Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum....waaaahh berdebar-debar nak update blog sebenarnya...takut takde yang perasan pun...hahahaha, maklumlah lama sangat tuan dapur bercuti dengan kebizian yang tidak terucap, juga kelapangan yang berlalu dibiarkan santai menghirup angin segar, itulah bila kemalasan juga mengatasi kerajinan menjengah dapur alam maya ini. Dapur realiti pula jarang sangat berhenti berasap, perut asyik whatsapp jer bgtau lapar...hehehe.
Apa khabar pengunjung-pengunjung yang masih sudi dan setia bertamu...mohon maaf tersangat kerana salam dan tamu tidak bersambut. Hanya Allah yang mengerti duduk perkara dan kerinduan untuk kembali berkongsi sedikit ilmu memasak yang dicuba... Walau menyepi diri dari kemaskini resepi-resepi, namun perkembangan kawan-kawan alam maya dan berita-berita suka duka dijengah jua.
Bagi yang telah meningkat dari masak-masak kepada mengambil tempahan, tahniah akak ucapkan...semoga rezeki terus murah dan diberkati. Ilmu yang mengalir akan panjang pula laluannya dan semoga keberkatan mengakhiri segalanya...insyaAllah. Namun beberapa kejadian yang tidak seronok di dengar yang dialami oleh teman-teman blogger apabila gambar-gambar diciplak sesuka hati, dijadikan lorong mudah untuk mengaburi mata dan memenuhkan poket sendiri amatlah mendukacitakan. Semoga kalian tabah dan teruskan berdoa dan bersabar. Sesungguhnya kepada Allah jualah kita pulangkan setiap perkara yang berlaku, Dia Maha Mengetahui.

Ok lah, xnak cerita ceriti panjang sangat, nnt boring kan.... Jadi akak share lah resepi Ayam Penyet ni yang tentunya dimakan dengan nasi laah, tapi masa ambil gambar ni, nasi baru masak, xdan nak posing laaa.. Alah nasi biasa jer kan... Apapun ayam penyet ni sangat sedap... Asal ternampak di dapur Kak Wan yang kreatif dan terkenal tu laaa.. Kak Wan kongsikan dari dapur Amy. So layan je laa..jangan tanya bila punya masakan ni, dah selamat aman tenteram dalam perut....hehe. Akak kopipes resepi dari dapur Amy la yea...Tqqq Amy dan Kak Wan.
1 ekor ayam – potong 4 bahagian
2 keping tauhu – potong tiga segi
1 paket tempe – potong nipis
1 ikat sayur kangkung – dicelur
1 biji timun – dihiris nipis
Bahan - bahan untuk rebusan ayam:
Bahan A
50 gm bawang merah*
30 gm bawang putih*
20 gm lengkuas*
10 gm kunyit hidup*
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
500 ml santan
(Bahan * - bahan dikisar)
Bahan B
150 gm tepung beras*
1 biji telur*
200 ml air rebusan ayam (bahan A)*
10 gm garam*
10 gm gula*
* Kesemua bahan digaul rata
Cara Penyediaan:-
1. Potong ayam kepada 4 bahagian dan cuci bersih.
2. Rebus ayam bersama bahan kisar, santan.
3. Kemudian masukkan garam, gula.
4. Masak sehingga pecah minyak dan kuah bertukar kepada warna kuning.
5. Angkat dan ketepikan.
6. Bancuh semua bahan tepung (bahan B).
7. Salut ayam yang direbus tadi, tempe dan tauhu.
8. Panaskan minyak dan goreng semua bahan bersalut sehingga tepung kekuningan dan
diangkat.
9. Hidangkan ayam penyet bersama kangkung, hirisan timun, tempe, tauhu bersalut dan
sambal.
* Lebihan tepung boleh dijadikan serdak/kremes (digoreng) untuk hidangan ayam penyet.
Untuk Sambal:-
Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa
1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika, angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul
rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga
separa halus.
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.
* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
Lupa pulak nak curah sambal atas ayam tu masa snap gambooorr...tengok kat dapur Kak Wan bersimbah bagai, kecurr daaah...