Saturday, September 22, 2012

Berehat Panjang, Mohon Maaf dan Doakan Kami

ASSALAMUALAIKUM...

Bersyukur kerana dengan limpah kurniaNya akak masih sempat menitipkan kata-kata ringkas sebelum akak bercuti rehat panjang dari alam blogging/alam maya ini, boleh jadi selamanya atau sekejap cuma...belum dapat akak bayangkan.  Apapun, diharap semua rakan taulan yang akak kenali dan mengenali akak berada di dalam keadaan sihat sejahtera jua hendaknya...

Di kesempatan ini, akak ingin memaklumkan bahawa akak akan mula berehat atau bercuti panjang dari dunia blogging dan alam maya mulai 24 September 2012....Alhamdulillah akak dan suami telah diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah pada tahun ini setelah 2 kali kami terpaksa menolak tawaran pada 2 tahun yang lepas disebabkan pelbagai perkara yang tidak dapat dielakkan.  


Syukur tahun ini nampaknya masa dan ruang menyebelahi kami dan rasa tidak sabar untuk mengunjungi Makam Rasulullah s.a.w dan menatap rumah Allah (Baitullah) sudah membuak-buak lebih-lebih lagi setelah mendapat tarikh jadual penerbangan.  Tak terkata rasanya bila surat jadual kami terima pada petang Jumaat yang lepas...mengalir air mata kerinduan yang disimpan selama ini.  Penerbangan dari Kuantan ke KLIA pada 24 September 2012 dan dari KLIA ke Madinah dijadualkan pada subuh 25hb September...insyaAllah.  Mengikut perancangan kalendar juga, akak akan menyambut hari lahir pada tahun ini di Tanah Suci Mekah...

Walaupun waktu dirasakan amat singkat bila mendapat tarikh penerbangan, namun persiapan 80% telah dibuat sejak awal-awal dimaklumkan sebagai bakal haji terpilih.  Oleh itu, bila tarikh sebenar sampai ke tangan, kami hanya memenuhi keperluan 20% sahaja lagi...alhamdulillah.


Akhir kata, akak ingin memohon berbanyak-banyak maaf atas sebarang kesilapan dan keterlanjuran bicara sepanjang akak mengenali dan dikenali kalian.   Sudah pastinya kita sebagai manusia tidak lari dari melakukan kesilapan tanpa disedari dan tidak pernah terniat dihati.  Setiap yang terjadi ada hikmahnya, kita manusia hanya pandai berkata-kata, kadang-kadang tidak sedar terlanjur bicara ada hati yang terluka, terasa, dan terusik...maaf beribu dipinta...hanya itu yang mampu akak lakukan di saat ini. 

Dengan rendah diri juga, mohon dihalalkan segala resepi yang telah dicuba, terima kasih banyak-banyak, semoga ganjaran pahala tidak terhingga untuk kalian...Mohon doakan kesejahteraan akak dan suami serta jemaah-jemaah haji yang lain dalam menjalankan ibadah haji ini, diberikan kesihatan yang sihat walafiat dan dipermudahkan segalanya sepanjang kami berada di sana, selamat pergi dan pulang dan mendapat haji yang mabrur...InsyaAllah... 

Rasanya dah tak mampu dan terfikir apa lagi yang harus akak coretkan, sedikit sebanyak hati mula sedih dan dapat merasakan kehibaan hendak meninggalkan anak-anak, sanak saudara dan rakan taulan yang selama ini berada dihati dan menceriakan seluruh hidup akak sepanjang hayat. Namun mencari keredhaan, kasih sayang dan memohon keampunan dari Dia yang abadi dan itulah impian hidup ini... Akhir coretan, salam kasih sayang dari akak, jaga diri baik-baik dan semoga ukhwah kita kekal selamanya....Assalamualaikum.. 

Friday, September 14, 2012

Chocolate Chunk Cookies

ASSALAMUALAIKUM.....

Entry lewat malam...entry tertangguh, entry nak cepat-cepat jugak...dah ngantukss sangat...Mohon maaf sesangat sebab bz tahap gaban dah rasanya sekarang ni.... esok selepas subuh nak shoot to Subang pulak ada kenduri....nak singgah Temerloh ambik my parents dulu then terus ke KL sebelum pergi kenduri kat Dewan Malaysia Airlines Academy Subang sana...Anak bujang 2 orang x ikut...Abanglong yang balik ke rumah kejap, temankan Aiman yang nak siapkan folio dia..

