Wednesday, March 28, 2012

Oat Crunch Cake

Assalamualaikum....lama ke akak x update eks?? Rasa baru jer semalam update...hehehehe... Itulah alasan2 orang dah malas nak hadap blog ni.... Mohon maaf banyak2 la kalau ada yang terpaksa sapu sawang2... Tuan rumah tengah dalam perancangan menurunkan kadar kerajinan dah ni....tiap-tiap petang balik kerja terus ke rumah di sinun menyiram rumput yang baru ditanam dek org nursery tu haa...kang marah lak toke tengok kita biarkan rumput mati kering..pastu salahkan dia... hampir sejam jgk la menghabiskan masa kat laman baru tuh...balik rumah penat kemaiinn...dihambat pulak dengan kerja2 rumah yang x pernah habis...malam baru jek nak menelaah sikit, mata macam dah nak zzzzz.....ya ampuuunn...

Tapi satu yang akak duk perasan, semakin slow akak update blog dan berlegar2 di FB pun makin kurang....makin ramai pulak la yang duk add....adeehh rasa segan nak accept sebab dah xda apa yang menarik pun nak dijenguk kat wall dan blog akak....apapun, terima kasih banyak atas kesudian dan keikhlasan kalian untuk menjalin silaturrahim...akak hargai. Okeh laaa...jom layan kek laa eh...xyah mintak la yea...dah licin pun.. Tapi kek ni sedap dimakan bersama teh O bujang senang gitu...hehee. Tekstur lembut berderai dan sedap mengunyah dgn kerangupan oat dan choc chips...

OAT CRUNCH CAKE
Sumber: Buku Lovely Butter Cakes
Diujirasa & Terjemahan : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A:-
  • 150 gm marjerin (*akak guna mentega)
  • 100 gm gula kastor
  • 3 biji telor
  • 100 gm tepung high protein flour
  • 100 gm tepung naik sendiri
  • 50 gm badam kisar
  • 100 gm susu segar
Bahan B:
  • 60 gm oat crunch cookies (dipatah/cincang kasar) *akak guna biskut oat 25 perisa cincangan strawberi
  • 50 gm choc chips *akak guna jenama Hershey's
Cara-Cara:-
  1. Campurkan semua bahan A dan pukul hingga sebati.
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  3. Campurkan satu bahagian dengan cincangan oat cookies dan chocolate chips. Biarkan satu adunan lagi pada asalnya.
  4. Perlahan-lahan tuangkan separuh adunan asal di dalam loyang dan ratakan.
  5. Kemudian lapiskan pula dengan adunan aot dan choc chips tadi. Ratakan. Buat dua lapisan setiap satu adunan. Ratakan. (*akak taburkan cincangan oat cookies di atas adunan sebelum dibakar)
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selam 40 - 45 minit/hingga kek masak.

sedap dengan kerangupan oat yang dicincang tu...kenyang pekena 2 keping..hehe

Sunday, March 25, 2012

Bingka Kacang Merah

ASSALAMUALAIKUM.... Salam sejahtera...

Apa khabar? Lama jugak akak x bersiaran eh...itu pada akak laaa walaupun baru 4 5 hari kot eh...lantaran hari-hari yang berlalu, mmg akak biarkan betul berlalu...hahahaha, x ku hirau lagi dah dapur alam maya ni...terlalu banyak agenda menerpa termasuk yang tanpa disangka-sangka.. Terima kasih buat kalian kakak2 or adik2 yang masih sudi menjengah...semoga ada jugak resepi yang masih bertakhta di hati kalian untuk dicuba...salam sayang... Malam ni akak gagahkan diri jugak menghapdet....adeeii

Okehhh ni satu entry yang telah lama jugak, masa adik akak ada datang last week, pastu dia balik ke rumah mak, akak kirimkan kuih bingka kacang merah yang tersangat sedap nih...akak pun dapat merasa sikit jer....xpa laaa, lenkali nak buat lagiik... Yang akak snap ni pun ada 4 ketuii ni jer tinggal...yang dalam loyang sudah akak potong2 masuk bekas untuk dibawa balik adik akak untuk makan bersama2 mak abah di kampung....

Terima kasih kat Yatie kerana mengolah bingka ini menjadikan ia sangat sedaaappp...kebetulan akak memang peminat kacang merah....so layaaann eh... Yatie, izinkan akak share di sini pulak yea...tq cayanggg...

