Saturday, September 22, 2012

Berehat Panjang, Mohon Maaf dan Doakan Kami

ASSALAMUALAIKUM...

Bersyukur kerana dengan limpah kurniaNya akak masih sempat menitipkan kata-kata ringkas sebelum akak bercuti rehat panjang dari alam blogging/alam maya ini, boleh jadi selamanya atau sekejap cuma...belum dapat akak bayangkan.  Apapun, diharap semua rakan taulan yang akak kenali dan mengenali akak berada di dalam keadaan sihat sejahtera jua hendaknya...

Di kesempatan ini, akak ingin memaklumkan bahawa akak akan mula berehat atau bercuti panjang dari dunia blogging dan alam maya mulai 24 September 2012....Alhamdulillah akak dan suami telah diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah pada tahun ini setelah 2 kali kami terpaksa menolak tawaran pada 2 tahun yang lepas disebabkan pelbagai perkara yang tidak dapat dielakkan.  


Syukur tahun ini nampaknya masa dan ruang menyebelahi kami dan rasa tidak sabar untuk mengunjungi Makam Rasulullah s.a.w dan menatap rumah Allah (Baitullah) sudah membuak-buak lebih-lebih lagi setelah mendapat tarikh jadual penerbangan.  Tak terkata rasanya bila surat jadual kami terima pada petang Jumaat yang lepas...mengalir air mata kerinduan yang disimpan selama ini.  Penerbangan dari Kuantan ke KLIA pada 24 September 2012 dan dari KLIA ke Madinah dijadualkan pada subuh 25hb September...insyaAllah.  Mengikut perancangan kalendar juga, akak akan menyambut hari lahir pada tahun ini di Tanah Suci Mekah...

Walaupun waktu dirasakan amat singkat bila mendapat tarikh penerbangan, namun persiapan 80% telah dibuat sejak awal-awal dimaklumkan sebagai bakal haji terpilih.  Oleh itu, bila tarikh sebenar sampai ke tangan, kami hanya memenuhi keperluan 20% sahaja lagi...alhamdulillah.


Akhir kata, akak ingin memohon berbanyak-banyak maaf atas sebarang kesilapan dan keterlanjuran bicara sepanjang akak mengenali dan dikenali kalian.   Sudah pastinya kita sebagai manusia tidak lari dari melakukan kesilapan tanpa disedari dan tidak pernah terniat dihati.  Setiap yang terjadi ada hikmahnya, kita manusia hanya pandai berkata-kata, kadang-kadang tidak sedar terlanjur bicara ada hati yang terluka, terasa, dan terusik...maaf beribu dipinta...hanya itu yang mampu akak lakukan di saat ini. 

Dengan rendah diri juga, mohon dihalalkan segala resepi yang telah dicuba, terima kasih banyak-banyak, semoga ganjaran pahala tidak terhingga untuk kalian...Mohon doakan kesejahteraan akak dan suami serta jemaah-jemaah haji yang lain dalam menjalankan ibadah haji ini, diberikan kesihatan yang sihat walafiat dan dipermudahkan segalanya sepanjang kami berada di sana, selamat pergi dan pulang dan mendapat haji yang mabrur...InsyaAllah... 

Rasanya dah tak mampu dan terfikir apa lagi yang harus akak coretkan, sedikit sebanyak hati mula sedih dan dapat merasakan kehibaan hendak meninggalkan anak-anak, sanak saudara dan rakan taulan yang selama ini berada dihati dan menceriakan seluruh hidup akak sepanjang hayat. Namun mencari keredhaan, kasih sayang dan memohon keampunan dari Dia yang abadi dan itulah impian hidup ini... Akhir coretan, salam kasih sayang dari akak, jaga diri baik-baik dan semoga ukhwah kita kekal selamanya....Assalamualaikum.. 

73 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak Ummi. Mengalir airmata saya membaca coretan Kak Ummi. Semoga ini bukanlah coretan yang yerakhir, semoga yang baik2 sahaja & dipermudahkan perjalanan dan urusan dalam beribadah. Sesungguhnya segala rahsia di tangan Allah.

