Saturday, July 28, 2012

Nasi Minyak Sultana Panca Warna

ASSALAMUALAIKUM... ^ __^

Tengah buat apa tuh...mesti dah siap2 nak sediakan bahan masak kan...xpun ada yang tutup dapur hari ni makan kat luar kan... Ya lah, apa salahnya sesekali kaann...cuma kalau ada yang nak beli di bazar ramadhan tu, hati-hatilah sikit ya...kelmarin dah ada satu kes ada yang kena sakit perut memulas teramat selepas berbuka puasa....adeeeii... Kebersihan amatlah penting, di harap peniaga-peniaga bazar Ramadhan akan lebih mementingkan jaminan kualiti dan kepuasan pelanggan dari sekadar mahukan keuntungan...semoga rezeki yang dapat diberkati kan.. Kalau nak terkena sakit ni, bukan saja beli di bazar, kadang-kadang makan kat hotel pun boleh kena, maybe sebab banyak sangat pilihan dan semua nak masuk perut, terkejut perut tu kan..hehe. Sama-samalah kita saling ingat yeaa...

Okeh lah tengok gambar kat atas tu kan...macam ala hidangan pengantin jek kan...sempat pulak kak Ummi buat hidangan sebegitu rupa ke...adeeehh, tu bukan masakan yang akak masak baru-baru ni laaa..tu untuk sisipan dalam majalah Stailista hari tu...akak x kongsi pun lagi resepi Nasi Minyak Sultana Pancawarna ni... Namapun macam gah jek eh...hehee, maklumlah masa tu nak tema hidangan pengantin kaann., kira asal nama nasi minyak hujan panas la ni..So kebetulan akak masak baru-baru ni menggunakan resepi yang sama, cuma hiasan jek x sama. langsung...hehehe.. jadi akak kongsikan resepinya di sini k...Kot ada yang nak saji nasi minyak untuk berbuka hari ni... ^__^


Ni rupa nasi yang akak masak baru-baru ni, tanpa hiasan, ala kadar jek laaa, amik gambor pun cikai-cikai jek...hehe. Lawan dengan lauk Ayam Merah Tomato (click kat tulisan merah untuk resepinya ya) dan lawan dengan acar mentah.


Kedua-dua gambar di atas dan bawah ni adalah yang akak kirimkan untuk majalah Stailisita (majalah khas untuk pengantin) satu masa dulu...jadi you all tengok gambar sini je la yea...dalam majalah pun satu je suntingannya...masa tu tema majalah adalah hidangan pengantin...hehehe. Meh salin resepi nasinya eh...

NASI MINYAK SULTANA PANCAWARNA
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
(spt. disumbangkan untuk majalah Stailista)

Bahan:-

  • 3 cawan beras basmathi (direndam 10 - 15 min. dan toskan)
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 3 sudu besar mentega
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 inci halia - ditumbuk
  • 1 batang kulit kayu manis )
  • 2 kuntum bunga lawang ) bahan rempah tumis
  • 2 kuntum bunga cengkih )
  • 3 biji buah pelaga )
  • 3 cawan air
  • 1 cawan susu sejat
  • sedikit garam
  • daun pandan
  • beberapa titis pewarna - merah, hijau dan kuning
  • 1 cawan kismis sultana
  • gajus - dipanggang/goreng tanpa minyak
  • bawang goreng
  • hirisan daun bawang

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak jagung dan mentega dalam periuk dan tumiskan bahan rempah tumis dan bahan hiris serta halia. Kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan air secukupnya, susu sejat, daun pandan dan garam. Biarkan agak mendidih sahaja.
  3. Masukkan beras dan kacau perlahan sekejap.
  4. Pindahkan ke dalam rice cooker dan biarkan nasi masak seperti biasa.
  5. Bila telah kering, masukkan kismis sultana dan guna chopstick dan buat beberapa lubang pada nasi dan letakkan beberapa titis pewarna yang berlainan setiap satu lubang. Tutup dengan nasi. Biarkan nasi masak sepenuhnya.
  6. Untuk hidangan, kacau perlahan nasi di dalam periuk tadi rata-rata biar bercampur warnanya. Hias dengan taburan buah gajus dan bawang goreng dan daun bawang.