BINGKA KACANG MERAH
Resepi: Yatie @ Sinar Kehidupanku

Bahan-bahan.
  • 11/2 cwn kacang merah* (yg telah di rebus) (akak guna kacang merah dalam tin jer)
  • 1 cawan air*(* di kisar bersama)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung beras
  • 2 cwn santan
  • 1 cwn gula (akak letak 3/4 cawan jer)
  • 3 sudu besar butter
  • 2 biji telur
  • sedikit garam
  • pewarna merah
  • sedikit bijan
  • 2 sudu besar minyak utk sapu pd loyang- boleh juga sapu butter
Cara-Cara.
  1. Kisar kacang merah bersama 1 cawan air. Ketepikan dulu.
  2. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kecuali bijan dan minyak.Kisar sebati.
  3. Gaul rata dan masak sebentar hingga berwap guna api sederhana dlm 10 minit.
  4. Sementara itu panaskan oven 175c.Sapukan minyak di sekeliling loyang dan masukkan dlm oven sebentar.
  5. Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bijan di atasnya.
  6. Bakar selama 50 minit api atas bawah dan tambah 5 minit lagi utk garingkan bahagian atas.
  7. Biarkan betul2 sejuk barulah di potong. Selamat Mencuba.

Wednesday, March 21, 2012

Paratha Apple Pie

Salam sejahtera...selamat petang...eh malam eks...ya laaa..selagi x tidur lgk, kira petang la kan...nak tido baru wish selamat malam...heheee.. Meh la sementara ada kesempatan ni nak share jek menu berabuk yang dah jadi habuk2 baja... Buat ni dah minggu sudah2 dah rasanya....masa anak2 dara ada kat rumah, diaorg tapau bawak pergi mengecat bilik diaorg di rumah baru sana dengan abahnya....adeeeii, macam nak pindah sangat dah jek eh.... Najwa duk sebut nak makan apple pie..tp maknya ni bz macam2 kat rumah ni...malas nak adun doh...so akak tepek je la paratha puff ni kat loyang...hahahhaa...senang kijeeee... asalkan intinya sedap kan...

Ni kalau ada tetamu datang tergempar, boleh la buat...sekejap jek....kalau dia komen x sedap, tapau kan dia bawak balik, mesti dia kata sedap....dia malu nak makan kat rumah kita tu sebenarnyaa....wakakakakaa...

Nak kena bagi resepi jugak ke...??? Senang sangat nih...ok, ok...akak tepek jek laaa...sbb senang, sesenang membuatnya...hahahhaaa...semudah 1, 2, 3, 4.....sampai 7...hehehe

PARATHA APPLE PIE
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (anggaran 2 biji pie):-
  • 4 keping paratha puff jenama Kawan
  • 2 biji epal hijau - dikupas dan didadu kecil
  • 3 sudu besar gula perang
  • secubit serbuk kayu manis
  • 1 sudu besar tepung jagung *
  • 3 sudu besar air * (bahan * dibancuh bersama)
  • 1 biji kuning telor - untuk sapuan
Cara Membuat:-
  1. Campurkan epal, gula perang, dan serbuk kayu manis dalam caserol dan panaskan di atas api sederhana. Kacau hingga epal lembut dan airnya berkurangan.
  2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata sebentar hingga nampak pekat. Tutup api dan sejukkan sebentar pada suhu bilik.
  3. Sementara itu, lembutkan sikit paratha puff yang dikeluarkan dari peti ais. Canai sikit dengan roller.
  4. Letakkan sekeping paratha ke dalam acuan/loyang pie, tekan2 sikit, potong lebihan bahagian tepi jika perlu, dan cucuk dasarnya dengan garfu.
  5. Letakkan inti epal dan tutup dengan sekeping lagi dan klim dan kemaskan bahagian tepinya. Cucuk2 sikit permukaannya dengan garfu. Buat hingga habis - 2 keping digunakan untuk setiap pie..
  6. Sapukan dengan kuning telor dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C (suhu terpulang pd oven masing-masing) selama lebih kurang 25 minit/hingga masak keperangan.
  7. Angkat dan sejukkan di atas redai.....siaaappp!!

Monday, March 19, 2012

Maltesers Again - Love Shape..!

ASSALAMUALAIKUM..... Auuummm caaakkkk....!!! Apa khabar? Semoga kalian semua sihat sejahtera dan terima kasih kerana masih sudi menjengah dapur akak yang dah suam-suam kuku ni...alahaaaaiiii... X tau nak cakap macamana keadaan akak sekarang ni...rasa seronok dan tak memeningkan kepala jugak laaa bila x committed sangat dah kat blog ni...ada banyak perkara yang dirancang nak dibuat dapat dilaksanakan dan diselesaikan....insyaAllah segalanya smooth dan menenangkan....alhamdulillah...! Apapun mohon maaf kerana x sempat nak membalas komen2 kalian....huhuuu...