Saya juga ingin memohon seribu kemaafan sekiranya dalam gurau senda ada hati yg terguris. Halalkan resepi yang saya geledah di dapur Kak Ummi. Salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Wassalam

Hudalatip said...

Saya harap akak dan suami dipermudahkan segala urusan di Mekah nanti..Didoakan juga akak dan suami diberi kesihatan yang baik dan memuaskan. Mohon doakan yang baik2 untuk semua readers akak yea..

lemongrass said...

Assalamualaikum kak Ummi,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Nya Kak Ummi and hubby dipanggil untuk mengerjakan haji.
Semoga segala urusan Kak Ummi n Hubby di tanah suci dipermudahkan dan selamat kembali ke Msia dgn haji mabrur.
Saya pun minta maaf jika ada kesilapan sepanjang bertahun2 kita kenal di alam cyber ni.
Take care!

nOOrsha said...

T__T ....

Kak ummi....
Sob sobs...
Sodihnyerr...

Kak ummi jaga diri baik2 yer...
Saya sekeluarga mndoakn kesejahteraan akak suami is3 khasnya n seluruh jemaah lain umumnya dlm mengerjakn ibadah hj thn ini...
Smg Allah menerima haji yg dikerjakn n akhirnya mmperolehi haji mabrur..insyaallah..amin...
Semoga ukhwah kita makin kuat n erat..perjalanan hdup sbg manusia mmg sentiasa bertemu kesilapan n terserandung kesalahan..
Tp itu bkn bermakna kt harus tunduk pd ego melainkn maaf memaafi satu sama lain..
Justeru sy juga pohon maaf ats salah silap n terlanjur kata spjg perkenaln ngan akak..
Akak x de salahnya pd sy...segala khilaf kiranya ada dah lama sy maafkn...
Moga akk n abg sihat n dipermudahkn urusannya disana..
Insyaallah.
Take cr k umi..
We gonna miss u :')

Mat Gebu said...

Salam kak ummi dan abg....Doa kami sekeluarga untuk kak ummi dan abg agar dipermudahkan segala urusan di sana kelak, dan mendapat haji mabrur. Ampon dan maaf sekali lagi andai kata ada senda gurau saya yang buat akak terguris perasaan. Minta halal makan dan minum juga. Salam sayang dari kami di Sedenak...

Azlita Aziz said...

Assalamualaikum tetamu Allah..

Alhamdulillah kerana kak Ummi dan suami telah terpilih menjadi tetamu pilihanNya..

Rasa sebak pula bila mengenang kembali saat pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Anbia dan Baitullah

Bilalah dapat diulang kembali saat-saat itu..

Di kesempatan ini juga ita mencuri sedikit ruang untuk mengucapkan selamat jalan dan selamat menjadi tetamu Allah kepada kak Ummi dan suami juga kepada rakan-rakan bloger lain yang ita hormati.. yg turut menjadi tetamu Allah pada tahun ini. Semoga perginya membawa seribu kerberkatan, di permudahkan segala urusan, dapat melakukan ibadah dengan tenang dan sabar juga sentiasa diberikan kesihatan yang baik agar ibadah yang di lakukan dapat di sempurnakan dengan sebaik-baiknya.. Insyaallah..

labaikuallah hu malabaik..
labaikallah sharikallah-kala baik..
inal hamda wal nik mata
lakawalmulk.. la sharikalla..

tun_telani said...

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. semoga dipermudahkan perjalanan pergi dan balik akak.. semoga mendapat haji yg mabrur, insyaAllah.. moga2 tun pun dpt juga jejakkan kaki dirumah Allah, insyaAllah. nnti akak doakan tun cepat2 dpt baby ye :)
maafkan salah silap tun juga ye.

