Saturday, November 14, 2009

Nanas Tumis Air

Semalam abanglong dah balik rumah sempena cuti semester...Dia bawak balik 2 orang budak Sarawak tumpang bermalam kat rumah ni...Kiranya masak time kecemasan la nih..hehe..bukan masa kecederaan yaa...hehe..Ni antara menu sayur yang akak cilok dari buku Senangnya Memasak SAYUR bersama Chef Hanieliza yang baru dikirim oleh Kak Liza...hehee..sukanya hati now dah ada 10 jenis buku resepi k.Liza dalam koleksi...so ni resepi pertama dari buku SAYUR ni...amatlah senangnya pongg nak buat, time kaciiih banyak2 k.Liza...cayang diaaa... ^_^
Bahan A:- (akak buat half dr resepi asal ni)
  • 1 biji nenas (saiz sederhana)
  • 1 biji lobak merah kecil (dihiris halus)
  • 2 sb. gula
  • 3 biji cili merah (dihiris)
  • 2 biji cili hijau (dihiris)
  • 1/2 cawan air
  • 1 sk. serbuk kunyit
  • 3 sb. minyak masak
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Tumis):-

  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 ulas bawang putih (dimayang)
  • 1 inci halia (dimayang)

Cara-Cara:-

  1. Nenas dikupas kulitnya kemudian dibersihkan dan dibuang matanya serta dipotong kecil2.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga wangi.
  3. Masukkan air, serbuk kunyit, gula dan garam.
  4. Apabila sudah mendidih, masukkan karot, nanas dan cili.
  5. Biarkan hingga mendidih dan rasakan garamnya.
  6. Apabila nenas sudah masak, tutup api dan hidangkan bersama nasi minyak dan nasi beriani.

1 comment:

Cendana Kasih said...

Kak ummi, lauk ni jugak la disajikan masa kenduri kawin kan...dh lama cari respi,teringin nk makan...thanks akak...