Friday, July 20, 2012

Salam Seribu Kemaafan Dan Selamat Berpuasa Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM.....

Khas buat semua teman dan pengunjung beragama Islam, di sini akak ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.... Menjelma sudah bulan penuh rahmat, penuh keberkatan di mana kita semua nanti-nantikan, yang tiada dalam bulan-bulan lain solat sunat tarawih, seronoknya. Sudah sepatutnya juga kita mengambil peluang untuk melipatgandakan segala ibadah-badah lain yang termampu dan berharap agar segala ibadah kita diterima Allah swt. jua hendaknya....

Akak juga ingin menggunakan ruang ini untuk memohon berbanyak-banyak maaf di atas sebarang keterlanjuran kata samada melawak, ketawa, usik mengusik, tersakit hati, tersalah anggap, terusik rasa, terkilan hati yang sudah pastinya ada, tanpa disedari dan tidak disengajakan dan bukan dipinta segala keburukan yang terjadi, melainkan airmata sesalan jua yang datang. Namun kita insan biasa, tidak lepas dari melakukan kesilapan dan itulah fitrah semulajadi manusia. Dengan berlapang dada jua akak sudi memaafkan insan-insan yang pernah dulu, kini dan selamanya berada di hati akak, yang tak mungkin dapat akak sebutkan satu persatu yang telah sudi memeriahkan dapur alam maya akak, ruang facebook atau mana-mana aliran komunikasi dari sama ada dulu ataupun sekarang.

Sempena Ramadhan ini, akak doakan kalian semua akan sentiasa dilindungi Allah swt, hidup penuh keberkatan, saling sayang menyayangi dan dapat merapatkan dan mengukuhkan ukhwah yang terbina sejak sekian lama melalui alam maya hingga sampai ke alam nyata sekalipun.

Akhir kata, jalanilah ibadah dengan penuh sabar dan tekun di bulan Ramadhan yg mulia ini...semoga kita semua akan dikembalikan kepada fitrah diri yang suci dan menjadi sebaik insan menjelangnya Syawal nanti untuk bertemu Ramadhan seterusnya. Semoga ini juga bukan Ramadhan yang terakhir buat kita semua....amiiiiinnn.....

Salam sayang, salam kemaafan dari Kak Ummi dan seisi keluarga.

20 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

semoga Allah memberkati Kak Ummi sekeluarga, salam ramadhan, kak. Saya pun sama minta maaf juga dalam bergurau takut ada yg tercuit rasa, Wassalam.

Nasuha Mansor said...

Salam Ramadhan Al-Mubarak & Selamat Berpuasa :)

Azlita Aziz said...

Assalamualaikum Kak Ummi..

Salam Ramadhan juga dari ita buat kak Ummi sekeluarga.

Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan didalam bulan yang mulia ini.
Dapat menjalani ibadah puasa ini dengan penuh rasa keinsafan dan kesyukuran..

Di kesempatan dan ruang yang ada ini, ita juga mengambil peluang untuk memohan seribu kemaafan dari kak ummi andai selama kita berbicara di alam maya ini ada kata-kata yang menyinggung hati kecil akak, atau meyentuh naluri.. maafkan ita kak sebagaimana apa yg akak katakan ita juga manusia biasa yang fitrahnya tidak pernah terlepas dari melakukan kesalahan atau kesilapan.. sekiranya ita alpa dengan setiap tindakan ita sudilah kiranya akak menyambut salam kemaafan dari insan yg kerdil ini..

Selamat Berpuasa

Salam sayang dari peminat setia mu..

Azlita
Masam Masis

Fazleyatul Aini said...

selamat berpuasa =)

MamaFaMi said...

Waalaikumussalam Ummi...
Selamat berpuasa buat Ummi sekeluarga. Mama juga pohon ampun dan maaf kalau ada silap dan salah terhadap Ummi ye.

Ena's Stories said...

Selamat Menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa kepada k.ummi dan keluarga....moga k.ummi sekeluarga di kurniakan kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah nnti yer..aminnn

Yat Maria said...

As salam K Ummi

Selamat menyambut Ramadhan kak! Maaf jika ada terkasar bahasa & salah &silap

FnF Simple Life said...

salam Ramadhan dan selamat berpuasa buat kak Ummi sekeluarga...

Amie said...

Selamat menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak dan selamat berpuasa buat Kak Ummi sekeluarga.

Love2cook Malaysia said...

Selamat berpuasa buat kak kak Ummi sekeluarga...juga kepada GMM yang baca posting akak ni...hehe..nanti Raya jgnlupa kat Love tau!!! Nasi impit ngan rendang...huwaaaa :)

Yatie said...

Asslamualaikum Kak Ummi,
Salam Ramadhan juga buat akak sekeluarga, moga kita sama2 dapat beramal soleh sepanjang bulan yg penuh keberkatan ini dan setiap amal ibadah kita di terima Allah SWT.Aamiin.

rahel said...

Salam Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa untuk Kak Ummi sekeluarga..

Ummi Annur Humaira said...
This comment has been removed by the author.
Ummi Annur Humaira said...

Salam Ramadhan kak Anymz sekeluarga....

moga Ramadhan kali ni lebih bermakna utk akak sekeluarga...

ilahjy said...

ummi cyg kusss
ilah pun sama nak amek semua kesemptan yg ada nak mohon maaf kerana semalam ilah kacau ummi bersms diphone ..amboi2 amboii orang tak layan kita nak kenalan..huhuuuu sediah tauuuu....selamat berposa ya ummi maafkan saudara mu ini..semoga kita terus kekal bersahabat ke akhirnya..aminn

Unknown said...

selamat berpuasa Ummi,first day puasa hari ni memang mencabar ni semoga amalan kita diterima Allah aminnn,maafkan andai ada salah dan silap akak ya..

lavenderlover said...

salam ramadhan..selamat berpuasa ye..=)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam K.Ummi.Selamat menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak dan selamat berpuasa buat akak sekeluarga.
Sama gak ngan atie...klu ada silap & salah...mohon dimaafkn:D

inahar ali said...

ummi cayang..salam ramadhan gak wat ummi sekeluarga ye!

Mamasya said...

Selamat Menyambut bulan Ramadan Al Mubarak dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa buat k.Ummi sekeluarga.maaf juga jika ada salah bicara terkasar bahasa. moga Ramadan kali ni dpt dijalani sebaik mungkin...