~Pastries Delight~ said...

salam kak ummi
sebak sy bila membaca coretan akak
rasa x terkata spt sy pulak yg nak gi haji(insyallah moga allah makbulkan)
semoga perjalanan akak dan suami spt yg dirancang dan diberi kesihatan yg sempurna.amin
sy mintak maaf mana yg tersilap dan salah,terlupa ke apa.kakkk..sy dah tak terkata dah...
moga selamat pergi dan selamat kembali amin

HomeKreation said...

Aslmkm Ummi cayang. Along sambungkan dari FB sedikit lagi. Semuga Allah memberkati Ummi suami isteri di sana especially on your birthday. Kami semua di sini tentu nya akan merindui Ummi.
Tak lupa juga, Along mohon ampun maaf dari Ummi jika ada terselit silap salah Along pd Ummi. Halalkan apa2 yg terambil. Semuga Ummi di beri ganjaran berlipat ganda atas apa yg Ummi kongsikan kpd semua.
Akhir kata take care Ummi & doakan kami semua... sob2 sedih nya...

Shiela said...

Assalam kak Ummi sayang.. Tak taula nape sedihnyer membaca coretan akak kalini.. Tetiba jer air tu lalu tepi mata ni..
Saya doakan semoga akak dpt menjalani ibadah haji dengan sempurna dan mendapat haji mabrur. Moga dipermudahkan dan diberi kesihatan yg baik. Saya juga mohon ampun dan maaf yer kak, sekiranya ada salah silap dlm tutur kata yg mungkin tidak disedari. Juga halalkan juga apa apa yg saya ambil dr akak.
Saya menantikan perkhabaran dan kepulangan akak.

Unknown said...

kak Ummi

moga dipermudahkan urusan kak dan suami kesana, jua untuk semua umat islam y terpilih menunaikan Haji..

tahniah.. Ayu mendoakan agar suami isteri diberi kesihatan y baik2

ayu sentiasa memaafkan atas segala persahabatan y terjalin, walahemahnya tiada salah antara kita.

kak... ayu sangat gembira tau...
bilalah masa ayu kesana??
amin.. mudahan

ummiakid-lily said...

Assalammualaikum Kak Ummi...
Alhamdulillah impian akak terlaksana. Doakan muga akak dan suami selamat pergi dan kembali serta segala urusan di sana dipermudahkan...

Selamat menjalani ibadah Haji....
labaikuallah hu malabaik....
labaikallah sharikallah-kala baik..
inal hamda wal nik mata
lakawalmulk.... la sharikalla.

Kak Rose said...

Asalamualaikum buat Ummi n hubby... selamat berangkat ke tanah suci dan kembali dengan haji yang mabrur. semuga segala urusan dipermudahkan...

bertuahnya dapat menyambut hari kelahiran di tanah suci dan happy birthday in advance ya.

mohon maaf andai ada salah silap dan mintak dihalalkan segala resepi yang telah kak rose cuba.

Sunah Sakura said...

sedihnya kita kak ummi... :(

kita doakan semuanya dipermudahkan untuk kak ummi kat sana...kita mohon maaf juga kak ummi kalo ada salah silap kita kat kak ummi...antara sedar mahupun tidak...terima kasih tak terhingga buat kak ummi sebab banyak beri tunjuk ajar kat kita selama ni...

doakan kami semua kat sini ye...

nanti kita jumpa bila kak ummi da balik sini ek...insya'Allah... :')

Marsita Yahya said...

Salam kak,
semoga akak dan suami, selamat pergi dan selamat kembali ke tanahair...

ibh_sue said...

Asslmkum kak ummi.
Alhamdulillah. . Sue suka dgr berita ni. Semoga kak ummi diberikan kesihatan yg baik sepanjang mengerjakan ibadah di sana. Selamat pergi dan pulang.
Sue pun mohon maaf jg andai ada terkasar kata spjg perkenalan di fb dan blog. Wlupun sekali dua ja bersapa komen. :D.

cm said...

alhamdulillah... semoga dipermudahkan semua urusan.. . dan semoga mendapat haji mabrur!!

Nur-nba said...

