Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

Wednesday, November 19, 2008

Pegaga Lemak Cili Padi

Kelmarin tengok masakan ni kat rumah Maklang, jadi teringat lah daun pegaga Ummi yang duk tumbuh meliar dah banyak x dikutip...x penah lagi wat gulai lemak cili padi pegaga ni..pastu try laa..emmm bagi penggemar ulaman, mesti sukanya..walapun ianya x semanis daun asam-asin tu..Bahannya agak2 je la ya...Terima kasih Maklang bagi idea, xpun pupus camtu je lah daun pegaga Ummi, duk harap Ummi sorang je makan ulam ni..hehe
Bahan:-
Daun pegaga
Udang
Cili padi
Bawang merah - tumbuk
Kunyit hidup - tumbuk
Santan cair
Santan pekat
1 keping kecil asam gelugor
Cara Memasak:-
Masukkan kesemua bahan kecuali santan pekat dan daun pegaga ke dalam periuk. Renehkan sebentar dan masukkan santan pekat, garam dan daun pegaga. Kacau sebentar dan tutup api.

Wednesday, October 29, 2008

Acar Mentah @ Jelatah

Rasanya dah lama x posting...bz dan weekend baru ni pun gantung periuk belanga laa...balik kampung nenek di Bentong.. semalam pun outstation ke Kuala Terengganu, pergi lepas subuh, malam baru sampai rumah. Malam ni baru masak...Ni acar mentah bese2 je wat makan dgn nasi tomato kat atas tu...xyah resepi lah ya..dah bnyk kali wat dah ni...

Wednesday, October 22, 2008

Kacang Buncis Goreng Dengan Tempe dan Udang

Ni menu berbuka puasa semalam..tapi ni baru leh upload sebab line internet slow tahap gaban, tak tau lah kenapa, mungkin baru lepas hujan lebat kot..puas dah menunggu nk edit gambar, dah tengahmalam so baik Ummi zzzzz je..hehee..geram pun ada..so layan je lah menu yg dah licin ni eh..

Bahan:-
300 gm kacang buncis - potong serong
10 ekor udang
1 paket putik jagung (baby corn) - belah dan kerat 2
1 biji cili merah
1 labu bawang besar - hiris kasar
3 ulas bawang putih - cincang
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
garam
Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan goreng dulu tempe hingga agak garing dan masukkan sos cili. Goreng rata dan biar agar garing. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan cili potong. Kacau hingga naik bau. Masukkan udang, kacau. Masukkan sayur putik jagung, garam dan sos tiram. Kacau sebentar dan akhir sekali masukkan kacang buncis. Kacau rata sebentar, jangan terlampau layu. Tutup api.

Friday, September 19, 2008

Kerabu Epal Hijau

Ni pun kes malas nak wat acar untuk makan dengan nasi tomato tu...Ummi try kerabu epal hijau dari dapur Mamafami yang terror memasak tu... :D, thanx Mama...sedap!
Bahan:-
2 biji epal hijau - sagat/hiris halus
1 biji cili merah - hiris
1 labu bawang besar - dadu
1/2 biji carrot - hiris halus2
daun pudina (*ummi xletak, anak2 xnak)
1 sudu teh jus limau nipis/limau kasturi
gula dan garam secukup rasa.
lada hitam - ditumbuk (optional)
olive oil
Cara Menyediakan:-
Campurkan epal hijau, cili merah, bawang, carrot dan daun pudina dalam mangkuk. Kemudian sediakan bahan gaul dengan mencampurkan jus limau, garam, gula, lada hitam dan olive oil. Campurkan ke dalam mangkuk bahan2 kerabu tadi. Gaul rata-rata dan seimbangkan rasa. Biarkan dalam 15 minit sebelum dihidangkan.