Okeeeyyy, jamu mata je la yeaaa.... hasil resepi Maltesers Square yang dah akak buat dulu...Kalau nak tengok resepi dan rupa kejadian dalamnya, sila la click Sini yea.. Malteser ni pun dah jadi baja...buat tuk anak2 balik ke kampus 2 minggu sudah...hehehee...lamanya eks, baru nak entry... sabauuu je la yea... Layaaann je laa maltesers sememeh je strawberry cooking chocolate tuh..nak cepat2... Kali ni saja la letak dalam bekas Love Shape gitu.... ^__^ Moga kalian semua berbahgia selalu....


Yang ni saja akak letak dlm love shape SM tu...kecik2 lambung masuk molot...senang..hehe

Wednesday, March 14, 2012

Ayam Kicap Berempah Harum DJ

ASSALAMUALAIKUM.....

Salam ingatan, salam sayang buat adik2 dan kakak2 yang rajin lagi bertandang ke dapur akak yea....wadusss kemalasan melanda betul bila dah slow2 siput mengupdate ni... Hari-hari dilalui terasa cepat masa berlalu dan tidak kecukupan waktu memanjang rasanya....

Okeh la ni xnak bebelss panjang2...akak update menu Ayam Kicap Berempah Harum yang resepinya dari adinda Dayangjack....sapa xkenal adik manis yang terror dengan resepi2 ayam dan kek2 lapis dari bumi Kenyalang sana.... Terima kasih banyak Dayang cayang yeaaa...mmg sedap sangat ayam kicap ni...ala2 style lauk kenduri gitu.... Makan dengan nasi minyak pun umphhhh ni...Pasti..!!

Meh layannn eh...akak pun malas2 jer dah nak posing sakan sgt lauk ni...matahari pun x berapa nak kuar jek...hehee... Masak seminggu sudah dah ni...jangan mintak yeaa...licin sudaaaa....hehe

AYAM KICAP BEREMPAH HARUM
Resepi: Dayangjack

Bahan-Bahan:-

bahan-bahan :

  • 1/2 ekor ayam (dipotong dan digoreng 1/2 masak)
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos lada hitam - optional
  • 1 sudu makan cili giling
  • 1 sk lada hitam (ditumbuk halus)
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
  • hirisan daun sup secukupnya
  • sedikit garam
Bahan-bahan Kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas

Cara-cara :

  1. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis rempah dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos tomato. Barulah dimasukkan ayam yg digoreng 1/2 masak tadi. Jangan lupa tambahkan air secukupnya. Kacau hingga mendidih.
  3. Masukkan lada hitam, serbuk jintan putih, sos lada hitam, kicap manis, garam dan daun sup. Kacau lagi hingga ayam masak sempurna. (boleh tambah kicap, air dsbya mengikut citarasa sendiri)
  4. Hidangkan panas-panas setelah masak.

Sunday, March 11, 2012

Red Velvet Marble Cheese Brownies

ASSALAMUALAIKUM....Salam sejahtera...salam sayang....salam rindu bangaaatttt pada kalian... Mohon maaf terlebih dahulu kerana tidak sempat pun membalas komen-komen...apapun, semuanya telah akak baca dan terima kasih banyak kerana masih sudi menjenguk dapur akak yang sudah mula banyak langsir2 sawang beralun-alun angin kat siling ni haaa...

Bercuti online bukan bermakna kalian akak lupakan...x pernah sama sekali...sesekali dalam kesibukan masih teringatkan dapur alam maya dan jugak kalian yang masih sudi bertandang...Namun apa daya, banyak usaha dibuat, namun tuan dapur terpaksa melupakan sebentar hajat memasukkan entry bagi menu-menu yang dah lama tertangguh...

Apapun jamu mata je la yeaa....Red Velvet Marble Cheese Brownies ni akak sambar dari dapur Maz Ilham Dapur yang memang handal jer memasak menu2 ala barat di dapurnya... maklum anak2nya jenis x makan nasi....adeeeii, mamanya pun....duk telan salad jer....patutlah maintain jer... Terima kasih banyak atas resepi yang sangat sedap ni Maz, mmg sangat moist, gebuss peroiii jer, haluuusss sekali tekstur brownies ni... Akak ada bakar dlm muffin cups jgk, mmg sedap wpun tanpa cheese....i liiiikkeeee 1000x....