Assalamualaikum Kak Ummi,
Alhamdulillah.. tumpang gembira dengan perkhabaran ini. Suka bila dapat tahu Kak Ummi berpeluang menjadi tetamuNya.

Semoga Kak Ummi and suami dapat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur. Kami doakan agar semua urusan akak dipermudahkan serta selamat pulang ke tanahair.

Mohon maaf jika ada silap dan salah. Doakan juga kami dapat peluang menjejakkan kaki ke sana.

asyifamustaffa said...

assalamualaikum kak ummi.
Alhamdulillah....semoga kak ummi dan suami dipermudahkan perjalanan menjadi tetamu Allah s.w.t semoga mendapat haji yg mabrur...semoga selamat pergi dan pulang juga.
Sy juga mohon kemaafan andai sekiranya sy ada terambik resepi dri akak ke...moga halal juga dunia akhirat.....insyallah...

Kak Nik Ja said...

Assalamualaikum Ummi,saya doakan moga selamatlah dan segala urusan di permudahkan dari sebelum pergi hingga kembali semula ke tanah air...moga beroleh haji yang mabrur InsyaAllah!doa2kanlah kami yang masih tak ade rezki lagi utk pergi, supaya dapt perghi ke sana jua suatu hari nanti!!huhu

izahdaut said...

assalamualaikum kak ummi..
saya sekeluarga doakan akak dan suami selamat dalam perjalan pergi dan balik, diberi kemudahan dan kesihatan menunaikan ibadah..

maaf juga dipinta di atas ssegala kata2 dan salah faham jika masih ada tersurat n tersirat dan semoga ukhuwah kita terus kekal selamanya..doakan kami juga dapat menjejakkan ke sana nanti ye..

selamat buat kak ummi.. insyaAllah :-)

ibundo said...

Selamat mengerjakan haji dari kami sekeluarga. Semuga mendapat haji mabrur insyaallah..

Cendana Kasih said...

Assalamualaikum Kak Ummi...selamat menunaikan ibadah haji dan semoga mendapat haji yang mabrul...insyaalah....

Ummi said...

BUAT SEMUA YG DI ATAS...

Wkmsalam...salam bersambut...sempat lagi akak baca komen2 setakat ini...sayu dan sebak jua dgn doa dan titipan buat akak...terima kasih x terhingga, sayu dan hiba membacanya...sesungguhnya sesama kita hanyalah kemaafan kita pohon, sementara keampunan hanyalah layak kita pohon pada Allah s.w.t jua.... InsyaAllah akak akan doakan kalian semua sahabat alam maya yang sungguh baik hati...Semoga kita akan berjumpa lagi, insyaAllah....makan dan ketawa, ingat2lah akak yea...muuuuaaahhh!

Sheherazade said...

Alhamdulillah,tahniah kak

semoga urusan akak dipermudahkan dan mendpt haji yg mabrul utk akak dan suami

hazila said...

Salam kak ummi. Alhamdulillah sebab berpeluang ke Tanah Suci. Semoga mandapat haji yg mabrur dan sihat dan selamat pulang.

Kak Nita said...

Salam Kak Ummi,

Alhamdulillah!
Semoga dipermudahkan segala urusan,insyaAllah.

khairiah khaizu said...

Salam kak Ummi,
Alhamdulillah kerana telah diberi peluang untuk ke Makkah. Semoga mendapat haji yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan ketika di sana. Jaga kesihatan baik2.....Selamat pergi dan selamat kembali....InsyaAllah.

Fai Nardir said...

fai doakan semoga kak ummi dan suami selamat pergi dan pulang... semoga mendapat haji mabrur... semoga pulang dalam keadaan sihat walafiat...

gerau gebang said...