Friday, September 12, 2008

Tom Yam Putih

Menu berbuka hari Rabu kelmarin, bz sesangat ni baru sempat posting..Resepi dari dapur Jeni ni memang lain sikit, x guna pes tomyam yang dijual tu..kita rencah sendiri je...sedap dan kena je dengan tekak ni..Ya lah, lately ni asyik makan pedas2 je, sesekali pekena masam2 camni, emmm nyamaannnyaaa...Thanks Jeni..
Bahan:-
2 biji bawang besar - belah 8
3 ulas bawang putih - dititik
3 batang serai - dititik
2 inci lengkuas - dihiris dan dititik
1 kg ayam - potong kecil (*ummi letak separuh je)
2 ekor sotong sederhana - potong bulat (*ni ummi tambah)
8 ekor udang (*ni pun ummi tambah)
1 biji tomato - potong 8 (*ummi letak 2 biji)
1 batang celery
cili padi - ditumbuk (*ikut pedas - ummi letak 8 tangkai)
Cili hijau - belah 4 (x letak pun)
1 batang carrot - potong panjang 1 inci (*ummi potong bulat nipis)
Jus limau nipis (*ummi letak 3 sudu besar)
Daun limau purut
Garam secukup rasa
Cara Memasak:-
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sekejap sahaja. Jangan sampai garing. Masukkan ayam dan tumis sekejap. (Tips untuk menghilangkan bau hanyir ayam). Masukkan air dan carrot. Masak sampai mendidih. Masukkan bahan-bahan lain kecuali jus limau nipis dan daun limau purut. Masukkan garam secukup rasa. Setelah masak sume sayuran (jangan layu sangat), tutup api dan masukkan daun limau purut dan jus limau secukup rasa. Siap dan hidangkan dengan nasi panas bersama telor dadar..best!!

Wednesday, August 27, 2008

Acar Rebung

Hari minggu hari tu beli rebung ni kat Pasar Tani. Semalam baru ada peluang nak masak ni..
Resepi ceduk dari dapur Che De Sam's Fp ni...Emm sedap..Merasa la adik ipar makan datang dinner kat rumah Ummi semalam. Kalu ikutkan takde sukatan..Tp ni Ummi buat sukatan Ummi ek.. Sedap, thanx Che De.

Bahan:
Rebung - (RM2.00) potong memanjang dan ambil bahagian lembut sahaja.

Bahan untuk rendam rebung:-
250 ml air
2 sudu besarcuka
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Masak bahan hingga mendidih dan tutup api. Masukkan rebung, biar celur dan ketepikan (rendamkan).

Bahan kisar:-
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1 cm lengkuas
2 biji buah keras
2 sudu besar cili kering kisar
1 batang serai - ketuk
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil biji ketumbar (*ummi x letak ni)

Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumis biji sawi, biji ketumbar dan bahan kisar hingga naik bau. Masukkan air mengikut kepekatan yang dikehendaki. Bila mendidih, masukkan rebung. Masukkan cuka, gula dan garam secukupnya. Seimbangkan rasa. Masak rebung hingga lembut. Bila kuah hampir kering bolehlah ditutup api dan hidangkan.

Sunday, August 24, 2008

Gulai Lemak Merah Udang & Nenas

Ummi masak gulai ni masa ramai family adik2 datang kat rumah kelmarin..bz sikit, tu pasal lambat update ni.. :) . Bz jugak cari barang keperluan Najwa sebab dia nak balik semula ke U pagi Sabtu semalam. Hari ni pun Abang Long pulak nak balik...huhuuuu, sekejapnya seminggu berlalu..

Bahan:-
1/2 kilo udang sederhana besar - bersihkan, x perlu buang kulit.
1/4 biji nenas - potong kecil
2 sudu besar cili kering kisar
5 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 cm kunyit hidup - tumbuk
1 cm lengkuas - ketuk
2 batang serai - ketuk
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
3 sudu besar minyak masak
garam

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, kunyit, serai dan cili kering. Perlahankan api dan masak hingga cili benar2 masak dan naik minyak. Masukkan lengkuas dan santan cair (*tak perlu banyak, kerana nenas akan mengeluarkan air lagi). Masukkan nenas dan garam, kacau sebentar. Masukkan udang, kacau rata dan masukkan santan pekat. Kacau dan bila mendidih sikit, tutup api sambil dikacau-kacau lagi agar santan tidak berkepala.