Okeh terus ke entry...Xpalah dah habis Syawal baru dapat tayang antara cookies yg sempat akak buat 2 3 hari sebelum balik raya ke kampung...dasyhat kan...baru nak entry...sabauu jek laaa.. ampuuunn..

Tapi serius cakap, resepi akak ceduk dari dapur Azlita, asal dari dapur Rima ni., ada banyak versi, tengok Sini jugak laa...mmg best, chewy chunky and crunchy....serba cukup... Thanks to Rima sebab sudi share...lenkali mesti kena buat lagi, insyaAllah... Izinkan akak share di sini lak ya Rima, akak copy-paste dr dapur Azlita je laaa...hehe

CHOCOLATE CHUNK COOKIES
Resepi : Rima
Sumber : Azlita

Bahan:-
  • 250 gm butter
  • 200 gm gula perang
  • 1/2 sudu kecil coffee paste
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecel esen vanila
  • 1/4 cawan oat
  • 1/4 cawan almond - kisar
  • 1/2 cawan kekacang dibakar - Ita letak almond, akak pun..
  • 1 paket choc chip - akak pun mcm Ita, guna brand Hershey's
  • 300 gm self- raising flour atau tepung naik sendiri
Note:
Sebelum kita nak buat cookies ni sebaik2nyer atau seelok2 nyer kita sediakan bahan ini terlebih dahulu. Iaitu pukul telur , vanila dan coffee oil atau coffee paste. Penyediaan bahan ni hendaklah dibuat sekurang2nyer 2 jam sebelum kita membuat cookies ni atau cara yg terbaik kita buat dahulu dan simpan semalaman dalam peti ais.

  1. Panaskan oven 160C.
  2. Campurkan butter yg telah lembut dgn gula lalu dipukul hingga lembut.
  3. Campurkan campuran telur dan coffee tadi bersama oat yg dikisar berserta serbuk badam, kekacang dan choc chip. Ayak tepung ke dlm adunan dan gaul rata. Adunan akan menjadi tidak terlalu lembik dan tidak terlalu kental.
  4. Untuk cookies yg kecil letakkan 1/2 sudu kecil ke atas loyang dan bakar selama 9 - 10 minit
  5. Untuk cookies yg lebih besar letakkan 1 sudu dan bakar selama 20 - 25 minit.
  6. Setelah masak letakkan atas redai sehingga sejuk. Simpanlah dlm bekas kedap udara.

Best sungguh....cuma pd akak agak manis, tu pasal akak x drizzle dah dgn apa2 manisan...takut x termakan lak nnt..

Tuesday, September 11, 2012

Ayam Goreng Pedas Daun Kari

ASSALAMUALAIKUM.....

Apa khabar? Waah macam lama jek x bersenda gurau dengan you all kat sini... Ada lagi ke yang sudi jenguk dapur suam-suam kuku akak ni... Ya laaa tuan rumah semakin bz pun ada, semakin banyak nak rehat pun ada jugak....macam-macam hal pun yea la...sume sama naik.. Maybe dalam seminggu dua ni, blog akak akan bercuti panjang la yeaaa....hehe

Okeh laaa ni lauk sempoi masak lepas raya-raya ni....Pagi tadi dah post kat FB...wat tayangan amal dulu, x sempat nak entry...Lauk ni akak masak sbb kes nak makan yg sempoi-sempoi jek tp still menyelerakan... So masak goreng-goreng camni, anak2 mmg suka sangat2.... Masakan ni sebenarnya biasa-biasa jek, macam akak penah masak ikan sambal daun kari hari tu...so kali ni wat ayam pulak... Lg besssttt laaa.... Kalau nak cuba dan rasa malas nak fikir menu apa nak masak, ini resepi yg paling mudah dan cepat....selamat mencuba... ^__^

AYAM GORENG PEDAS DAUN KARI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1/2 ekor ayam - potong sederhana besar
  • 20 tangkai cili padi thai *
  • 2 tangkai cili merah * (yg ni lupa nak tulis masa mula2 publish td...soriiii..huhu)
  • 8 biji bawang merah *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia * (tumbuk kesemua bahan bertanda * )
  • sedikit gula/madu
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3 tangkai daun kari
  • minyak untuk menggoreng
  • sedikit serbuk kunyit

Cara Memasak:-

  1. Ayam dibersihkan, lumur dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 1/4 cawan. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga garing dan bau wangi.
  3. Masukkan kicap dan gula secukup rasa (*boleh juga tukar dgn madu).
  4. Kacau sebentar, masukkan daun kari yang telah disisihkan dari pelepahnya.
  5. Akhir sekali masukkan ayam, sedikit garam (jika ayam yg digoreng tadi dah masin, x letak garam pun xpa) dan kacau gaul dalam bahan tadi biar bersalut.
  6. Seimbangkan rasa dan tutup api. Hidangkan dengan nasi putih. SELAMAT MENCUBA...!
Boleh jugak tukar dengan sotong ke, udang ke, ikan ke....ketam pun best....!!



Wednesday, September 5, 2012

Rendang Ayam Pedas Manja

ASSALAMUALAIKUM....

Terlebih dahulu akak mohon maaf kepada pengunjung2 yang sering masuk ke dapur akak ni...dah macam xda tuan dah kan...sunyi sepi jek...bersawang-sawang... Sepatutnya musim raya ni rumah berseri-seri jek, hidangan sentiasa ada....hehee.. Maaf juga dipinta kerana tidak sempat membalas komen-komen kalian.. terima kasih semua... Kehidupan sekarang terlalu bz, balik kerja kadang-kadang lewat jek sampai rumah sebab menyinggah rata-rata mencari barang kelengkapan untuk diri akak dan suami. Harap-harap you all faham la yea...xpun buat-buat x faham pun xpa...hehe

Okeh la ni akak buat tayangan pulut kuning dengan rendang ni la dulu sebab gara-gara x puas makan pulut lemang or ketupat raya hari tu agaknya... Nak wat ketupat xda daun palas lak...lupa nak bawak balik lebihan dari rumah mak hari tu.... Jomlah layan yea... 3 4 hari lepas dah tayang kat FB...ni baru sempat update resepi. Buat yang sudi, boleh lah cuba..xpun tengok je la yea... Sedap sangat bila menggunakan ayam pencen ni walaupun anak2 x berapa minat, terpaksa makan jgk...hahahhaa.. Boleh masak ayam ni lama2 sampai sebati dan bersalut mesra serta rasanya jugak betul2 kaw kat ayam tu... Kalau ayam biasa masak lama2 harus hancuusss dah kan...hehehe... Layaannn

RENDANG AYAM PEDAS MANJA
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Utama:-
  • 1 ekor ayam pencen (*boleh guna ayam biasa jgk)
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu kecil lada hitam kisar
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar kerisek
  • 2 keping asam gelugor
  • 3 batang serai yang dititik
  • 1/8 keping gula kabung / gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 2 helai dun kunyit - dihiris
  • 5 sudu besar minyak untuk menumis
Bahan Untuk Kisar:-
  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 3 batang serai - ambil bhg putihnya
  • 20 tangkai cili padi / cili thai

Cara Memasak:-
  1. Bersihkan ayam dan potong kecil ikut citarasa masing-masing. (kalau ayam pencen ni, biasanya diaorang dah siap bakar dah. )
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan serai yang dititik dahulu, kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan cili kering kisar. Kacau dengan api sederhana hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan masak hingga ayam agak lembut dan mesra dengan bahan kisar. (Tips: jika ingin melembutkan ayam dengan cepat, masukkan 1/4 cawan air kelapa atau 3 - 4 helai daun nangka, masak sekali dan bila ayam telah lembut boleh keluarkan daun sebelum masukkan santan).
  4. Masukkan santan, asam gelugor, gula kabung dan lada hitam yang dikisar. Masak hingga ayam lembut dan sebati dengan bahan.
  5. Kemudian masukkan garam dan kerisek, kacau dan seimbangkan rasa. (selalulah mengacau bila telah masukkan kerisek kerana masakan akan mudah melekat pada kuali jika dibiarkan, tp akak guna non-stick pan.)
  6. Bila nampak telah hampir kering dan rendang naik minyak, taburkan daun kunyit, kacau gaul rata-rata sekejap dan tutup api.
  7. Bolehlah dihidangkan bersama pulut kuning atau nasi putih.
#Nota - Akak x gunakan lengkuas bagi rendang ni....kalau suka nak letak, boleh la titikkan 1 inci gitu...
SELAMAT MENCUBA... ^___________^ Hingga menjilat jari hb kita makan, mmg sedap part serdak2 rendang tu... Anak2 pun suka walaupun kurang suka dengan ayam pencen, tp licin jek terpaksa makan...hahahaa...