Sunday, December 11, 2011

Baked Mushroom Macaroni

Assalamualaikum.....salam hujung minggu buat semua...

Waaaaahhh hujan mencurah-curah turun tak berhenti-henti dari petang semalam hingga ke subuh tadi memang sungguh lebat...nak pejam mata pun mcm risau rumah hanyut ibaratnya...adeeeii.. Hingga ke waktu ini pun masih lagi hujan...sekejap2 jek stop, pastu hujan balik..lemaaauu tul mood dibuatnya...rasa nak ke dapur pun maleeehh...

Pagi semalam cuaca mmg mendung jek, so hb, akak, abglong kebetulan balik dan aiman semua ke rumah kami yang nan satu lagi mencabut2 sikit rumput dan anak2 lalang yang dah mula naik semula lepas sekian lama tuannya bz memanjang...huhuuu. Seronok lah buat kerja dr jam 9 pagi sampai ke 12 lebih pun seronok jek, x panas...hujan tempias2 jek turun.... mmg x berpeluh mana sangat, cuma penat laaa.. Balik rumah rehat jap, pastu masak lebih kurang jek. Petang mula dah la terasa jari2 ni mcm krem jek....lenguh mula dah terasa....ingat nak menghapdet semalam...terus malassss...lunjur kaki jek laaaa...hehehhee.

Okeehh meh la layan menu hari jumaat petang kelmarin....abanglong ada balik kejap ni...mentang2 U dekat dgn rumah, biasanya menu western mcm ni laaa dia nak makan... So, akak wat jek laaa Baked Macaroni nih... Resepi asal dari dapur Sheila @ Spices Journey, cuma akak lebih2kan dengan mushroom, tu pasal nama tukar sikit, senang untuk rujukan akak nanti.. Thanks buat Sheila dan izinkan akak share di sini yea....ringkas dan sedap...i liiiikkkeee...

BAKED MUSHROOM MACARONI
Resepi Asal : Sheila @ Spices Journey
Dicuba Rasa : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-bahan:
  • 2 cawan macaroni (direbus lembut) - akak letak 2 1/2 cawan
  • 500 gram daging kisar (akak ada stok 300 gm je)
  • 4 batang sosej daging (ni akak tambah - hiris nipis)
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 5 biji bawang merah * (akak guna 1 labu bawang besar didadu)
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia * (bahan * ditumbuk)
  • 1 tin susu sejat Ideal (akak guna susu segar)
  • 1/2 tin air
  • 4 biji telor (dipukul sedikit dengan garfu)
  • minyak untuk menumis (*akak guna minyak zaitun)
  • 2 sudu kecil garam atau secukup rasa
  • 10 biji cendawan butang (dlm tin) - dibelah 4 (ni akak tambah)
  • 1 biji tomato - didadu (ni akak tambah)
  • sedikit daun sup/daun bawang dihiris halus
  • sedikit bawang goreng (akak x letak pun)
Cara Membuat:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan rempah hingga garing dan naik bau.
  2. Masukkan daging kisar dan goreng hingga masak.
  3. Masukkan cendawan, tomato dan sosej. Kacau masak sebentar. (*akak tambah ni)
  4. Masukkan susu cair dan air, masak sekejap.
  5. Macaroni yang telah direbus di letakkan dalam mangkuk besar, ketepikan. Tuangkan bahan yg telah dimasak tadi ke dalam mangkuk macaroni, gaul hingga rata (boleh tambah cheddar cheese yg dah diparut skali (klu suka).
  6. Masukkan dalam bekas pembakar, tuang telur yg dah dipukul (tak perlu gaul, tuang rata2 kat atas macaroni tu).
  7. Boleh tabur cheese lagi jika suka. (akak guna slice cheesedale jek yang disiat-siat)
  8. Taburkan daun sup dan daun bawang.
  9. Bakar pada suhu 180C selama 50 minit/hingga masak kuning keemasan. (bergantung kepada size bekas)
# Boleh letak mushroom, capsicum dan tomato yang dipotong dadu jika suka

Hangus pulak daun bawang tabur tuh...hehehe.. Sedap lagi selepas tu slurppp Tutti Fruiti yang dibeli dek Abanglong untuk kami, half price sempena pembukaan cawangan baru...hehhee.. xpun pokkaii kalau sebekas tu biasa harga RM20 lebih...ni dpt laaa RM12..hehhehee

18 comments:

Nur said...

Salam. Hi Kak Ummi, salam hujung minggu. Rajin betul akak ni, selalu tayang menu menggoda untuk kami. :)

NoorMasri said...

waaaaaaa...aku tergoda lagi !

NoorMasri said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam kenal. . Nampak lazat yummy. .

Kumahuitu.blogspot.com

Unknown said...

Salam kenal. . Nampak lazat yummy. .

Kumahuitu.blogspot.com

ibundo said...

sedapnya...
bundo dah lama dah tak buat macaroni bakar. tengok kat rumah umi ni macam teragaklah pulak...

HomeKreation said...

Salam Ummi cayang.... I liiike... tapi nampak nya kena buat sendiri lah sbb lambat datang.

tun_telani said...

kak ummi... ketapi tun lambat nii, jalan naik air, kene bawa slow2.. huhu.. sedapnyer laa nengoknyer.. huh??? dah habis??? tun amik bekas casserole tu je laa wat balik. ahaks

iza said...

Assalam...
Kalau tengah berpuasa, tak boleh masuk sini...kena masuk waktu malam..

Salam perkenalan dari Teratak Usang.

Ayam said...

Assalamualaikum Ummi,
Izin kan saya nak mencuba resepi ini yee..saya dah tergoda sangat.

Roses_Leo09 aka Hanim said...

Mr hb baru jer suruh hanim cari resepi makaroni bakar. Minta izin copyright yer .......

maz said...

msuk dpur akak pepgi ni msti perut menyanyiii..kita xsrpan lgi ni kakkk..seksanya tgk pasta akak tuuuu..bru nk merayau dpur kwn2...akhir2 ni sbuk skit laa..xdan nk blogwkingg..hjung mngu ni lgi laa..sni cti 4 hrii..kita pun xlekat kat umah laa..tmbah dah nk blik..waaaa...

Oh Oeya said...

Apa yg menawan.. Oh! Macaroni heheh..

Hangus tak hangus.. kalau depan mata.. ngappp kasi licin..

Unknown said...

sedapnya kak ummi...suka mkn baked pasta gini...copy resepi dulu masuk list yer..tq kak:)

Madam iEeDaZ said...

salam kak..baru follow blog ni..
teruja tgk macam2 menu ade..
leh try nanti!!

Sheery Dream Cakes said...

menu n ie mmg kegemaran anak2 diana nie akak.. utamanya daughter... kalau dia nampak nie pasti dia akan masak sndiri... diana pun dah tergoda nie.. bole ler suruh dia masak ikut resipi nie nanti... sedaaaappp tu

sueada said...

kak, nk tanya.
camner nk buat kalu kita nk potong makaroni n xnk makaroni tue brterabur.
bila saya potong, dh jadi berterabur.
kna tabur telur byk2 ke kt atas makaroni?

Ummi said...

Lurun Namzah -
Kalau ikutkan resepi, tuangkan kesemua telor yg telah dipukul sikit tu atas macaroni tu, bakar. Berterabur tu adakah sebab kurang susu ke, atau macoroni kurang lembut dan meresap dgn susu ke....kalau ikutkan resepi tu akak buat ok jek.. :)