Thursday, August 21, 2008

Sayur Betik Tumis Lada Hitam

Ni nak citer sikit, Ummi simpan betik ni asalnya memang muda laa, bergetah gitu..nak masak tumis ni laa..duk dlm fridge, hampir terlupa dah beberapa hari..aleh2 bila nak masak, tengok dah jadi mekal gitu..nasib x ranum..hehe..Jadi dah xda orang yg suka sangat betik ni..Ummi masak jugak la walapun dah bertukar oren sikit kalernya, tp buahnya still keras lagi, sedap menghirup kuahnya!!...You all kalu nk masak ni, cari yang muda betullah yaa...Resepi dari majalah Saji ni..

Bahan:-
300 gm betik muda (dihiris)
5 ekor udang basah
1/2 sudu kecil lada hitam (tumbuk kasar)
1 sudu besar udang kering (tumbuk sikit)
2 ulas bawang putih (hiris)
1/2 labu bawang besar (hiris)
1 mangkuk air
Minyak masak
garam secukup rasa

Cara Memasak:-
Pijarkan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan lada hitam dan udang kering. Kacau seketika. Masukkan betik dan air. Bila mendidih masukkan udang dan biarkan betik empuk. Tambah garam secukupnya.

Saturday, August 16, 2008

Kacang Panjang Goreng Ala Thai

Resepi ni Ummi main campak2 je sebenarnya..nak sikit kelainan dan nak menghabiskan isi ayam ada sikit lagi dlm fridge tu..Ku ratah aja sayur ni..sedap panas2, ala tomyam pun ada..hehe
Bahan:-
10 urat kacang panjang - patah2kan 2 inci
1 biji bawang besar - hiris tebal
3 ulas bawang putih - ketuk
1 batang serai - ketuk
3 helai daun limau purut
1 keping isi dada ayam - potong kecil
1 biji cili merah - buang biji dan cincang halus
6 biji cili kering - kerat2
2 sudu besar sos ikan
1 sudu teh gula pasir
sedikit air
garam secukup rasa
1/2 sudu besar perahan limau nipis
1 sudu teh tepung jagung + 1 sudu teh air

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, cili kering dan serai hingga naik bau. Masukkan isi ayam dan kacau separuh masak. Masukkan cili merah, sos ikan, air dan daun limau purut. Masukkan kacang panjang dan garam, kacau rata. Bila kacang telah 3/4 masak, masukkan bancuhan tepung jagung dan perahan limau nipis. Kacau rata, tutup api.

Wednesday, August 13, 2008

Acar Timun Masak

Resepi tengok kat rumah Jun...sempoi je, terus buat...nak makan dengan spiced rice tu...Jun, mintak izin kopipes je ek..!! Maleh dah nak menaip eh!! Ummi wat half je dari resepi ni..x abih lak byk2 kang...setakat dinner je ni..

Bahan:-
1 batang timun
1 batang lobak merah
2 ulas bawang putih
1/2 bawang besar
3 sudu besar cuka
garam
gula
1 cawan air
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar cili giling
1/2 sudu kecil biji sawi

Cara Memasak:-
Belah 4 bawang putih. Mayang bawang besar. Potong memanjang lobak merah dan timun. Rendam dalam air garam. Panaskan minyak, tumis bawang putih. Masukkan serbuk kunyit dan cili. Tumis sampai wangi. Masukkan air. Biar sampai mendidih. Masukkan timun dan bahan-bahan lain. Jangan terlalu lama. Agak-agak 2-3 minit. Kemudian padamkan api.

Tuesday, August 12, 2008

Broccoli Soup With Crab Stick

Sayur ni Ummi masak untuk Ummi sendiri meratah je..x rasa nak makan nasi pun..badan penat sangat kot...tumis je bawang putih cincang, bawang besar hiris, masukkan air, campur2 aje sume sayuran brocolli, babycorn, dan masukkan perencah sup, tomato ceri, crabstick dan garam. Sedapnya makan panas2..

Thursday, July 31, 2008

Stir Fried Snap Peas N Prawn Wif Black Pepper

Ummi letak gambor je la dulu ek...nnt free sikit letak resepi k..bese je ni..!!

