
Uiiksss mmg sunyi betul kan....terpanggil-panggil kat dapur sendiri, tanya pulak ada orang ke xda orang... Ya laaa, kot ada sesiapa yang tengah selongkar resepi-resepi kat dapur akak ni ke....terkejut tergolek pulak tengok tuan dapur datang....hehehehe. Apa khabar....? Sihat ke.... Cuti sekolah ni mungkin dapur alam maya ni kurang meriah kan, masing-masing terbang bercuti ke mana-mana ke, maybe ada ke bukit, ada ke pantai, ada ke kenduri sanak saudara or sahabat handai kan..Begitu jugak akak sibuk dengan urusan peribadi, belum lagi pun bercuti ke mana-mana, kesian pulak kat Aiman. Ya laaa...abang kakak2 dia semua ada balik seminggu start wiken baru ni bercuti study leave (abanglong) dan cuti Gawai (Uitm kakak2nya). Nampaknya melepak kat rumah je la Aiman setakat ni... Mak abah pun terpaksa hadiri kursus setiap wiken....sabar je la dulu ya Aiman..

KUIH TALAM PISANG MINI
Resepi: Chef Hanieliza @ Buku Aneka Talam dan Kuih Lapis
Diujirasa : Ummi @ Home Sweet Home
Bahan (Lapisan Bawah):-
- 3 cawan santan cair
- 1 cawan pisang lecek halus (pisang berangan/emas)
- 1 cawan tepung beras
- 1/2 cawan gula pasir
- 2 sudu makan tepung kastad
- sedikit garam halus
- 3 cawan santan pekat
- 1 cawan tepung beras
- 1 sudu teh garam halus

- Gaulkan semua bahan lapisan bawah hingga sebati. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit. (Akak tuang dalam acuan kecil/acuan lompang 3/4 penuh)
- Sementara itu, satukan semua bahan lapisan atas hingga sebati.
- Tapiskan ke dalam periuk dan kacau sebentar di atas api perlahan hingga nampak naik wap dan sedikit pekat. Tutup api.
- Setelah lapisan bawah tadi masak, cakarkan sedikit permukaannya dengan garfu, barulah dituang bahagian lapisan atas.
- Kukus lagi selama 20 - 25 minit. Sejukkan dan potong/keluarkan dari acuan.