Saturday, July 5, 2008

Rendang Ikan Tongkol (Ikan Aya)

Ni menu tengahari Jumaat semalam...cedok dr majalah Sedap.

Bahan:-
500 gm ikan tongkol segar - potong beberapa bahagian
1 sudu makan air perahan limau nipis
1 sudu teh garam
2 helai daun kunyit - simpulkan
2 batang serai - ketuk
8 helai daun limau purut
750 ml santan dari 1/2 biji kelapa
garam secukup rasa
1 sudu teh gula (ikut rasa masing2)
3 sudu makan minyak untuk menumis

Bahan Kisar:-
15 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
12 tangkai cili merah
3 cm halia
3 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup

Cara Memasak:-
Lumurkan ikan dengan air perahan limau nipis dan garam. Perapkan selama 15 minit. Kemudian goreng kekuningan (jangan garing sgt). Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar, daun kunyit, serai, daun limau hingga naik bau. Biarkan tumisan cili benar2 masak sambil dikacau. Masukkan ikan, garam dan gula. Kacau rata. Tuangkan santan dan biarkan mendidih sambil dikacau. Bila kuah agak pekat, tutup api.

No comments: