Wednesday, April 25, 2012

Bingka Kraker Lagi..Kenapa?

 ASSALAMUALAIKUM....

Waduuhhh malam ni terkejut sekejap tgk Dashboard Post ni tertukar dengan sendirinya, walaupun selama ni kita saja malas jek lagi tekan new setting walaupun duk appear kat atas tuh...pastu mula la terkial-kial... Tapi xdalah susah apapun saja jek wat kita ngelabah sekejap...hehe, puas pulak nak cari tools dia untuk taip or letak gambar centralize kan dan sebagainya....mokcik ni dah la teraban-raban bab2 IT nih.... Tapi kalau bagi kita menaip 2 mukasurat, x dan 10 minit kita siap..kita mmg jenis menaip x pandang keyboard pun.... Kalau bagi buat column ni excel ke, data ke....kita handal laa... Bab-bab blogger punya isi perut ni kita x mahir habis pun lagik.  Tapi seronok jgk tengok appearance baru untuk Post ni, besar sikit nak mengarang..hehe

Okeh laaaa, akak pun just nak letak entry ulang tayang je laaa...kenapa??? Sebab kuih bingka ni sedap sesangat...so akak buat lagik...so tayang lagi laaa...x salah kan...janji ada entry you all kata...so nasib laa..kalau jemu, jeling je laa...x masuk sini pun xpa...hehehe... Untuk resepi, sila la click kat entry terdahulu di Sini yea...So selamat mencuci mata..... ^_____^

Sunday, April 22, 2012

Rainbow Marble Pudding (menu ulangan)

Assalamualaikum....

Terima kasih banyak buat kalian yang sudi mencoretkan takziah dan doa atas pemergian tokwan akak baru-baru ini. Hanya Allah Taala jualah yang membalas kebaikan kalian dan segalanya amatlah akak hargai....mohon maaf juga 2 3 hari ni x sempat menjengah blog dan membalas komen-komen....Ini pun baru sampai dari kampung tengahmalam tadi selepas majlis tahlil di masjid 3 malam berturut-turut.

Sebelah siang semalam akak, adik-adik serta kakak ipar bersama-sama memasak nasi tomato (8 kilo beras basmathi) dan setnya ayam masak tomato (8 ekor) dan acar mentah. Siap masak terus ke acara membungkus dan sebelum maghrib telah dibawa ke masjid oleh abah diikuti yang lelaki juga ke masjid. Sebahagian lagi diagihkan kepada jiran-jiran terdekat. Minggu depan barulah majlis tahlil akan diadakan di rumah parent akak, insyaAllah. Tetapi xdalah pun ambik gambar masakan, malasss...

Okehh laaa, sementara tu meh la jamu mata dengan entry tertunda dah seminggu lebih rasanya....maafkan akak sebab setiap kali korang masuk sini, semuanya entry yang dah jadi baja jer....huhuu... Apa nak buat....Sebenarnya puding ni akak buat masa kenduri anak saudara sebelah hubby di Jerantut tempoh hari....akak sedekahkan untuk orang2 yang buat kerja masak-masak pagi tu. Akak buat 2 adunan dari resepi asal.

Dah banyak kali sangat akak buat Rainbow Marble Pudding resepi Maklang nih...suka sangat, sebab mudah dan sedap la dimakan sejuk-sejuk.. x leceh nak dipotong dan dihidangkan...Untuk resepi boleh la click kat Sini yea....

jamu mata je la yeaaa...ya amppuuunn...

Friday, April 20, 2012

Tinggal Kenangan - Al Fatihah


ASSALAMUALAIKUM...

Selepas Subuh semalam, lebih kurang jam 6.20 pagi akak telah mendapat panggilan telefon emak dengan nada sayu dan teresak memaklumkan bahawa nenda (tokwan) akak Haji Abdul Rahman bin Ahmad yang dalam jagaan ibu bapa akak di kampung telah kembali ke Rahmatullah. Tersentap rasa bagaikan tidak percaya...namun air mata berguguran membuatkan akak sedar bahawa Allah lebih menyayanginya. Di usia 86 tahun setelah uzur yang teramat sangat lebih kurang 3 bulan dalam jagaan emak dan abah akak di Felda Kg. Awah, akhirnya arwah pergi jua di subuh hening 19 April 2012.

Selepas mendapat panggilan emak, akak pun teruslah sibuk membuat panggilan kepada adik2 akak yang lainnya serta saudara mara sambil bersiap-siap dan berkemas untuk balik. Mujur juga Aiman belum sempat ke sekolah lagi walaupun telah siap berpakaian sekolah untuk tunggu bas depan pagar rumah akak. Jam 7.30 pagi kami bertolak balik ke Temerloh dan alhamdulillah segalanya lancar dan arwah Tokwan selamat dikebumikan sebelum waktu zohor di Pusara Damai, Felda Kg. Awah.

Hanya tinggallah kenangan manis sepanjang hidup dilayan manja sewaktu kecil-kecil bersama Tokwan yang sangat2 akak sayang. Antaranya, teringat zaman kecil2 kalau balik ke Lurah Bilut mesti Tokwan akak bawak naik motor ke Kg. Baru Cina, Lurah Bilut untuk belikan akak bekas pensel, warna, bekas makanan dan botol air baru. Seronok Tokwan bawak pusing-pusing satu kampung lagik...Habis semua kawan-kawan Tokwan diperkenalkan kepada akak dan dapat banyak gula-gula la...duit laaa...hadiah laaa..sukanya hati....Tu belum hadiah duit raya yang banyak dan baju baru....huhuuuu.. Sehinggalah ke cicit-cicitnya (anak2 akak dan yang lain-lain), Tokwan tidak pernah berkira, duit raya dapat paling kurang pun RM50 seorang, cucu-cicit mana la yang tak sayang kan... Kita hulur duit kat dia, dia hulur pulak duit kat anak-anak kita pulak.... Namun itu bukanlah pokok utama, yang penting kasih sayang dan kemesraan melayani karenah cucu-cucu dan cicit-cicitnya yang buat arwah disayangi. Tetapi mulai sekarang, kisah-kisah indah dan kemesraan itu sahaja yang tinggal untuk untuk dijadikan kenangan.

Semoga roh Tokwan tenang bersemadi dan dicucuri rahmat Allah swt jua. Semoga Allah Taala menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh....amiiiinnn..

Subb....Subbb..........Al Fatihah.......