Wednesday, September 5, 2012

Rendang Ayam Pedas Manja

ASSALAMUALAIKUM....

Terlebih dahulu akak mohon maaf kepada pengunjung2 yang sering masuk ke dapur akak ni...dah macam xda tuan dah kan...sunyi sepi jek...bersawang-sawang... Sepatutnya musim raya ni rumah berseri-seri jek, hidangan sentiasa ada....hehee.. Maaf juga dipinta kerana tidak sempat membalas komen-komen kalian.. terima kasih semua... Kehidupan sekarang terlalu bz, balik kerja kadang-kadang lewat jek sampai rumah sebab menyinggah rata-rata mencari barang kelengkapan untuk diri akak dan suami. Harap-harap you all faham la yea...xpun buat-buat x faham pun xpa...hehe

Okeh la ni akak buat tayangan pulut kuning dengan rendang ni la dulu sebab gara-gara x puas makan pulut lemang or ketupat raya hari tu agaknya... Nak wat ketupat xda daun palas lak...lupa nak bawak balik lebihan dari rumah mak hari tu.... Jomlah layan yea... 3 4 hari lepas dah tayang kat FB...ni baru sempat update resepi. Buat yang sudi, boleh lah cuba..xpun tengok je la yea... Sedap sangat bila menggunakan ayam pencen ni walaupun anak2 x berapa minat, terpaksa makan jgk...hahahhaa.. Boleh masak ayam ni lama2 sampai sebati dan bersalut mesra serta rasanya jugak betul2 kaw kat ayam tu... Kalau ayam biasa masak lama2 harus hancuusss dah kan...hehehe... Layaannn

RENDANG AYAM PEDAS MANJA
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Utama:-
  • 1 ekor ayam pencen (*boleh guna ayam biasa jgk)
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu kecil lada hitam kisar
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar kerisek
  • 2 keping asam gelugor
  • 3 batang serai yang dititik
  • 1/8 keping gula kabung / gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 2 helai dun kunyit - dihiris
  • 5 sudu besar minyak untuk menumis
Bahan Untuk Kisar:-
  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 3 batang serai - ambil bhg putihnya
  • 20 tangkai cili padi / cili thai

Cara Memasak:-
  1. Bersihkan ayam dan potong kecil ikut citarasa masing-masing. (kalau ayam pencen ni, biasanya diaorang dah siap bakar dah. )
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan serai yang dititik dahulu, kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan cili kering kisar. Kacau dengan api sederhana hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan masak hingga ayam agak lembut dan mesra dengan bahan kisar. (Tips: jika ingin melembutkan ayam dengan cepat, masukkan 1/4 cawan air kelapa atau 3 - 4 helai daun nangka, masak sekali dan bila ayam telah lembut boleh keluarkan daun sebelum masukkan santan).
  4. Masukkan santan, asam gelugor, gula kabung dan lada hitam yang dikisar. Masak hingga ayam lembut dan sebati dengan bahan.
  5. Kemudian masukkan garam dan kerisek, kacau dan seimbangkan rasa. (selalulah mengacau bila telah masukkan kerisek kerana masakan akan mudah melekat pada kuali jika dibiarkan, tp akak guna non-stick pan.)
  6. Bila nampak telah hampir kering dan rendang naik minyak, taburkan daun kunyit, kacau gaul rata-rata sekejap dan tutup api.
  7. Bolehlah dihidangkan bersama pulut kuning atau nasi putih.
#Nota - Akak x gunakan lengkuas bagi rendang ni....kalau suka nak letak, boleh la titikkan 1 inci gitu...
SELAMAT MENCUBA... ^___________^ Hingga menjilat jari hb kita makan, mmg sedap part serdak2 rendang tu... Anak2 pun suka walaupun kurang suka dengan ayam pencen, tp licin jek terpaksa makan...hahahaa...

24 comments:

MamaFaMi said...

Salam Ummi. Lama tak negur. Cemanalah nak negor kalau tak on laptop kan.. rumah sendiri pun terbengkalai. Hidup segan mati tak rela... hehehe...

Sedapnya rendang Ummi ni. Kalau dapat rasa, confirm tersandar sebab makan banyak! Hehehe...

Ummi said...