Bahan:-
15 batang snap peas - buang hujung dan tarik bgh tepinya mcm kcg buncis tu..
1 batang carrot - potong nipis bulat
1 paket babycorn (jagung muda) - belah dan kerat 2
10 ekor udang sederhana besar
1 labu bawang besar - hiris-hiris tebal
3 ulas bawang putih - ketuk2
1/2 biji lada benggala - dadu
1 batang cili merah - hiris nipis
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
3 sudu besar minyak masak

Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih, kacau hingga kekuningan. Masukkan udang, carrot dan babycorn. Kacau sebentar. Masukkan snap peas, sos tiram, kicap cair, serbuk lada hitam dan cili merah dan lada benggala. Kacau rata. Masukkan garam secukup rasa. Kacau rata dan jangan masak terlalu layu. Tutup api.

Thursday, July 24, 2008

Sup Sayur Manis

Masak sayur ringkas je malam ni...sebab memang Ummi dah intend nk meratah je sup sayur ni..xnak makan nasi lee..

Bahan:-
1/4 batang kobis pokok
1/2 batang lobak merah - hiris bulat
10 batang snap peas
5 batang babycorn - belah 2
1 labu bawang besar - hiris tebal2
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - (*kalu ada capsicum boleh ganti)
6 ekor udang sederhana besar
1 sudu makan kicap cair
2 biji telor
air secukupnya
garam

Cara Memasak:-
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar dan bawang putih. Kacau biar kekuningan, masukkan air secukupnya. Biar mendidih. Masukkan udang, lobak merah, snap peas, babycorn, kicap cair dan sedikit garam. Biar mendidih sebentar, masukkan kobis dan pecahkan telor dalam sayuran..jangan dikacau, biar sebentar. Bila telor 3/4 masak, tutup api.

Wednesday, July 23, 2008

Equatorial Carrot (Kerabu Lobak Merah)

Resepi lama dalam koleksi..dari majalah Saji tahun 2000 punya nih! Lama ek..hehe. Hubby cakap sedap laaa...dia ni jarang suka kerabu camni..Ni kira kerabu moden lah ek..guna carrot lak!

Bahan:-
300 gm lobak merah - parut memanjang
2 cm belacan - dibakar sikit
2 biji cili merah - dikisar halus
2 sudu besar air perahan limau nipis
1 1/2 sudu besar kerisik
garam halus
gula

Bahan Hiris:-
4 ulas bawang merah
6 biji cili padi
2 batang serai
2 - 3 helai daun kunyit

Cara Menyedia:-
Didihkan air dalam periuk dan celurkan lobak sebentar. Angkat dan toskan. Letak dalam mangkuk dan masukkan bahan hiris, cili merah dan belacan, gaul rata. Masukkan air perahan limau nipis, garam, gula dan kerisik. Gaul rata2 dan seimbangkan rasa. Hidangkan dengan nasi panas2...!

Saturday, July 19, 2008

Terung Berlada

Ni masak ringkas je...Actly, Ummi ada jemputan kenduri jiran selorong malam semalam...Najwa pun ada balik ni, petang semalam sampai, tp dia xnak ikut g kenduri...kena masak gak lah untuk dia..terung ni jadi mangsa sebab dah 2 3 hari beli, nnt kecut lak dlm fridge tu...Ummi pun suka meratah je terung masak camni..
Bahan:-
3 biji terung sederhana besar
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu besar cili boh
2 - 3 sudu makan gula/secukup rasa
garam secukup rasa
Dikisar:-
3 biji cili merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu makan udang kering
Cara-Cara:-
Basuh terung dan belah 4 di tengahnya, jangan putus. Goreng dalam minyak hingga 3/4 masak, jangan layu sgt..lembik nanti. Angkat dan letakkan dalam bekas sesuai, ketepikan. Kurangkan sedikit minyak dalam kuali jika terlalu banyak. Tumis bahan kisar dan cili boh dengan api perlahan. Kacau hingga cili benar2 masak dan naik minyak sikit. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga agak pekat. Tutup api dan tuangkan ke atas terung tadi dan rata-ratakan.

Monday, July 14, 2008

Tempe Pedas Dengan Kacang Panjang

Tempe memang family's favourite, masaklah macamanapun asalkan pedas2 kering gitu..

