Ummi buat puding ni hari Sabtu baru ni sempena besday Najiha (Kak De), hidang dengan kek dan ayam panggang berempah sebenarnya...Sedapnyaaaa musim panas ni sejuk2kan tekak dengan puding ala taufufa camni...Resepi dari sifu kat MyR tu, kak Fida...thanks eh..
Bahan:-
Bahan:-
- 1 liter air kacang soya (1 kotak)
- 2 1/2 sudu kecil serbuk agar-agar (kalau nak keras sikit, tambah sikit lg)
- 1/4 cawan gula pasir (*ummi tambah ni)
Bahan Tambahan:-
- Buahan-buahan koktel dalam tin (ikut suka) atau secukup air gula melaka.
Cara-Cara:-
- Masak air soya dengan serbuk agar dan gula hingga larut dan mendidih sedikit. Matikan api.
- Tuangkan ke dalam mangkuk2 kecil atau dalam bekas besar. Simpan dalam peti sejuk.
- Ketika menghidang, letak buah-buahan koktel serta jusnya sekali. Ceduk atau potong puding jika ia diletakkan dalam bekas besar.
2 comments:
kak ummi...geram tengok soya puding akak. tgh pns2 ni mmg sedap kalau dapat semangkuk!!!
puding dandut tak wat lagi...dah kuar puding nih...adehhh...meleleh air liur nih...
Post a Comment