Assalm, rupa-rupanya tahun ini tahun yanng sangat beruntung bagi kak umi...
Meninggalkan anak-anak adalah suatu perkara yang sangat sukar...Serahkan anak-anak dalam jagaan Allah...Insyaallah kak umi akan tenang untuk ke sana...Bukankah Allah adalah penjaga yang terbaik apatah lagi kita tetamu rumahNya.
Ujian yang paling besar ketika di sana adalah kesabaran...apatah lagi dengan rakan-rakan dari pelbagai latar belakang. Menunggu Q di tandas ketika di Mina memang memerlukan kesabaran yang tinggi...Mudah-mudahan kak umi dapat menempuhnya dengan sabar...
Berdoalah moga senantiasa sihat dan dapat menyempurnakann ibadah
Moga Allah permudahkan segalanya....Insyaallah...
gerau gebang

meera said...

semoga selamat segalanya... jgn lupa doakan tuk Kami semua kak.

ishamizu said...

Amin! Smg kak Ummi dan suami sihat di sana dan mendapat haji yg mabrur! Doakan sy dan keluarga jg utk mjadi tetamu Allah insyaAllah..

Unknown said...

Assalamualaikum Kak Ummi :D
Alhamdulilah Lin doakan Kak Ummi selamat pergi dan selamat kembali...Insya Allah Kak Ummi akan berasa seronok dan rasa tak nak balik bila sampai disana....

Rindunya nak kesana lagi...last Lin pergi Haji tahun 1989 sekrang ni semua dan berwajah baru...

Insya Allah mudah mudahan Kak Ummi tenang dan selamat menjalani ibadah haji, umrah dan sa'ai disana dan mendapat Haji Mabrur...Ameennnn.....

ilahjy said...

salam ummi terlewat sehari ilah masuk smlm sibuk sikit...semoga semua doa2 dari kawan akan diberkati .....seperti itu jua ilah sekeluarga mendoakan utk ummi san suami... ilah pun mohon maaf atas semuanya 0-0 ya ummi hehe doakan kami ikut jejak ummi...

Aida Lela said...

Salam.. Ya Allah, terasa sebak bilamana membaca entry ini. Seronoknya sebab akan menjadi tetamu Allah. Semoga Allah memudahkan urusan akak & family di sana nanti, semoga akan mendapat haji yang terbaik (mabrur), selamat pergi dan kembali. Amin amin amin

*terima kasih banyak2 atas perkongsian resepi & ada juga yg saya ambil kat sini :)

Cheq Sue said...

Alhamdulillah...semoga Kak Ummi sekeluarga diberi kesejahteraan untuk segala keperluan & perbuatan di sana... semoga mendapat haji yang mabrur....

hana said...

selamat jalan wahai kekandaku... moga mendapat haji yang mabrurrrr... maafkan kami sebab tak sempat nak menyinggah ke rumah... smlm ganti skola, bdk2 pon tak sihat.. arini cik abg pulak flight ke bandung... insyaAllah jumpa akak blk nanti... jaga diri di sana kak yer... moga dipermudahkan segala urusan ibadah... sampaikan salam buat Rasullullah dan sahabat2 baginda....

ROZILA said...

Salam ummi,

saya sudah pun berada dimadinah,penerbangan kami pada 17.sept
kami kt 3 akan masuk mekah pada 26.sept(kebetulan birthday saya)
Semuga kita berjumpa nanti.
Didoakan semuga segala urusan berjalan lancar,amin

Yatie said...

Assalamualaikum Kak Ummi,
Syukur alhamdulillah kerana thn ni akak dan suami terpilih menjadi tetamu Allah...slmt mengerjakan fardu haji, moga mendapat haji yg mabrur...Yatie sentiasa mendoakan kesejahteraan akak dan suami juga jemaah2 yg lain...moga di permudahkan segala urusan disana...doakan juga moga kami dpt ke sana juga suatu hari nanti...

pasti merindui akak jua...mohon maaf jua andai selama ini ada kesalahan dan kesilapan yg tak disengajakan.....sayang akak...

MamaFaMi said...