MAMAFAMI -
Wkmsalam Mama cayaaannggg...kita rindunya la kat Mama tau..dah la nak godek FB xda...huhuu. Mama bz dgn tempahan ke? Kita pun bz ntah apa2 jgk ni Mama... Mama kalau makan xleh banyak2 makan pulut tau...nnt lomah badan...hehe

Qasey Honey said...

slm Kak Ummi...sedapnye tgk rendang ayam tu...QH mmg suka rendang2 ni ditambah lg mkn bsama pulut kuning atau nasi impit...nti nk cuba jugakla...mmg xpuas lg mrasa juadah hari raya haritu..maklum la sibuk braya sama sini..hehehe

Shiela said...

assalam kak Ummi.. dah nak tido, golek golek leh terjeling kt rendang akk ni.. duhh.. lapor lapor.. :b

inahar ali said...

waduh ummii..sama ler kita tahun ni x dpt lg merasa makan lemang..nk beli kt tepi jalan takut x sedap..nk wat sendiri..mau berjinggut kelaparan..hahaha!! rasanye kena wat pulut kuning cam ummi gak nak hilang kempunan..hehe!

tun_telani said...

Salam kak ummiiiii........ ayam pencen tu ayam kampung ke? eh, tp bunyi pencen tu mcm apa2 ayam yg dh tua ek? huhu.. xtauuuu... ;p

rendang ayam ngan pulut kuning ni menu wajib kt umah tun masa raya pertama. thn ni wat 3 kilo pulut, kejap je habis. mmg laku betul.

ibh_sue said...

Asslmkum kak Ummi.
Laju2 datang sini bila tertengok post menu ni kat fb pg tadi.
Sue pun tak makan lemang lagi ni, nampaknya kena juga lah buat pulut kuning juga. Boleh try rendang ummi ni jugaa (^_^)

Cendana Kasih said...

errmm...sedapnyer rendang pedas ni kak..saya pun tak suka ayam pencen ni sbb tulang dia keras, takleh nk gigit...hehehe

kalo sebelah perak, mmg diorang tak guna lengkuas dalam rendang..

Unknown said...

Rendang ummi buat i terlior, esok jgk ku buat......
Slmt hari raya ummi.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

ni makan mesti sambil manja2 dgn abg rebit.. hihi..

semoga dipermudahkan segala urusan, kak Ummi & suami.

Gee® said...

Sedapnyaaa K.Ummi... teringin pulak nk merendang...

Mas said...

rendang ayam pencen memang bestkan kak...

Diana said...

Salam kak...
Selamat Hari Raya..
Saya pendatang baru blog akak..hhih
Bestnyer rendang...kan best kalau saya pandai masak gak...:-p

Yatie said...

Assalamualaikum Kak Ummi cayanggggg,
alahaiiii bermanja2an dia..tngk pun dah tau mmng sedap..yatie mmng antu rendang...walaweiiiiii terliur yg amat sangat ni...nak merendanglah jugak...nak yg style manja2 mcm ni...kih3..

Amir Said (dapurmalaysia.com) said...

Cantik rendang ayam auntie, dengan hirisan daun kunyit yang sekata. :-) rasa pun mesti sedap! terliur ni.

rahel said...

Oh..tolong..rendang ayam memang sedap...kalau pedas lagi laju meternya...

Azlita Aziz said...

Salam Kak Ummi

Tergoda dengan rendang yang manja-manja gitueeeww..

yang paling tergoda dengan pulut tu.. warna nampak sangat lembut.. dan pulut tu sendiri mengambarkan tentang kelembutannya..

zila norazila said...

salam syg kak ummi
wahhh namnya pun ada manja2 :)..sedapnya kak..rendang wajib ada time raya kan kak..yummy:)

Ayu said...

Assalam kak ummi,
selamt hari raya maaf zahir batin ya kak..rendang ayam pedas manja ni, memnag nampak manja gitu..lepas makan rasa nak bermanja2 gitu tak kak..haha..sedap ni kak!!

meera said...

sdaap tul nmpak rndang pdas akak.. nak tunai rukun Islam ke lima ya kak...?

nOOrsha said...

salam k ummi..ritu da tgk tp x tgglkn komen lg..line sumputtt cam seafooot..hikhik..sedapnye kak renndang ayam ni..suka sbb lain dr yg lain ada blackpepper...mesti bes kn..:)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam kak ummi...sedapnya rendang ayam ni..ada lak lemang panas.Mkn dah henggit....

izahdaut said...

memang manja betuii macam saya.. ikikiki

Unknown said...

Assalamualaikum Kak Ummi :D

Rendang ayam ni dah pedas manja pulak....mesti nak cuba ni...
pedas2 manja! hehehe