Untuk makluman akak buat RV brownies untuk bekalan anak2 dara balik ke U masing2 last week, diaorg jamu geng2 bilik makan, pastu siap mesej lak kat akak kata semua puji sedap...Terima kasih Maz, akak nak buat lagi...makan sikit jer hari tuh...sbb adunan resepi ni mmg sikit jer dapat...Layaaann la yea, sori la potongan brownies kurang cun, sememeh sbb nak cepat2 nak bekalkan tuk anak2 dara tu.... Pasni, ntah bila pulak nak update lagi ni...hehe


RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES
Sumber: Maz @ Ilham Dapur
Dirujuk : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-bahan (loyang 7x7 inci):-
  • 125 gram + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus (akak guna tepung halus/superfine flour)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 60 gram mentega - suhu bilik
  • 110 gram gula halus
  • 1 biji telur saiz A - suhu bilik
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • 120 ml susu segar - suhu bilik
  • 1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
  • 1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
  • kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
  • 1/2 sudu kecil cuka
  • 1/2 sudu kecil baking powder
Lapisan Cheese
  • 200 gram cream cheese - suhu bilik
  • 1 biji telur saiz B@A - suhu bilik (akak guna saiz A)
  • 60 gram gula galus
  • 1 sudu besar jus lemon
Cara-Cara:-

  1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang supaya senang nak dikeluarkan brownies nnt.
  2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.
  3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
  4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.
  5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.
  6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.
  7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.
  8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.

Lapisan Cheese


Cara-Cara:-

  1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.
  2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay.
  3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesecake, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering).
  4. Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba...

Monday, March 5, 2012

Pengat Keledek Dengan Skoteng

ASSALAMUALAIKUM.....Salam rindu...salam sayang...

Apa khabar? Terima kasih kepada yang masih sudi menjengah dapur akak yang dah suam-suam kuku je nih... Mohon maaf x sempat nak blogwalking kepada geng2 masak serta membalas komen-komen terkini tu.... Mood nak update pun bagai ke lautan sepi jer... Bizi menghabiskan masa dengan anak2 dara di minggu terakhir kat rumah sebelum balik ke U masing2 Ahad semalam. Masa yang ada kami santai di rumah baru yang x berapa besar di hujung tanjung sana dengan aktiviti membasuh rumah dan mengecat....seronoknya gelak ketawa sambil berkelah dalam rumah...hahahhaa...

Keadaan rumah baru (*yang ciput dan dah x berapa nak baru tu..hehe) sudah setel pasang grill, wiring, pasang kelengkapan lampu, kipas semua jugak (yang basic je dulu, aircond ke heater pump ke , angkut/pasang masa nak duduk nnt la..). Cuma berhajat nak besarkan dapur tu (masih nak dapatkan beberapa quotation lagi), so x rasa nak pindah lagi la kot... Basuh2 jer dulu. Kat kawasan rumah sedang dalam proses menanam rumput karpet, rhu janda merana (*haha...) dan palma (*ekor musang) je dulu. Bukan apa, setelah penat lelah selama ni duk mencabut, menarah rumput dengan anak2, biar je sebulan naik balik, adeeii....pastu cabut lagi, naik balik...apa ke sudahnya...So kitaorang ambil keputusan upah orang Nursery kerjakan halaman tu setelah mendapat sebutharga yang berbaloi rasanya...Hari ni pergi jenguk budak2 Nursery tu tengah meratakan pasir sesudah membuang segala rumput2 liar. InsyaAllah esok, halaman akan kehijauan la kot...hehee.

Sementara tu, jom lah melayan entry tertunda yang tak seberapa ni....akak betul-betul malas tau nak ambik gambar, edit dan update sekarang ni... Rasanya hati sudah berasa tak apa meninggalkan blog ini untuk 3 4 hari... Apapun akak akan cuba habiskan update yang tertunggak tu jika ada kelapangan yea...Maaflah....

PENGAT KELEDEK DENGAN SKOTENG
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (anggaran):-
  • 2 biji keledek (sederhana besar) - kupas dan potong kiub kecil, basuh.
  • 1/3 cawan skoteng (click utk gambar skoteng - Sini dan Sini )
  • 1/3 cawan gula melaka
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • secubit garam
  • air secukupnya (+- 2 1/2 cawan) untuk merebus keledek
Cara Memasak:-
  1. Basuh skoteng dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan air lebih kurang 2 cawan dan rebus hingga benar-benar lembut. Tutup api, tapis dan lalukan sekali di bawah air paip, toskan.
  2. Dalam periuk lain, masukkan keledek gula pasir, gula melaka, daun pandan dan air secukupnya. Rebus hingga keledek empuk sedikit (tidak sampai lembut sangat). Air jangan terlalu kering, biarkan paras tenggelam keledek.
  3. Masukkan skoteng yang ditoskan tadi beserta santan dan sedikit garam. Biar mendidih sekejap sambil dikacau-kacau dan kuahnya pekat. Tutup api dan teruskan mengacau sebentar agar santan tidak terasing (berkepala). Sedia untuk dihidang.

Salam sayang dari Home Sweet Home... ^___^