Assalamualaikum Ummi. Kita pun nak mohon maaf andai ada silap dan salah dalam bicara serta gurauan kita selama kita berkenalan ye Mi. Kita kan selalu sakat Ummi. Maaf banyak-banyak ye Mi. Mohon halalkan segala ilmu yang kita cilok dari blog Ummi dan juga segala ilmu yang Ummi curahkan kat kita secara direct. Memang setiap kali masak kari, mesti ingat Ummi... hehehe....

Kita doakan Ummi dan cik abang selamat berangkat ke Tanah Suci dan selamat kembali. Semoga segala urusan kalian berdua di sana dipermudahkan dan moga mendapat Haji yang mabrur, insyaAllah.

kak rus said...

Salam Ummi.....Selamat berangkat ke Tanah Suci dan Selamat Beribadah.....dipohonkan agar segala urusan Ummi dan suami dipermudahkan....Alhamdulillah dan Insyaallah....semoga mendapat Haji Mabrur....Insyaallah...

CA said...

Salam Kak ummi...

Alhamdulillah dan tahniah mendapat jemputan menjadi tetamu Allah..
Sayuuunya....namun sy doakan segala urusan akak dipermudahkan amin...

jaga diri..muahhh!

Unknown said...

Assalamualaikum kak Ummi Alhamdullilah menjadi tetamu Allah..jgan sedih2 yee insayaallah kami di sini doakan yg terbaik utk akk semua...moga akk dan semua mi di berikan kesihatan yg baik2 di sana...dan doakan lah buat kawan2 di tanah air yeee...Tahniah semoga pulang dgn selamat ...

EmbunRosaliza said...

Assalam kak ummi, selamat pergi dan selamat kembali, semoga akk n suami mendapat haji yg mabrur dan di beri kesihatan yg baik

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam kak ummi.... semoga kak ummi n suami selamat pergi dan selamat balik, dikurniakan kesihatan yang baik semasa berada di sana serta mendapat hari yang mabrur.... Terima kasih atas ilmu yang akak berikan walaupun di alam maya .....



NEKCIK said...

Nekcik doakan semuga Allah berikan haji yang mabrur untuk umi berdua..jaga kesihatan...banyakkn berdoa..dan rebutlah ganjaran pahala yang Allah titipkan untuk tetamuNYA!!...Insyaallah..hargailah nikmat Allah ini...

Era Khairani said...

Selamat menunaikan ibadah di sana... baru jer balik bulan jun tu pun masih lagi tak lupa pengalaman kat sana... seronok sangat...
moga akak sihat selalu di sana sebab tu la cabaran paling susah nak lawan,, tambah lak dengan keletihan perjalanan.. tapi insya allah... semua akan dimudahkan Nya.

sweetazezah said...

salam kak ummi..alaaa,bru dapat bace msg akak..patotnye jah dapat jumpe ngan akak pagi ni coz jah keje mlm ni..leh gak salam pelok arab ngan akak..apepon,jah doakan akak mendapat haji yg mabrur..doakan juga moga jah ade rzeki menjadi tetamu allah jua suatu hari nanti ameeenn...take care!

zan said...

Salam Ummi, alhamdulillah... selamat menjalani ibadah Haji..semoga dipermudahkan segala urusan dan mendapat haji yang mabrur. Amin..

zila norazila said...

salam syg kak umi,
alhamdulillah semoga kak umi dan suami dipermudahkan segala urusan disana..sentiasa diberi kesihatan yang baik untuk terus beribadah...semoga mendapat haji yang mabrur..dan moga ini bukanlah coretan yang terakhir..slamat pergi dan selamat kembali kak..aminn

Puan Hazel said...

semoga beroleh haji mabrur buat akak & suami.. semoga diberi kesihatan yang baik, kemudahan beribadah dan kemudahan dalam segala urusan

Love2cook Malaysia said...

Hi Kak Ummi! Guess you must have reached there by now. Wish you have a safe journey fro and back. Take good care ya kak. Will keep you in mind...and hope to see you back with a bang soon! :)

cik ain | sweet thots said...

Alhamdulillah, moga dipermudahkan segalanya kak

Unknown said...

Asalammualaikum kak Ummi cyng, Maaflah lambat singgah sini. sibuk dgn packing brng jer.

