ke dalam mangkuk dan kacau sehingga berkrim. Curahkan ke atas kek tadi dan boleh la dipotong dan dinikmati.

Monday, November 22, 2010

Cream Cheese Butter Cake - Version II

Salam sejahtera semua....harap semua sihat la yea...akak ni macam lemauuu jugak dah kepenatan jek...cuaca pun lembab2 jek....naik malas jugak dibuatnya kan...hehee..Okayy ni just nak share kek yg akak buat untuk bawak balik kampung masa Aidil Adha baru-baru ni....Tengok je la yea...antara kek yang sangat sedap, lembut lemak dengan cheese...adeeiii...abis laaa...naik inci..bukan cm. lg daah..hahaaa....Dulu penah gak buat kek yang hampir sama macam ni, cuba tengok Sini...tp kali ni, akak try resepi dari dapur Suejoshua yang cantik jelita nun jauh di Denmark sinuun...hehee..Sue, thanks yea share....sedap dan izin akak share dan copypaste kat sini pulak yea...cayang diaaa....Lg pun, senang jek pun nak buat..hehee

CREAM CHEESE BUTTER CAKE
Sumber: Suejoshua

BAHAN-BAHANNYA: (akak guna loyang bulat 9 inci)
  • 200 gm butter
  • 200 gm cream cheese
  • 250 gm gula kastor
  • 250 gm tepung gandum
  • 5 biji telur
  • 1 s/t baking powder
CARA-CARANYA:
  1. Pukul butter, cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur satu persatu hingga adunan ringan, campurkan tepung bersama baking powder kemudian kaub balik tepung kedalam adunan hingga rata dan sebati.
  2. Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit butter.
  3. Tutup adunan untuk mengelakkan permukaan kek hangus.
  4. Bakar adunan kedalam oven pada suhu 180c hingga masak dan permukaan kek keperangan (kira-kira 50-60 minit) mengikut jenis oven masing-masing.

Emmmhhh...lemak berkrim disukai ramaii..hehe...ya laa, ramai kat kampung hari tu..