SELAMAT MENCUBA..

19 comments:

Misz-ella said...

Fullamakkk .. kakchik cukup tergoda nengok makanan cenggini kak ummi. sebab kakchik nak buat malas .. so kakchik 'admire' aje lah.

laskar pelangi said...

menyelerakan =)
selalunya pggl nasi tu,nasi hujan panas..hehehe =)

shogun_na said...

Maaf...sy tak pnh msk guna beras basmathi...klau sy measure dlm cwn A...utk meadurement air dn susu guna cwn A la kn? Sy silent reader...slalu cuba2 jgk resepi disini...tp xpnh lg berani nk cuba beras basmathi...

Ummi said...

Shogun_na -
Aaah semestinya mcm tu laa...air dan beras guna cawan yg sama sepatutnya..nisbah air dgn beras kena tengok jenis beras gak.. Akak guna Faiza Moghul jadi kira 1 cawanm 1 1/2 cawan air. Beras direndam dulu 10-15 minit gitu..toskan.

Mas said...

klu gi kenduri...
mas suka cari nasi minyak..he3

ibh_sue said...

Asslmkum kak ummi.
Kak ummi punya masakan mmg terbaik. Sue kalau masuk sini telan air liur ja. Betul2 menggoda.

Unknown said...

wah semuanya sedap dimata ni mesti sedap jugak rasanya ni Umi kan dah telan air liur ni tengok menu Umi the bestttt

bersama kak Es said...

sape makan boleh terawang2 ni...
mesti terus bertukar jadi sultanah :)

inahar ali said...

perghhhhhhh!!

FnF Simple Life said...

Assalam kak Ummi... hmmm best nye nasi minyak sultana... meriah sgt kak hidangan tu dgn ayam masak merah dan acar... hmmm... nmpk sedap sgt ;)

hana said...

fuiyoo kak... nih nasi myk versi pandai.. kiter nyer versi bodo2 jerk.. klu ade yg lebih bengap lg ku suka.. wakakakakakaa

Amie said...

hohoooo ni versi mengancam dah ni kak Ummi... lawanya!

Mamasya said...

Salam k.ummi...slmt berhujung minggu.menarik nasi minyak ni sama menarik dg namanya....nama kismis itu. mmg sesuai dgn lauk ayam masak merah itu.

ELLYDA said...

MACIHHHH..ESOK BUAT RESEPI UMMI LAHH... RAI BESDAY ANK LELAKI ELLY.. YEAY..

Unknown said...

salam ramadhan ummi sekeluarga

waduh mengoda sungguh nasi minyak warna warni ni kan..bulan puasa ni anak-anak tak nak pulak makan nasi sedap camni. Mereka suka nasi putih ajer

miesha said...

salam.
teringin nak cuba hari nie...nanti nak beli bahan-bahan buat nasi minyak nie..hehee
terima kasih berkongsi resepi : )

miesha said...

salam kak ummi. saya dah mencuba resepi nasi minyak nie utk berbuka puasa hari nie...menjadi : )
Inilah pertama kali saya sendiri masak nasi minyak..hheeheehee
Terima kasih.

Yatie said...

Assalamualaikum Kak Ummi cayanggggg....waduh2 wat Yatie tergoda tngk nasi warna warni ni....kalau anak2 Yatie nmpk ni mesti dia suruh buat..mmng menarik lerrrrr dan semestinya sedap air tangan akak ni..tq berkongsi resepi..

ummiakid-lily said...

tengok pic jer dah membuka selera...lebih selera lagi kalau kak ummi antor ke sg karang se tiffin biru gitu...heehe...