Didoakan perjalanan akak menjadi tetamu Allah akan dipermudahkan Allah dan selamat pergi dan balik. Semoga akak dan suami mendapat haji yang mabrur nanti..insyaAllah.amin.

rindunya saya nak menjadi tetamu Allah lagi moga diberikan peluang lagi buat saya nanti.InsyaAllah.

Unknown said...

selamat menjalani rukun ibadah dengan sempurna... seronoknya dapat menjadi tetamu Allah...

Anonymous said...

Salam ummi..

Alhamdulillah terpilih menjadi tetamuNya...didoakan semoga segalanya dlm keadaan selamat baik yg pergi maupun yang ditinggalkan, didoakan segalanya dipermudahkan Allah...dan semoga selamat dalam perjalanan pergi dan pulang dan selamat sepanjang menjalani ibadah di sana ya...

salam ukhwah penuh keberkatan... amin - kak Queenie

mama aini said...

assalamualaikum..alhamdulillah ummi terpilih utk menjadi tetamu Allah..selamat pergi & kembali & semuga mendapat haji yg mabrur..amin..

kak ina kl said...

semuga ummi selamat pergi dan selamat kembali dan di permudahkan segala urusan di sana.

kak ina kl said...

semuga ummi selamat pergi dan selamat kembali dan di permudahkan segala urusan di sana.

Ayu said...

semuga akak mendapat haji yang mabrur dan dipermudahkan segalanya insyaallah..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

assalamualaikum..

alhamdulillah.. seronok bila dapat tau berita ini... saya doakan semoga urusan kak ummi & suami di tanah suci dipermudahkan & mendapat haji yang mabrur... amin...

p/s: sedih betul sebab tempohari dah tinggalkan komen tp bila chek semula komen tak lepas rupanya.. semasa kita bersembang di fb tempohari sy pun dah teragak akak nak kurangkan berblog mgkin sbb akak nak tunaikan haji.. tp tak terucap dgn kata2 bimbang telahan tak betul.. hehe.. ternyata ianya betul & alhamdulillah sy tumpang gembira kak.. moga kita akan bersua lagi selepas ini ye.. sayang kak ummi selalu!

Kengkawan said...

semoga mendapat haji yang mabrur kak.

Nuridah said...

Assalamualaikum Ummi

moga mendpt haji yang mabrur..mudah2an Allah permudahkan segala urusan...insyaAllah.

Ida Mohd Ali said...

Tahniah ummi dan suami... ini entry ke dua yg baca kwn blogger dpt ke tanah suci tahun ni, semoga kami pun dpt jejak kaki ke sana jugak... amin...

Anonymous said...

Tahniah kerana dapat menjadi tetamu Allah. Sedih saya membaca entry dari Kakak. Harap Kakak dan suami dipermudahkan sepanjang berada di sana dan semoga mendapat haji mabrur.

Saya amat rindu untuk ke sana lagi. Masih teringat2 lagi suasana disana masa mengerjakan umrah bersama suami setahun yang lalu. Harap saya juga akan dapat menjadi tetamu Allah seperti Kakak dan suami. Amin....

ajax85 said...

slmt hari raya aidiladha..nanti panggil hajah lah ye

Unknown said...

alhamdulilah. Sekali pergi mesti nak pergi lg. Hanya org yang dah pernah pergi kesana je dpt rasa perasaan tgk kaabah. Sedangkan yg tak tgk live pun rasa sayu hati

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

i was the looking for the same and related info, what you describe on your article. And found you through google search. Its helps me a lots and i understood that you are one of skill article writer/ blogger. I have book marked your blog and hope to visit again to learn more. Thanks for your valuable efforts and time.

outbound malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

mykitchen said...

KAK UMMI...sy dah rindu kak ummi tuk letak resepi baru...bila nk start berblog againnnnnnn...plis come backkk

Pika pongpong said...

Alhamdulillah,

Saya tumpang gembira melihat coretan Kak Ita