Bahan:-
2 plastik tempe - hiris nipis dan kerat2
7 - 8 urat kacang panjang - potong 2 inci menyerong
1 labu bawang besar - dadu kecil
2 ulas bawang putih - cincang
12 tangkai cili kering - kisar
1 sudu makan cili boh
1 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan gula merah/putih
garam
Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan goreng garing tempe, angkat dan toskan. Ketepikan. Keluarkan sedikit minyak dan tinggalkan untuk menumis. Tumis bawang besar dan bawang putih. Kacau hingga naik bau dan masukkan cili kisar dan cili boh. Kacau hingga pecah minyak dengan api perlahan. Masukkan kicap dan gula. Biarkan tumisan sedikit kering. Masukkan kacang panjang dan kacau rata dengan bahan. Masukkan garam dan seimbangkan rasa. Bila kacang setengah masak, masukkan tempe goreng tadi dan gaul rata-rata. Tutup api. (*kacang x perlu layu sangat)

Friday, July 11, 2008

Tofu & Leek In Oyster Sauce

Sayur kegemaran Ummi ni...dekat semangkuk besar gak Ummi makan..xyah makan nasi pun xpa...hehe..suka sangat tauhu jepun nih! Ummi letak gambar dulu lah ek..nanti share resepi k.

Monday, July 7, 2008

Bendi Goreng Dengan Udang Kering

Ni sebenarnya sayur bendi goreng dengan kicap macam biasa je, tp Ummi letak udang kering...Letak je lah resepi ek.


Bahan:-
10 batang bendi - basuh dulu kemudian potong serong
3 ulas bawang merah - hiris nipis
2 ulas bawang putih - hiris nipis
1 biji cili merah - hiris serong
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar air asam jawa
sedikit garam


Cara:-
Panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih, udang kering dan cili..goreng sebentar dan masukkan cili kisar, kacau-kacau 3 - 5 minit. Masukkan kicap dan juga sayur. Kacau sebentar dan masukkan air asam jawa (untuk menghilangkan lendir bendi). Masukkan garam dan sedikit air. Masak bendi hingga lembut sedikit. Siap.

Tuesday, July 1, 2008

Stir-Fried Shitake n Prawn

Dah lama gak beli shitake mushroom ni..x sempat2 nak masak..kadang2 terlepas pandang..maklumlah dalam fridge tu sarat gak...Ni Ummi campak2 je ikut bahan yang ada kat dapur nih!

Bahan:-
1 paket shitake mushroom - belah 2 or 4
1 batang carrot (sederhana) - hiris
1/2 biji capsicum - dadu
1 labu bawang besar - dadu
3 ulas bawang putih - cincang
1 biji cili merah - hiris
10 ekor udang
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan tepung jagung ) bancuh
3 sudu makan air ) bersama
sedikit garam
2 helai daun limau purut

Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih. Kacau sebentar dan masukkan udang. Tuangkan sos tiram dan kicap cair. Masukkan carrot dan capsicum. Kacau sebentar dan masukkan shitake dan cili merah. Masukkan sedikit garam dan kacau hingga sayur hampir masak. Tuangkan bancuhan tepung jagung tadi dan masukkan daun limau purut. Kacau rata, biar pekat sedikit, angkat.

Sunday, June 29, 2008

Acar Tomato

Resepi asal dari majalah Saji menggunakan tomato dan mangga...tapi kat dapur Ummi xda mangga, jadi Ummi dah gantikan dengan timun dan carrot. Makan dengan nasi beriani jugak nih! Best gak, rasa cam acar buah gitu...Meh tengok resepi asal dia ek..


Bahan:-
4 biji tomato (belah empat)
1/2 biji mangga masak (ummi tukar timun dan karrot)
8 tangkai cili padi - hiris (ummi guna 2 btg cili merah)
2 sudu besar kismis
7 biji buah prune (belah 2)
1/2 cawan cili kering kisar
1 labu bawang besar (hiris)
5 ulas bawang putih (hiris)
1/2 cawan air asam jawa cair
1 sudu makan cuka (*ummi tambah..kalu guna mangga x perlu lah)
sedikit gula dan garam


Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukkan buah prune dan cili padi. Tuangkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak. Masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau dan biarkan mendidih. Akhir sekali masukkan mangga dan tomato. Masak hingga buah tomato dan mangga separuh hancur dan keluar air. Seimbangkan rasa masam, pedas dan sedikit manis.